Khasiat Wasabi dan salmon

Assalamualaikum guys... Wahhhh lama sudah tidak up2date post baru. Sorrylah guys coz ada perkara kena settle awal2. Orang kata bersiap sedia.. hik3.. 

Anyways, saja jer nak kongsi ceta pasal senaman pagi hari ini. Korang dalam seminggu berapa kali buat senaman pagi?. Senaman ini bagus untuk peredaran darah dan kecerdasan otak kita.  Sempatkan diri buat senaman pagi kat office pun bagus. 

Sebelum start kerja tuh berdiri sekejap sambil lompat dengan tangan clap ke atas kaki buka katup (tutup). Buat 10 atau 15 kali lompatan pun sudah mencukupi. Kemudian bongkok badan dengan tangan mencuit hujung jari kaki selama mana yang korang boleh. Kemudia berdiri dan pusing kiri kanan beberapa kali saja. Dah boleh mula bekerja... Akan rasa fresh dan perjalanan darah otak pun berjalan dengan baik Baru best buat kerja.. hik3.. Ok.. Jom tengok iklan kejap kat bawah nih. Saja jer nak kongsi makanan yang sihat untuk korang. 


Iklan ikan Salmon yang baik untuk dimakan begitu saja atau pun di masak dengan tidak terlalu masak. Mempunyai khasiat dan zat Omega 3. Boleh baca SINI untuk info lanjut.. Sebenarnya makan Salmon yang fresh dan mentah ini adalah lebih baik tetapi harus memilih bahagian tengah hingga ke ekor untuk rasa yang lebih sedap.. Lawan makan Salmon ini hanya perahkan lemon di atasnya dan di cicah dengan kicap cair + WAK SABI.. hik3... 

  

Serbuk Wak Sabi yang di beli di kedai Jepun. Tiada bahan2 yang mencurigakan. Hanya bancuh dengan air saja. Make sure sebelum nak makan kena siapkan 3 jam sebelum masyuk mulut supaya Wak sabi sebati dan rasa lebih menyengat.. Masa mengodek Wak sabi nih, mata aku pejam celik pejam celik terasa pedih sampai terasa kat kepala. Woww!!!... memang sengat betul Wak sabi nih. Gambar Wasabi yang original dari wasabi.org


Wak sabi yang sedang di bacuh. Bancuhan Wak sabi haruslah pekat dan tidak cair. Macam makan di kedai Jepun. Pandai2 korang ler.. Sebenarnya Wak sabi nih sangat bagus di makan kerana mempunyai sumber yang kaya dengan bahan kimia yang dikenali sebagai isothiocyanates. Ini adalah anti-kanser yang sama bahan-bahan kimia yang ditemui dalam sayur brokoli dan kubis. Wak sabi juga boleh merawat dalam penyakit strok, asma, sakit sendi dan jantung... Baca selebihnya DISINI

Nota
Banyak sebenarnya herba2 dan sayur2an yang boleh merawat dan membunuh penyakit terutama KANSER. Kita hanya berusaha dan yakin untuk mencuba. Jangan hanya berserah saja kepada-Nya. Allah SWT pun tidak suka hamba2-Nya yang hanya pasrah tanpa usaha.

P.S. Ok guys... jangan lupa mulakan pagi yang sihat korang dengan solat subuh dan senaman pagi ringkas yang di selitkan tadi. Choww Sin Chi....

0 comment... add one now