Sahabat lama dengan Soan Papdi



Assalamualaikum dan salam Syawal guys... Masih ada mood raya lagi tapi tak dapat nak pergi beraya ke rumah sahabat2 termasuk ler sahabat2 sekolah di JB. Kitorang cuti seminggu so dapat beraya dengan keluarga terdekat sahaja. InsyaAllah plan akan balik juga dalam masa terdekat nanti.


Hari tuh semasa kitorang nak balik Brunei terjumpa pula sahabat lama sekeluarga. Alhamdulillah.. Berpeluk sakan kami. Yelah almost 3 years tak jumpa. Asik chit chat kat FB jer tak seronok coz aku kalau borak dengan kawan2 bertepuk tampar jadinya.. Hik5. Dan masa tu jugak Shilme bagi aku sweet peberet giler SOAN PAPDI made in INDIA. Perghhhhh.. mcm tau2 jer aku tengah mengidam sweet nih. Selepas check in kitorang sama2 naik Aerotrain ke Satellite Building.

Masa tuh ler dapat borak sekejap dengan Madam Dublin (gelaran aku pd dia) coz kitorang lagi setengah jam dah nak boarding. Sempat jugak beri duit raya kat anaknya TISHA yang petah bercakap tak henti2... Geram tengok dia.. Mr. hubby hulur $ ringgit Brunei buat kenangan. Madam Dublin kata 'boleh simpan dalam album..'. Ikut ler... Oklah.. panjang sangat ceta. Korang pernah tengok atau makan sweet Soan Papdi nih?? Moh ler kita tengok bagaimana rupanya tuh..

Ini ler wajah kotak Soan Papdi made in India brand Haldiram. Jangan risau.. Ianya HALAL..


Soan Papdi yang telah di buka. Berat bersih 250gm. Kalau nak keluarkan kena berhalus.. Tersangat halusnya isi sweet ini. Lihatlah warnanya. Pemanis mulut berperisa cardamom (buah pelaga) dan di taburi dengan kacang pistachios dan badam diatasnya. Memang superb.


Soan Papdi yang telah dikeluarkan dari kotak. Nampak tidak kehalusannya. Berurat2kan... 


Warna dan jalur2 halusnya membuatkan nak makan lagi lagi lagi dan lagi.....


Teksturnya yang halus jika masuk ke mulut CAIRRRR der.... Memang sangat halussss bukan lembut lagi tau


Agak2nya ada tak yang tergerak hati nak beli sweet nih?? Ada yang akan tanya kat mana nak beli?? Kat Malaysia ada ke? Jawapannya... Of Coz ler ada. Cari jer kat kedai India yang menjual pemanis mulut. Tanya dengan mereka Soan Papdi brand Haldiram ada tak sebab ianya HALAL. Kedai tuh for sure akan recommended sweet dia coz dia buat sendiri tapi minyak sapi yang mereka guna halal ke?? Ahhhh itu kena tahu. 

Di Singapore pula melambak2 diorang jual. Lagi2 nak raya Deepavali. Cari saja kat Mustafa Centre. Tapi make sure perisa tuh kena tengok2 jugak. Soan Papdi brand Haldiram nih ada perisa orange, chocolate dan klasik. Aku suka klasik (perasa asli buah pelaga) kerana ianya lebih sedap.... 

Nota 
Makan manis2 nih tak boleh berlebih sangat coz takut naik kolestrol aku. Sweet Soan Papdi nih sensitifnya jangan di simpan di tempat panas. Kena simpan di tempat yang kering atau dalam fridge. Kalau terkena matahari melebihi 8 jam for sure korang akan lihat texture dia keras kejong macam sugus keras. Lebih macam tuh ler.. Tapi rasanya tetap sedap... Ok guys.. Selamat beristirehat... 

0 comment... add one now