Jimat eletrik bermula dari rumah...

Ini ada sedikit tip yang Nur nak share pada semua.. ini pun selepas nur membaca dari majalah.. jom kita cuba.. manalah tahu lepas ni bill letrik kita boleh menjadi kurang..

1. Biarkan pintu atau tingkap sentiasa tertutup supaya bilik sentiasa sejuk. tapi kalau waktu pagi haruslah di buka kerana rezeki masyukkkk

2. Gunakan bumbung atau siling penebat keranan ia boleh mengurangkan penggunakan elektrik bagi penyejukkan. Selain itu gliskan tingkap kerana ia memantul haba dan lutsinar. Penebat dan penggilis akan mengurangkan bil elektrik sebanyak 40%

3. Apabila hari dijangkakan panas, pasang penyaman udara lebih awal dan tutup langsir bagi menghalang sinar matahari

4. Pastikan kipas tidak dihalang dari belakang kerana halangan pangaliran udara akan menyebabkan ia beroperasi dengan bebanan berlebihan

5. Tutup suis kipas apabila tidak diperlukan

6. Televisyen, pemain video, radio, stereo dan dekoder jika tidak digunakan tutup suisnya

7. Malapkan atau tutup ampu di ruang tamu bila menonton televisyen

8. Elakkan daripada membiarkan peralatan terpasang secara mood sedia

9. Beli komputer yang mempunya label tenaga

10. Pastikan komputer mempunyai mod tidor

11. komputer riba menggunakan 30% kurang tenaga berbanding komputer meja

12. elakkan membiarkan komputer pada mod sedia

13. Beli lampu cekap tenaga (energy saver) dan boleh menjimatkan tenaga sehingga 80% bil lampu ada jangka masa panjang

14. Gunakan lampu yang bersesuaiandengan kemampuan (contoh : gunakan lampu yang lebih terang untuk membaca dan malap untuk menonton tv

15. lampu kalimatang biasa akan mengeluarkan cahaya 2 kaliganda dari lampu mentol

16. Gunakan cahaya dari luar.. (macam kedekut plak)

17. Bersihkan habuk pada mentol atau lampu setiap 2 bulan sekalu kerana lampu yang bersih akan memberi cahaya yang lebih terang

18. Jauhkan pembersih hampa gas dari tempat panas atau terkena sinaran matahari. Dan jangan biarkan terlalu lama kerana motornya akan panas

19. Jika terlalu panas sistem perlindungan haba akan berfungsi dan mengambil masa yang lama untuk sejuk

20. Matikan suis soket alur keluarnya dahulu sebelum palam kuasa ditanggalkan

21. Bila mula menggosok pastikan membuka suhu yang rendah dahulu bagi mengurangkan masa pemanasan

22. Tutup suis seterika sebelum menggosok fabrik yang terakhir

23. Kumpul dan gosok fabrik dengan jumlah yang banyak bagi satu-satu masa kerana pembaziran elektrik berlaku setiap kali seterika digunakan untuk menggosok beberapa helai pakaian

24. Tutup suis seterika jika mendapat gangguan semasa menggosok seperti menjawab telephone atau sebagainya

25. Jika boleh sewaktu mengangkat pakaian dari jemuran biasakan terus di lipat bagi mengurangkan penggunakan menggosok

26. Pasang paip aliran rendah yang boleh menjimatkan air sehingga 70%

p/s : kita cubalah.. kalau masih sama jugak hentam sajalah....
Jimat eletrik bermula dari rumah...

3 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, Januari 21, 2010
yang tutup suiz tu yg selalu tk buat... lampu pasang sampai pagi. tv pon kadang2 tersasul bukak 24 jam.hehehe.... kena beringat ni.
nurmisnan nurmisnan Khamis, Januari 21, 2010
salam
hmm... lepas ni kena lah tutup suis. nur pun kadang2 lupa lebih2 lagi bila laptop tak switch pada sleep.. game ps3 plak kadang2 lupa nak off..

apa yang penting kerjasama.. huhuhuhu..kerjasama dgn anak2 dan suami supaya mereka harus tutup suis. jgn tutup suis org tgh tgk tv..berkejaran satu rumah dongggg
AirConD MaNAirConD MaN Khamis, Januari 21, 2010
filter aircond kena cuci weekly..ni mmg reason aircond using more power..