Daun Jarum Tujuh Bilah merawat Kanser dan penyakit lain

Assalamualaikum guys..... Korang pernah tengok daun herba nih tidak? Ini orang tua dulu2 panggil daun Jarum Tujuh Bilah. Nama pelik tapi khasiat daun ini memang terbukti boleh mengubati pelbagai penyakit terutama KANSER.  Mungkin banyak katagori kanser yang dapat pulih dari memakan daun herba ini selain herba Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass dan Keladi Tikus

Daun Jarum Tujuh Bilah ini kerana salah seorang sahabat abang ipar aku pulih dalam masa 3 bulan sahaja kerana setiap hari dia makan mentah2 daun Jarum Tujuh Bilah. Beliau mempunyai penyakit Kanser jenis Lymphoma. Herba daun Tujuh Bilah ini tidak pahit dan rasanya seakan2 macam makan jantung pisang kerana sedikit licin seperti jelly atau berlendir. Memang sedap dibuat ulam2an. Kalau di rendam dengan air suam untuk dibuat teh, daun ini akan menjadi lembut dan mudah dikunyah... 

 

Inilah pokok herba daun Jarum Tujuh Bilah yang di tanam di belakang rumah. Lebat dan kadang2 berbunga. Cantik bunga daun herba ini tapi tak sempat nak share dengan korang.

Daun herba Tujuh Bilah ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mengambil setiap hari 3 atau 4 helai atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama 15 minit. Dahulukan dengan bacaan AL Fatihah dan selawat Syifa, kemudian minum hingga habis dan dimakan sekali daunnya. Selepas pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam... 


Mak mertuaku rajin menanam herba2 yang boleh mengubati pelbagai penyakit. Selain rawatan penyakit, kami sekeluarga memang gemar makan ulaman mentah2. Lagi2 bila dapat tahu ulam itu sangat berkhasiat. Tak rugi makan ulam2an nih. Lagi sihat ada..


Zoom lagi dekat.. Amacam pernah jumpakan? Kalau korang jumpa ler daun nih pastikan korang ambil batangnya dan cucuk kat belakang rumah atau pasu. Senang dijaga dan senang hidup. Tak rugi menanamnya kerana herba ini sangat baik untuk mengubat pelbagai penyakit KANSER dan penyakit yang berjangkit. Kita mencuba dan berusaha sahaja. Selebihnya kita berdoa dan berserah pada-Nya agar penyakit2 itu dapat disembuhkan.

Nota
Selain amalan daun herba2 seperti SSG @ daun belalai gajah + keladi tikus + Jarum tujuh bilah dan sebagainya, pastikan kita juga amalkan solat2 sunat hajat + taubat + doa2 dan amalan ayat Quran yang pernah aku berikan pada post2 yang lama. Korang boleh tengok di petua / kesihatan dan berubat dengan doa.

P.S. Ok guys.. Kalau ada sebarang persoalan boleh tinggalkan komen.. Semoga cepat sembuh dengan izin-Nya.. Amin


0 comment... add one now