Tarikh 10.10.10 buat aku sakit jantung

"Assalamualaikum.. Abah ok ker? Tak ada apa2 ker? Mak macam mana?" tanya aku gabrah


"W'salam..OK. Baru bangun tidur nih, Diorang kejut kata ada kemalangan maut kat depan. Katanya 11 orang maut" jawabnya kepenatan


"Alhamdullilah (lega mereka semua selamat sambil mengucap panjang tentang kematian dlm kemalangan itu) Mak buat apa? Tidur ker?" tanya aku panik


"Iyalah.. penat sangat. Dari pagi sampai petang tak duduk diam. Sibuk kena temuramah dengan wartawan" jawab abah melawak


"huhuhuhu.. syukurlah. risau sangat. Tadi kat berita kata ada kemalangan maut di lebuhraya selatan simpang Ampat. Bila sebut kemalangan membabitkan 2 bas, kereta dan van, itu yg terus call abah. Risau2"... jawabku


"InsyaAllah.. rombongan SRIKANDI semua OK cuma ada satu bas SRIKANDI terbabit dengan kemalangan tuh tapi semua penumpang alhamdullilah selamat"


"Ok tak pe abah. Yang penting abah mak dan semuanya selamat. Tiba rumah sms ok. Mesti sms tau. No xcuses" kataku macam beri amaran keras.. cehhhhh!!!


"Iya.. insyaAllah abah sms" 


"Ok abah. Taking care. Kiss for mak. Love u"
telefon diputuskan dengan perasaan gumbira.. End d call

Pagi tadi jam 5.25 aku terima sms dari mak dan abah. tu dia... dua2 sms.
sms dari mak "Salam No, mak dah sampai dan selamat semuanya"
sms dari abah "No, mak abah baru sampai ni"
Bila dapat je sms dari mereka berdua, hati jadi gumbira + sedih. Sebab apa bersedih.. Pasal diorang dari waktu petang bergerak dari Stadium Bukit Jalil hingga jam 5.25 pagi baru tiba rumah. Dekat 12 jam dalam bas. Penat tuh... Kesian mak abah. Mesti letih bebenor. Tak pe2.. hari nih tdo puas2.. Next time kalau ada perhimpunan atau meeting SRIKANDI (bekas tentera) jangan naik bas lagi. Aku belikan tiket flight lagi selamat. Tak perlu duduk lama2.. Inilah dia tarikh 10.10.10 buat aku sakit jantung.
Tarikh 10.10.10 buat aku sakit jantung

{ 11 comments.. read them below or add one }

white rose white rose Isnin, Oktober 11, 2010
salam kak nur...
laaa...yeke...

ramai gak blogger yg ade terlibat dgn kemalangan ni...alhamdulillah, mereka semua selamat...

ngeri dengan tarikh 10.10.10...
macam2 peristiwa...

alhamdulillah, abah & mak akak selamat...
udanggalah udanggalah Selasa, Oktober 12, 2010
Salam Nur..Hampir semua rakyat Malaysia terperanjat...bimbang juga jika ada sanak saudara yang terlibat...apapun bagi yang terlibat takziah diucapkan...
Abd Razak Abd Razak Selasa, Oktober 12, 2010
Salam sis Nur...

Alhamdulillah, mereka selamat..
meowwmania meowwmania Selasa, Oktober 12, 2010
isk terlibat sama ker...

alhamdulillah xde pape :)
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 12, 2010
Salam BRP
Alhamdulillah.. mak dgn abah aku
semuanya selamat..
hishhh.. mau tak risau.
bas yang kedua orang tua aku naik hanya selang beberapa bas
dan kereta dari tempat kemalangan tuh.

takziah untuk keluarga di mangsa
kalau ler driver india tuh masih hidup
memang kena belasah kaw kaw punya..
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 12, 2010
salam brother UG
itulah.. berita tentang kemalangan ini
membuatkan satu Msia terperanjat..
aku rasa bukan saja di Msia malah rakyat Msia yang berada di luar juga.

Alfatihah untuk kelima2 mangsa
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 12, 2010
salam brother Razak
Alhamdullilah.. rombongan2 SRIKANDI
(bekas tentera) semuanya selamat tiba kerumah

sewaktu berita diumumkan tentang kemalangan membabitkan bas
hati bagai nak jatuh ke lantai
nasib bercantum dan duduk dlm dada... =)
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 12, 2010
salam meoww..
bas yang mereka naiki hanya beberapa buah saja dari tempat kejadian..

Alhamdullilah.. mereka semua selamat
cuma masih terperanjat saja..
tak sangka ramai yang terbunuh
gara2 seorang driver yang tidak sabar dan tidak beradab di jln raya..
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o b.r.u.t.a.l.s.o.l.o Rabu, Oktober 13, 2010
berutung mak dan abah ada anak yg ambik berat
Tanpa NamaTanpa Nama Rabu, Oktober 13, 2010
alhamdulillah mak abah xde pape
nurmisnan nurmisnan Rabu, Oktober 13, 2010
salam brutal n kapten
Ahamdullilah.. berkat doa naik kenderaan dan doa anak2..

Cuma kasihan pada mereka je
dah veteran sgt, tak daya nak duduk dlm bas lama2..
till now mereka masih rasa penat selepas kejadian..