Makmum harus ikut imam


Assalamualaikum dan salam Jumaat. pejam celik pejam celik dah pun bulan April 2011. Sekejap saja masa berlalu.. Alhamdulillah.. masih lagi bernyawa dan masih lagi mampu untuk meneruskan perjalanan yang singkat ini. 

Kali ini kita bercakap tentang solat berjemaah. Solat jemaah adalah solat diantara imam dan makmum. Imam menjadi ketua dan makmum menjadi pengikutnya. Tetapi dalam hal solat ini aku perhatikan masih ada makmum tidak mengikut imam. Contohnya seperti sujud akhir. Jika imam sudah bangun dari sujud maka secara automatik makmum juga harus bangun sujud mengikut imam. Tidak perlu sujud terlalu lama melainkan jika solat bersendirian. 

Nota:
Jika solat bersendirian, kita boleh sujud dan berdoa dalam sujud akhir tetapi sewaktu besolat jemaah haruslah mengikut imam. InsyaAllah moga2 kita sama2 perbaiki lagi solat kita agar menjadi sempurna.. Allah SWT itu maha Pengampun lagi Penyayang.. Selamat bersolat...

P.S. Setiap solat harus disertakan doa. Dalam doa kita haruslah utamakan dahulu siapa syurga kita. Contohnya seperti yang masih single dan para suami2 'doakanlah dahulu untuk MAK dan ABAH' kita dan seterusnya. Dan kepada SI ISTERI2 doakan terdahulu untuk SUAMI agar suami kita sentiasa dirahmati Allah SWT dan dilimpahkan rezeki serta dimasukkan ke SYURGA FIRDAUS dan kekal hubungan hingga akhirat.. AMIN

0 comment... add one now