Wanita simpanan seks bergaji 6k



Berita dari Sinar Harapan : DUNGUN – Lantaran nipisnya iman dan terdorong hasutan syaitan seorang wanita berstatus ibu tunggal sanggup menjual kehormatan diri dengan menjadi perempuan simpanan seorang pemilik pusat hiburan. 

Dengan pendapatan mencecah RM6,000 sebulan, dia dipercayai menjadi hamba seks tauke terbabit. Malah janda yang difahamkan pernah menjadi mak andam itu dipercayai pernah mengandung anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan tauke, 31 yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu.


Perbuatan tidak bermoral janda terbabit sudah mula dihidu pihak berkuasa, bagaimanapun tindakan licik wanita berasal dari kawasan Tanah Rancangan Felda Kerteh Satu yang dipercayai sering menukar modus operandi itu menyebabkan lokasi maksiatnya sukar dikesan

P.S. Bukan memandang hina pada perempua ini tapi kerana sikap dan tidak malu dialah boleh memalukan orang FELDA dan si lelaki pulak memalukan orang JOHOR. Apa nak jadi der. Banyak kerja lain boleh buat tapi kerja ni juga yang di pilih. Biarlah bergaji kecil asalkan HALAL dan diberkati. 




Wanita simpanan seks bergaji 6k

{ 12 comments.. read them below or add one }

Abd Razak Abd Razak Rabu, Oktober 27, 2010
Salam Sis...

Kabaree..? Sihat erk..

Moga Allah campakkan hidayah kepada hatinya untuk bertaubat dan kembali kepada jalan yang diredhai~Nya
udanggalah udanggalah Rabu, Oktober 27, 2010
Salam..Nur..Begitulah dunia mereka yang tersesat..lepas ni tulis pasal lelaki simpanan pula ya...
nurmisnan nurmisnan Rabu, Oktober 27, 2010
salam brother Razak
waras.. wes sentek? huhuhuhu

insyaAllah... semoga selepas kejadian ini
mak J itu akan terbuka hati untuk
memohon ampun padaNYA
nurmisnan nurmisnan Rabu, Oktober 27, 2010
salam brother UG
nama pun manusia
mudah terpedaya dgn syaitan bertanduk
suka menyesatkan anak adam..

huhuhuhu.... nak cari mangsa sape ekkk untuk lelaki simpanan?
rasanya ada kot tapiii...
mengaibkan si pulan tuh plak..

maybe cuma untuk bercerita jer kot
soon soon brother
meowwmania meowwmania Rabu, Oktober 27, 2010
sedih tgk perkara mcm ni berlaku, hidup ni bukannya lama...
white rose white rose Rabu, Oktober 27, 2010
salam kak nur...
jangan kata org JOHOR je macam ni,
orang negeri2 lain pun ade...

cuma xbole kesan sebab duit dorang tak banyak macam perempuan ni...

6K, sure laa pihak bank kesan dari mane dia dapat duit...

masya'Allah, mudah2an Allah berikan hidayah kepada beliau...
darkbatman darkbatman Rabu, Oktober 27, 2010
truth of life biase nye cmne la.. byk yg buruk dr yg baik.. tp 2 la namenye kehidupan.. amek sbagai iktibar n jadikn pengajaran.
nurmisnan nurmisnan Rabu, Oktober 27, 2010
salam meoww..
itulah.. hidup kita tidak lama
harus di balancekan hal dunia dan akhirat

masin2 dah besar panjang
tahu mana yang haram halal
Allah itu maha pengampun
terutama hambanya yang bersungguh utk bertaubat.... =)
nurmisnan nurmisnan Rabu, Oktober 27, 2010
salam cik Putih
biasalah tuh.. nak buek cam no
dah terlanjur...
cuma terkilan pada manusia2 yang kaya seperti lelaki laknat nih
dia ingat ada duit boleh buat suka hati dia...

yang cik J ni pun satu hal
sekarang dah tercekup
mana nak letak muka..
kesian pada mak bapak dia lah..
kalau org felda tahu
malu mereka.....

peringatan untuk kita semua wahai perempuan2 di luar sana....
nurmisnan nurmisnan Rabu, Oktober 27, 2010
salam brother Dark
ialah lah kan... kita ambil ini sebagai iktibar
untuk kita2 semua wahai lelaki dan perempuan...

carilah rezeki yg halal
perhubungan yg halal
kerja yg halal
Allah akan lebih perluaskan rezeki kita... InsyaAllah..
AMIN
MASA MASA Rabu, Oktober 27, 2010
perkara macam ni tak boleh buat main-main. makin banyak maksiat berlaku. kerana duit orang sanggup buat apa je..
Admin Admin Khamis, Oktober 28, 2010
Kes2 begini masih ada lagi berlaku di sini. Saya pernah mempunyai seorang kenalan wanita yang masih lagi belajar yang mempunyai kenalan dengan seorang datuk. Segala yang dipinta akan dipenuhi oleh datuk tersebut. Namun seperti biasa keuntungan kena le sama rata 50:50. Faham bukan?