Gunung Kilimanjaro & Pulau Prison Afrika

Salam guys.. Setiap kali bila aku dan mr. hubby fly dari Nairobi - Dar Salam mesti tertido.. Ntah kenapa. Agaknya pelayan kapal kasi ubat tdo kot. Huhuhuhu.. Bukan apa bila kitorang fly dari Nairobi  kapal terbang ni akan lalu atas Gunung Kilimanjaro. Tapi bila mr. hubby fly sorang2 tidak pula dia rasa mengantuk. Hmmmm.... Agaknya tak ada geng tdo kot. (sengeh).. Itu yang dia dapat snap gambar Gunung Kilimanjaro. Maybe not my luck lah kot... (keluh).. ok sambung.

Gunung Kilimanjaro iaitu gunung paling tinggi di negara Afrika dengan ketinggian 5,895 meter atau 19,341 kaki. Gunung Kilimanjaro juga adalah antara gunung-ganang bebas paling tertinggi di dunia dan meningkat 4600 meter atau 15,100 kaki dari asas.




Permandangan Gunung Kilimanjaro dari arah bawah... mr. hubby kata kalau lihat depan2 mata tersangat le cantik dan udaranya tersangat le segar, nyaman dan bersih... sejukkk je. Gambar tidak berapa jelas kerana hari semakin gelap.. gambar ni sudah 5 tahun disimpan since 2005. Kebetulan aku nak cerita pasal Gunung ni makanya aku mengimbas balik folder2 lama yang ada di HD.



Gambar terbaru dari mr. hubby yang baru di ambil semalamnya. Permandangan Gunung Kilimanjaro dari atas.. cantik bukann... tertarik d bom..


Mr. hubby bergambar di bawah permukaan masuk menuju ke Gunung Kilimanjaro.. Gambar tahun 2005.. Handsome bukannn... Rambut pun ala2 Alleycat gituhh. Hehehe


Ramai yang tidak pernah tengok orang Masai Afrika. Ini adalah salah satu keluarga masai yang tinggal di sekitar pergunungan Kilimanjaro.. Tongkat kayu yang orang masai tu pegang harganya cuma USD7 shj. Lagi panjang lagi mahal harganya. Banyak kegunaan tongkat ni... Tak sempat nak beli coz susah nak bawak naik flight... Next time aku pegi Dar Salam lagi aku akan membelinya buat senjata perlindungan aku.


Dan lagi di sekitar Gunung Kilimanjaro ni mempunyai lombong batu Tanzanite. Batu ni sangat popular dikalangan penggemar batu perhiasan wanita. Aku memang suka dengan batu ni.. Bermacam2 warna dan nama ada. Paling cantik dan mahal adalah batu berwarna biru ala2 tua gitu.. Tetapi sewaktu aku berborak dengan teman yang juga tuan punya kedai barang kemas di Dar Salam Mr. Hamid, dia juga kata biru dan ungu adalah batu yang paling bermutu... Iyalah kot. Nak tengok macam mana Tanzanite ni.. Ini le batunya.. Salah satu koleksi barang kemas aku. Hadiah besday dari Mr. Hubby.. Aku suka warnanya.. Khabarnya batu Tanzanite ni akan hapus pupus. Hapus Pupus mcm mana.. Haaa ini yang kita tak tahu ni.... Hehehehe... Nanti aku tanyalah kenapa. Sebabnya diorang kata batu ni semakin lama makin kurang. Iyalah kan kalau asik di gali je tak ke habis. Ok... sambung ceta..


Yang ini pula Pulau Prison atau orang Zanzibar gelar pulau Changuu... Korang nampak bentuk kecil belah kanan. Bukan yang atas kanan tuh. Yang tengah kekanan. Aku tak tahu le macam mana diorang boleh bagi nama Prison. adakah kerana banyak prison di pulau ini atau...?? Bukan.. sebenarnya masa dulu pulau ni di jajah oleh orang bangsa Arab dan mereka menggunakan pulau ini untuk menyimpan hamba2 abdi yang tahan panas untuk dijual.. Sampai sekarang masih ada orang2 Afrika menjadi kuli hamba2 orang India dan Arab. Termasuk le orang luar... Gaji mereka tidak le sehebat jika dibandingkan dengan orang gaji di Malaysia. Sebulan mereka hanya mendapat RM180 - 200 shj. (sedih) .. Cuma apa yang menarik orang Afrika ni mereka kuat dan tahan panas serta lasak.. Tengok le badan2 mereka..  Makan ugali dan gandum. Kalau tarik batu guna kayu 3 roda macam kereta lembu tarik tuh.. pergghhhh kuat sehhh.. Upahhh.. hmmm tarik batu sekali round cuma RM2 shj. Tak berbaloi.... Kasihan (sedih) u guys boleh baca pasal hamba abdi Afrika ni dalam post aku yang sebelum ni.




Ni dia gambar paling dekat. Perghhh.. cantik bukan..Kalau buat snorkeling best gilerr nih. Lagi2 bila banyak terdapat terumbu karang di sekeliling pulau ini. Air yang biru kehijauan dan tersangat le jernihnya. Banyak kura2 gergasi tau.... Tak caya??


Kura2 gergasi yang berada di Pulau Prison Zanzibar.. Wowww.. story about Zanzibar aku masih terngiang2 bunyi ombak, dolphin, burung berkicau dan udara segar nyaman disana (ngeluh).. Apa2 pun Maldives still d best.. hehehehe.... Tapi kalau nak buat diving di Afrika korang kena cuba ke Pulau Mafia. Not badlah...  Itu kata kawan aku. Aku tak cuba lagi. Maybe soon...

 


So guys... lepas ni ada le orang Malaysia yang kenal dan tahu Gunung Kilimanjaro Afrika. Aku suka2 je kongsi2 kat sini. Mana yang tahu tuh baguslah.. mana yang tak pernah tahu dan tengok Gunung tertinggi lebar ni, tentunya dah ada kat blog aku. Nak tengok klik je.. Insyaallah lain hari aku cerita plak percutian aku di Sadani Safari Afrika.. Orang panggil zoo terbuka... hahahaha... Enjoyed ok... Salam

{ 21 comments.. read them below or add one }

Sufi Asri Sufi Asri Selasa, Mei 25, 2010
wow.. lawanya pulau yg ada awan2 tue.. hehehe.. cantik nyer..

erm.. kura2 gergasi tue bahaya x? kang gigit lak kalo wat snokling kt situ.. haha...

=)
nurmisnan nurmisnan Selasa, Mei 25, 2010
brother.. yang ada awan2 tuh gunung kilimanjaro. memang cantik. sape2 nak buat climbing bagus pegi kat sini...

kura2 tua dah hilang gigi. itu yang bg makan pisang dan daun2 lembut.. hehehe... gd day zoro
meowwmania meowwmania Selasa, Mei 25, 2010
wahh sonoknya...

tak dpt pegi dpt tgk jadi lah :D
nurmisnan nurmisnan Selasa, Mei 25, 2010
salam meowwwww... dah macam kucing plak aku nih..

insyaallah ada lah tuh nanti. kalau nak pegi bg tau aku. kasi baik punya tempat utk berehat.. =) gd day
wakatowakato Selasa, Mei 25, 2010
Beautiful and auwsome. I really love this place

p.s my next destination is Zanzibar
Click N Clutch Click N Clutch Selasa, Mei 25, 2010
Nur, check our my reply....

Regards, Click N Clutch

P/S Wow..... bestnyer pegi jalan2 sampai ke Afrika..... Good info jugak ni :P Take care dear.
nurmisnan nurmisnan Selasa, Mei 25, 2010
hey wakato arigato...
It's lovely place huh..

Ohhhh... u should go to Zanzibar Island 4 ur next holiday.. it's really fun N enjoyed... Gd day
nurmisnan nurmisnan Selasa, Mei 25, 2010
Hey Click N Clutch
thanks for ur reply..

Afrika ni memang cantik tempat utk kita bercuti. Sblm ni aku duduk Afrika 4 tahun. u take care 2. Gd day CC
ondscene ondscene Rabu, Mei 26, 2010
menarik entry ini. tapi hope puan blogger dapat siarkan bayk lagi foto2. tak puas le nengok..
nak pergi bercuti, tak pernah ada kesempatan. asyik tengok gambar je la...
anyway, tq for dis nice article.
My Book Writer My Book Writer Rabu, Mei 26, 2010
Nur, wow cantiknya pemandangan gunung tu, awan-awan tu nampak macam kapas-kapas yg terapung. Bestnya... ;D
rasp rasp Rabu, Mei 26, 2010
subhanallah...memang cantik tul both places tu...
i'm sure kalo gi snorkeling kat Prison island tu mesti bestnya....
nurmisnan nurmisnan Rabu, Mei 26, 2010
salam bro ondscene
insyaallah aku akan update lagi banyak pics kat sini.. Tapi di Kilimanjaro tidak banyak pic diambil coz tiba petang..

terima kasih sudi kome disini.. have a gd day bro.. =)
nurmisnan nurmisnan Rabu, Mei 26, 2010
salam s820..
memang cantik bukan.. kalau lihat depan mata lagi tergamam tau.. indah sungguh ciptaan Allah.. Syukur dan bangga kita menjadi hambanya yang sentiasa terpegun dgn kebesarannya...

terima kasih daun keladi, sudi2 singgah n komen lagi.. gd day 820
nurmisnan nurmisnan Rabu, Mei 26, 2010
salam rasp..
subhanallah memang sungguh cantik. sungguh indah suasana disana.. seperti di Pulau Zanzibar.. Kalau buat snorkeling memang syok giler coz banyak terumbu karang. itu menunjukkan ikan banyak disitu...

terima kasih cendol air batu, sudi2 datang selalu.. gd day rasp
sitisiti Rabu, Mei 26, 2010
wahhhhhh....comelnyer kura2
white rose white rose Khamis, Mei 27, 2010
akak, beshnye kt gunung tuh...
mesti suasana sejuk & nyaman kan...

dh lama sy tak g snorkeling...
last g tahun 2006...

cuti sek ni nak g laa...

kura2 gergasi tu mmg gergari laaa...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mei 27, 2010
salam white rose,
memang bestdan nyaman udaranya

kalau ada masa nak buat climbing
datang sini.. itu pun kalau minat.

kalau nak kesana senang nai Kenya airways dari bangkok - nairobi.

besarkan kura2 tuh.. comey je
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mei 27, 2010
salam siti
cantik bukan.. next time
honeymoon kat sini pun syok...

gd day and selamat malam jumaat
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mei 27, 2010
salam hawa
wahhhhh je ke?

tak terkata bila memandang.. hehehe

gd day..
Nur-nba Nur-nba Khamis, Disember 22, 2011
Salam. Jauhnya berjalan sampai ke benua Afrika.. Suka juga melancong, tapi cuma dalam negara je.