Mencari saat-saat yang istimewa

Salam Ramadhan semua..
Tentunya ada yang merasa letih kerana baru sehari kita mula berpuasa tetapi ada pula yang sudah biasa dengan berpuasa. Banyak dugaan dan larangan yang perlu kita hadapi terutama bila menatap internet dengan cerita2 yang boleh mengurangkan pahala kita.

Jadi aku mahu kongsikan disini tentang mencari saat-saat yang istimewa bersama kekasih kita Allah s..w.t.. semoga dilipat gandakan pahala dan dapat mensucikan lagi hati kita..

Dalam sebuah hadis ada disebutkan;
Dari Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda mintalah kebaikan di sepanjang waktu dan carilah saat-saat yang teristimewa  di sisi Tuhan kerana Allah mempunyai saat-saat penurunan rahmatNya, yang diberikan kepada sesiapa saja yang berkehendak di antara hamba-hamban-Nya, dan mintalah kepada-Nya agar menutup aib kamu dan menenangkan kerisauan kamu"
hadis riwayat Al Hafiz bin Asakir

Memang Allah mempunyai masa-masa istimewa untuk kita, maka carilah masa-masa itu. Alangkah beruntungnya seseorang yang mendapatkan masa-masa itu dari Allah sehingga tidak sengsara setelah itu selamanya. Di antara masa-masa istimewa itu adalah;

Pertengahan malam terakhir;
Dalam sebuah hadis Abu Hurairah disebutkan, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda Allah s.w.t. akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam terakhir seraya berfirman; "Barangsiapa yang berdoa kepada -Ku, maka Aku akan menerim permintaannya dan siapa yang meminta keampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampunkannya"

Ketika matahari condong ke barat
Dari Abdullah bin Said bahawa Rasulullah mengerjakan solat empat rakaat setelah matahari condong sebelum zohor seraya bersabda " Sesungguhnya ini adalah saat-saat dibukakan di dalamnya pintu2 langit dan saya senang jika pada saat itu amal solehku naik" 
hadis riwayat Al Tarmizi Ahmad


Dari Abu Ayyub Al Anshari berkata; "Rasulullah membiasakan solat empat rakaat ketika matahari condong"
Abu Ayub bertanya kepada Rasullulah "Ya Rasulullah, solat apa beberapa rakaat yang biasanya engkau kerjakan itu?"
Rasulullah mejawab "Sesungguhnya pintu2 langit dibuka ketika matahari condong dan tidak ditutup hingga solat zohor ditunaikan, maka saya senang jika saat itu amal baikku naik (naik ke langit)
hadis riwayat Ahmad

Hari isnin dan Khamis
Bila kita sedang berpuasa maka doa2 dan amalan kita mudah diterima Allah s.w.t

Abu Hurairah "Rasulullah bersabda "Pintu syurga dibuka pada hari isnin dan khamis, lalu setiap hamba yang tidak menyekutukan Allah akan diberi keampunan kecuali orang yang antara diri dan saudaranya terdapat permusuhan, lalu dikatakan, "tangguhkan untuk kedua2 orang ini sehingga mereka berdamai dan tangguhkan untuk kedua orang ini sehingga mereka berdamai"
Hadis riwayat muslim


Abu Hurairah berkata "Temanku berwasiat kepadaku tiga hal yang aku tidak meninggalkannya sama sekali sehingga meninggal;
"Puasa 2 hari setiap bulan, solat dhuha dan tidur setelah solat witir"

Ketika berkhatan Al Quran
Dari Abdah berkata "Jika seseorang mengkhatamkan Al-Quran di siang hari maka para malaikat akan mendoakannya hingga petang dan jika dia selesai mengkhatamkan di malam hari mala para malaikat itu akan mendoakannya hingga pagi"

Lailatul Qadar turun di tengah malam setelah solat wajib, antara azan dan iqamah, setiap malam, ketika ada panggilan untuk solat wajib, ketika turun hujan, ketika barisan perang di jalan Allah kacau, dan pada hari Jumaat. Pendapat yang paling kuat adalah bahawa Lailatul Qadar turun pada saat2 terakhir wakh dan solat, ketika minum air zam2 dengan niat yang tulus, ketika sujud, ketika bangun tidur di malam hari, berdoa dengan doa2 yang dianjurkan dan sebagainya.

P.S. Insyaallah semoga kita sama2 dapat melakukan amalan ini baik didalam bulan ramadhan
atau pun bulan biasa.. Selamat beramal.. =)
Mencari saat-saat yang istimewa

0 comment... add one now