Tips untuk membersihkan hati kita

Sebelum aku meneruskan n3 terbaru aku, ingin rasanya nak ucap 'Selamat Hari Bapa' pada semua sahabat2 dan blogger2 sedunia.. Pengorbanan seorang bapa tidak ternilai harganya.. =)  Pesanku jangan jadi bapa yang nakal... nakal sikit2 takpe... Oklah kita teruskan tajuk terbaru.. Aku letak n3 ni pun pasal aku sedih plak bila salah seorang sahabat aku dalam keadaan runsing dan hati tidak tenang... semoga tip2 ini dapat mengubati hatinya yang kala tidak setenang air ditasik madu... =)


Segala aspek kehidupan ni bermula daripada hati. Oleh itu dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati oleh pakar motivasi Dr. Fadhilah Kamsah

1. Dirika solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa2 diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat taubat - selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang2nya bacalah "Surah Al ikhlas - Qulhu allah" sebanyak 3 kali

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan "aku minta maaf pada kau"

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah2kan kebolehan diri sendiri. Katakanlah "Aku sebenarnya ...(perkara yang elok2 belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati;
"Ya Allah, cuci otak aku, cuci hati aku,. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, akif, positif" Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokkan harinya - Cubalah!!

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan

9. Cubalah ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)

10. Kekalkan wuduk

11. Belanja kawan makan

12. Jaga makanan - Jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak)

13. Berkawan dengan Ulama atau orang yang berilmu

14. Berkawan dengan orang miskin (menginsafkan)

15. Pesan pada orang, jadi baik

16. Menjaga pancaindera (mata, hidung, mulut ..dsb) Jangan dengar orang mengumpat

P.S. "sampaikan pesanan ini walaupun satu ayat".. Semoga apa yang telah diberikan tip oleh Dr. Fadhilah Kamsah ini dapat mengubat hati, mata dan mulut. Tenangkan hatimu dengan perbanyakkan selawat... Insyaallah.. Kau akan rasa nikmatnya..

Betapa indahnya ketenangan pada waktu ini tatkala aku duduk ditepian sungai yang berarus sangat deras... Dengan bunyian air dan kicauan burung2 disitu.. indahnya.... Ini salah satu cara aku hendak mententeramkan hati yang terluka, duka dan sepi sambil menulis cerpen..

 

4 comments.. read them below or add one

norish norish Sabtu, Jun 19, 2010
Hi Nur,
Terima kasih dengan tips yang you beri. Banyak perkara yang saya perlu fahami untuk menenangkan hati.

>__<
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Jun 19, 2010
hi norish..

Kasih diterima hehehe...
Tips ni dah lama pun. Saja je share sini. mana lah tahu kan kalau2 ada yang hati gundah gulana, sepi keseorangan dan hati tak tenteram...

Byk kebaikan selawat yg kita tidak tahu.. nanti aku share lg.. take care
Sufi Asri Sufi Asri Ahad, Jun 20, 2010
thx atas tips.... banyak membantu.. xsangka, cari jauh2.. rupanya menda nie ada kat blog kawan2 jer... thx again... =)
nurmisnan nurmisnan Ahad, Jun 20, 2010
hey man
No mention... Hopefully dapat membantu..

And semoga dapat mengamalkan ya.. Insyaallah apa yg terbuku, terpendam,dendam atau mencari ketenangan dpat diatasi...