Adik Nur Dania meningga dunial akibat di dera ibu tiri


Assalamualaikum sahabat.. Malam tadi tengah tengok berita tv3 terkeluar cerita tentang kes penderaan kanak2 berusia 3 tahun arwah adik comel Nur Dania Qistina yang telah pun meninggal dunia kerana lemas. Di fahamkan bapa mangsa telah menjumpai mayat adik Nur di dalam baldi di bilik air dalam keadaan tertonggeng. Selepas bedah siasat mendapati arwah adik Nur Dania mempunyai 73 kesan lebam di bahagian muka, badan dan kaki dipercayai di pukul dengan objek keras atau pukulan tangan. Bukan adik Nur sahaja yang di dera tetapi anak kedua pasangan tersebut adik Danish Irsyad turut di syaki menjadi mangsa penderaan oleh ibu tiri mereka. Berita lanjut baca sini

MasyaAllah.... macam mana boleh cuai cik bapa. Takan tak perasan anak2 lebam kot. Sayang anak  dan isteri tangan2kan tapi bukan penangan. Tepuk atau pukul di tangan atau kaki tanpa menjejaskan mereka untuk diberi pengajaran tidak mengapa. Bukan beri penerajang atau belasah sampai lebam mati. Itu kes lain derrr... Adussss... aku paling geram dengan manusia yang cuai menjaga anak terutama anak2 yang masih bawah umur. Dan aku nak bagi taulah kepada perempuan bernama IBU TIRI yang mendera adik Nur Dania ini harus di hukum seberat2nya jika beliau di dapati bersalah. Hukumlah perempuan itu.. Jika boleh tambah hukuman aku pun nak bagi hukuman gantung sampai mati atau sumbat dalam penjara gol sampai dia kojol. 

Gerammmmmm sangat. Memalukan dan menjatuhkan title IBU TIRI. Oppppssssy... huhuhuhu.... honestly aku pun ada seorang anak tiri tapi kitorang in lap u lap i.. Melekat macam ikan Bandaraya.. Alaaa ikan yang makan lumut tuh.. hu3.. Nak pukul pun pukullah dengan manja agar mereka sedar kesilapan dan menerima teguran dan tidak tersinggung. Kalau rasa2 mereka merajuk, pujuk ler balik dan terangkan kepada mereka kenapa ibu bapa berbuat demikian agar anak2 tidak salah faham dengan tindakan kita.

Aku nak pesan sikitlah kepada semua IBU TIRI satu dunia agar bertindak menggunakan akal yang waras, bukan hati yang keras dan bebal. Bila kita bercinta dengan lelaki yang mempunyai anak, kita harus belajar untuk cinta dan sayang kepada anak2nya. Tetapi haruslah ada kerjasama dari pihak ibu kepada anak2 itu. Jangan pula di ajar perkara yang tidak baik kepada anak2 untuk membenci atau memburuk2kan ibu tiri tersebut. Anak2 akan keliru dan boleh menjejaskan hubungan antara si bapa, ibu tiri dan anak2. Begitu juger sebaliknya... Nanti ler aku sambung pasal cerita IBU TIRI YANG PENYAYANG bukan PENYERANG.. hahahaha... adiosss manchastosss.... Macam sesuai jer.. oklah tuhhhh...

{ 18 comments.. read them below or add one }

sahromnasrudin sahromnasrudin Selasa, Januari 11, 2011
assalamualaikum..lama tak singgah sini..sedih lihat kerakusan manusia kan...semoga ia tak berulang kembali
meowwmania meowwmania Selasa, Januari 11, 2011
betul tu kak Nur...sbnrnya tak semua ibu tiri tu jahat tp kata org tu krna nila setitik rosak susu sebelanga

si ibu tiri td harus menerima hukuman yg setimpal dgn perbuatannya sehingga hilang satu nyawa

si bapa pula macamana boleh terlepas pandang keadaan anak-anaknya...menyedihkan yg jadi mangsa kanak-kanak yg tdk berdosa :(
tokeh besar tokeh besar Selasa, Januari 11, 2011
Bukan title menjadi sandaran..AGAMA menjadi bimbingan...

Tengok mata anak dalam-dalam...selami betul-betul...cuba try tengok...menangis tak..???
Cat-in-Sydney Cat-in-Sydney Selasa, Januari 11, 2011
Aunty Nur,
Apa kata kita dera pulak si ibu tiri tu? Baru dia tau! I'll use my taring and claws bagai. purrr...meow!
Ezal R Ezal R Selasa, Januari 11, 2011
walaupun nama IBU TIRI, tetap seorang ibu dan bertanggung jawab ke atas anak2..tapi kalau sampai blasah anak macam ni ape kes? lebih dari binatang kot..
white rose white rose Selasa, Januari 11, 2011
assalamualaikum...

arggggghhh...mencik org mcm tu...
sy tak suke orang pukul2 atau buli kanak2...

sy pencinta kanak2...

kalo dah taknak jaga, jangan jaga...bagi kat orang lain yang xde anak nih...kan lebih terjamin...
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Januari 11, 2011
waalaikumsalam bro shahrom
itulah kan.. lama tak nampak cuping telinga.. hu3

sekarang mcm2 kes berlaku
rogol anak, dera anak simbah asid anak isteri
dan perlbagai kes buruk..
manusia semakin pudar iman
dan tiada rasa malu pada Allah SWT
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Januari 11, 2011
cik meoww.. setitik nila
cap angsa putih
lebih kuat warnanya untuk sebesen besar air..
begitulah manusia menilai manusia

harus di beri siasatan juger
kepada penjaga lain selain ibu tiri tersebut
kerana sblm itu mereka bertiga
tinggal bersama dengan datuk nenek mereka
di Mersing...

insyaAllah.. yg salah akan menerima hukuman..
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Januari 11, 2011
Brother tokeh besar...
iman adalah kekuatan diri
jika tipis keimanannya
maka terpancarlah sikap buruk
manusia tersebut... nauzubillah..

aku kalau marah anak
aku akan pandang mata mereka
terdetik rasa kasihan
bila terlepas kemarahan
sesal dan kasihan tapi kekadang
tangan2kan anak harus berpada
untuk membimbing...
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Januari 11, 2011
hey cat...
hu3... apa yang penting kerjasama..

alrite.. kita terjah si ibu tiri tuh
dan kasi ajar agar bersopan
dan menilai harga diri anak2
suaminya... eeeee.... gerammmm

ur taring is too tajam kah??
my taring is too panjang lohhh..
boleh join nih.. hu3
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Januari 11, 2011
bro Ezal...
binatang pun sayangkan anaknya
inikan pula manusia yang berakal
dan punya hati perasaan...
manusia seperti ini tiada lagi
keimanan diri
syaitan dan hidup dalam hati perempuan itu....
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Januari 11, 2011
cik putih.. itulah dia
aku pun menci dengan perempuan itu
kalau nak tangan pun
berpada2 juger untuk mengajar.
ini dah jadi lebih.. sampai lebam tuh
apa kes...

tapi kita kena tunding jari juger
kepada bapa tersebut kerana cuai
dan tiada concern pada anak2..
tidak perasankah si bapa akan
kelainan sikap atau luka
pd anak tersebut... pelik bukan..
Tok Kiyai Tok Kiyai Rabu, Januari 12, 2011
Salam nur..
Kecian budak tu....Nanti dia jumpa balik mak tiri dia kat sana nanti....
Abd Razak Abd Razak Rabu, Januari 12, 2011
Assalamualaikum Sis Nur...

Anak yang dah pergi tu akan mendapat tempat terbaik di sisi Allah SWT. Yang membunuhnya Allah akan membalas segala kejahatannya.
akubiomed akubiomed Jumaat, Januari 14, 2011
Manusia sudah kembali ke zaman Jahiliah tapi kali ini lebih kejam mendera sampai meninggal dunia :-(
Nur Misnan Nur Misnan Sabtu, Mac 12, 2011
salam tok kiyai..
memang zalim manusia itu..
tubuh yang kecil jadi pelepas marah mereka agaknya.. gila

kalau ler dapat balas balik
kat mak tirinya di sana
pun tak guna.. masuk api membara jawabnya
Nur Misnan Nur Misnan Sabtu, Mac 12, 2011
salam brother Razak..
insyaAllah dengan izinNya
moga2 yang zalim di bicara
dengan lebih berat lagi..

Semoga rohnya tenteram disana.. amin
Nur Misnan Nur Misnan Sabtu, Mac 12, 2011
salam brother Biomed..
nama pun manusia.. tak kira
zaman mana. Akal semakin cetek..

hati penuh hitam dan busuk..