kesilapan ketika bercerai

Senang membuat silap tetapi tidak mudah membina kepercayaan semula. Inilah masalah yan sering kali berlaku terhadap pasangan apabila melalui konflik dan kemudian diakhiri dengan perceraian. Dalam pada itu ketika melalui perceraian ini ramai yang beremosi.....

kebanyakkan kes ini mereka,aku,kau atau dia akan menyalahkan keadaan di sekeliling seperti pasangan,keluarga pasangan,ipar duai dan siapa-siapa saja. Malah sentiasa mencari pelbagai kesalhan agar semua kesalahan itu nampak dilakukan oleh orag lain, bukannya diri sendiri. Jom kita semak masalah yang sering dilakukan ketika dalam proses peceraian....

1 Kemarahan yang melampau kepada pasangan
suka menyalahkan orang lain tanpa melihat kesalahan diri dahulu. perhubungan dapat diselamatkan jika ada sifat toleransi. pun begitu jika pasangan dlm keadaan marah, ramai yang sukar berfikir dan boleh menyinggung perasaan pasangan.

2 Memarahi pasangan di tempat awam
perkara yang sukar di terima pasangan adalah bila mereka di marahi dihadapan khalayak ramai. kes ini pernah berlaku ketika pasangan tersebut bergaduh dan menjerit-jerit di  khalayak ramai sehinggakan anak-anak mereka berlari menyembunyikan diri gara-gara malu dengan sikap ibu bapa mereka

3 Suka mengungkit
Apabila hati tidak suka, sudah tentu semuanya nampak buruk. ini biasalah kan.Terutama soal-soal harta. Apa yang di beli, apa yang di gunakan dan sebagainya akan menjadi buah pertengkaran. Jadi cuba jangan mengungit soal harta kerana ia akan menyakiti hati pasangan. Mungkin hari ini bergaduh, esok lusa dah berbaik semula demi kasih sayang dan anak-anak.

4 Menjadi agak pasif
Ada juga pasangan yang sukar mengawal perasaan jika melihat pasangan tidak melawan seolah-olah bercakap dengan tembok. kemungkinan pasangan tidak melawan kerana tidak dapat menjawab persoalan atau malas hendak memanjangkan cerita kerana hati telah terluka

5 Menggunakan peguam yang merumitkan situasi
kemuncak sebuah hubungan bila pasangan menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Apatah lagi jika kes sudah dibawa ke mahkamah. sesetengah lelaki amat sukar untuk menerima hakikat ini kerana ketika marah mereka memang ingin bercerai tetapi bila marah sudah reda, hati masih sayang lagi pada pasangan

6 Bahasa yang sangat kesat
Jika hati sudah tidak suka lagi janga sesekali menggunakan kata-kata yang kesat pada pasangan kerana ia boleh membuat pasangan anda lebih terluka dan akan mendendam. cuba berbicara dengan lebih teratur dan berbudi bahasa kepada pasangan walaupun di mata dan hati tidak lagi menyukai dan menyayangi

7 Cubalah menyelamatkan rumah tangga
Kemarahan boleh membunuh sebuah kasih sayang. Kalau boleh cubalah baiki semula hubungan atau rujuk kembali. Tunjukkanlah kasih sayang pada pasangan agar hubungan dapat kembali bertaut

8 Anak-anak sebagai perisai
Anak-anak adalah perisai paling utama untuk menyelamatkan hubungan suami isteri. Walaupun berlalu pergaduhan besar, anak-anak akan menjadi tajuk utama. Jika masih sayangkankeluarga, fikirlah tentang anak-anak dahulu. bercerai memang amat mudah di lafaz tetapi cubaan menghadapinya nanti amat sukar sebenarnya terutama kepada wanita yang sudah bergelar 'J'. Satu gelaran yang sukar di pegang terutama kepada ibu-ibu tunggal yang terpaksa mengharungi liku-liku hidup bersama anak-anak..

Cubalah kita fikir-fikirkan dan harungilah masalah ini dengan penuh sabar.... insyaallah da jangan lupa cuba amalkan doa yang nur selitkan di sini....

petikan dari 'Nur'
kesilapan ketika bercerai

3 comments.. read them below or add one

 Lee Lee Khamis, Disember 10, 2009
Hello Nur, how you doin'? Regret my bahasa sebelum Merdeka, very rusty, unable to read your posting.
So will just say, you keep well and have a nice day, best regards, Lee.
ondscene ondscene Khamis, Disember 10, 2009
salam - antara blog yg paling menarik pernah saya temui terutama artikel mengenai afrika.
artikel ini pula, perlu direnungi kerana memang itulah realiti apa yg berlaku. tetapi ramai dari manusia yg ego atau hipokrit dan enggan menerima kenyataan.
teruskan berblog n terimakasih melawat blog saya.
salam sejahtera.
shan.
nurmisnan nurmisnan Khamis, Disember 10, 2009
hello uncle lim.
ni how ma? im very fine and well. tochee haaa uncle lim for ur comment.. bahasa? no worries man, as long we can still read each other blogger even u can't read my posting. take care n maybe one day i will translate to bahasa eng.. tc

salam ondscene
terima kasih atas seciput pujian. hehehe.. joke. alhamdullilah sama2 kita berkongsi cerita yang ada perkara atau cerita yg kita tidak tahu dan lihat. insyaallah nur akan terus bercerita tentang afrika... terima kasi daun keladi kalau sudi jemput singgah lagi... salam