pengantin lelaki basah de...

Tadi aku borak-borak dengan MIL aku, dia bercerita mengenai al kisah waktu dulu. perkara ini berlaku di sebelah utara sana.. saja nak bercerita dan kongsi kat sini sebab ada pengajaran disebalik kejadian. kisahnya begini..

Farid (bukan nama sebenar) jatuh cinta dengan Kasih (bukan nama sebenar) dan keluarga sebelah lelaki telahpun masuk mintak. maksudnya merisiklah. tunggu punya tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul. huhuhuhu..gurau. Selepas merisik pihak lelaki dan perempuan telah bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan. tahun berapa dan bulan berapa tak pula aku tanya kat MIL aku. pendek cerita hari perkahwinan telahpun tiba. pengantin lelaki dan rombongannya telahpun berangkat. Dulu jalan dan jarak rumah terlalu jauh. Bila nak masuk kampung tu kenalah berjalan. agak jauh juga. Jalan punya jalan rombongan lelaki ni telah di sekat oleh sekumpulan lelaki da wanita. mereka dengan serta merta menjirus air baldi ke pengantin lelaki tu. Dushhhhhh... basah dohhhh. huhuhuhu.. ini dialog aku k bukan dia. Tapi memang basah pun pengantin tu. aku ingat adat diorang menjirus air berbaldi-baldi ke pengantin lelaki. rupanya sekumpulan lelaki dan wanita yang menjirus tu adalah keluarga Ali yang pernah merisik Kasih tetapi ibu bapa Kasih telah kahwinkan dengan lelaki lain.

Dalam hati aku, patut le pengantin lelaki tu kena jirus, rupanya perampas. nak jadi cerita lagi sebenarnya lelaki ini memang tahu Kasih telah diikat oleh Ali tapi kerana sukanya dia pada Kasih maka sanggup memujuk ibu bapa Kasih untuk menerima lamaran dia. gitulah ceritanya. dan akhirnya dik kerana basah kuyup, pengantin lelaki tadi pun terpaksa berpatah balik kerana baju dah basah de. takan nak naik pelamin dengan basah kuyup. MALUUUUUU TUUUUUU....
pengantin lelaki basah de...

2 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama Selasa, Mac 23, 2010
Kesian ya pengantin tu. Itulah lain kali jangan suka merampas, dah tak pasal-pasal kena simbah air. kesian
nurmisnan nurmisnan Rabu, Mac 24, 2010
Hmmmmm... kesian pada Ali. Sepatutnya pihak wanita kenalah bg tau pd Ali kalau tak jadi. Ini diam je sampai le tarikh nak kahwin tiba. tak pasal2 kena simbah air..

thank tanpa nama.. singgah lagi