Assalamualaikum. Alhamdulillah.. baru2 ini aku dijemput berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam bersama YB Tuan Haji Amir sekeluarga + Ustaz Nohaz sekeluarga + Team Denaihati + bloggers yang dikasihi . Secara ringkasnya memang terujalah bilamana dapat menikmati buffet ramadan di Laman Kayangan ni. Sangat2 cantik + menarik + dipenuhi menu2 yang MasyaAllah sedap2 belaka.
Buffet Ramadan Laman Kayangan banyak menyediakan pelbagai makanan dari warung Wak Jawa + melayu. Apa menunya? Cer tengok list bawah ni..
- Warung Mak Temah - Murtabak
- Warung Mak Senah - Jemput2 sayur dan bergoreng
- Wak Pak Leman - Laksa Johor + Laksa Penang
- Warung Wak Jakasi - Rojak buah
- Warung orang sebelah (apa namanya) - Popia Gulung
- Warung Wak Kasnin - Sate daging ayam + kambing bakar
- Warung wak roti John (bukan nama sebenar) - Roti John - sedap
- Warung apam balik
- Pelbagai juadah nasi beriani dan lauk pauk + ulam-ulaman + urap sayur pelbagai jenis
- Kuih muih pencuci mulut yang sedap2 belaka + buah2an
- Ais kacang + air teh bunga + kordial +
- Air panas - Kopi + Teh Tarik dan banyak lagi
Amacam... terkesima tak dengan menu2 tuh. Mestilah.. semua nak try masyuk mulut. Sampai sekarang teringat Teh tarik + Kopi O + Roti John. Simple tapi sodap.. Ok sambung lagi..
Semasa menikmati juadah makanan yang sedap lagi lazat ini, tiba2 ada lagu besday pula. Rupanya kek Maqadamia yang dibawa dari team Denaihati menuju ke meja Puan YB Haji Amir. Selamat Panjang umur Puan. Semoga dimurahkan rejeki dan bahagia dunia akhirat. Ok sambung makan.
Apam Balik yang sedap. Walaupun sempat jamah sikit. Teringat2 plak..
|
![]() |
Laksa Johor dari Warung Pak Leman.
|
![]() |
Bersama blogger2 wanita yang anggun menawan. Ehhhh... ada yang terasa idung kembang tak.. Hahaha.. kredit gambar Hanny
|
![]() |
Bersama besday woman Puan YB Tuan Haji Amir
|
![]() |
Anak angkat aku - Anak blogger Roshida Ayu.. Hahhh... siapa lagi nak angkat2 ni. P daftar dengan Ayu. hehehe
|
Nota : Syukran again untuk Denaihati dan team kerana menjemput kami bloggers berjamu juadah Iftar Ramadan di laman Kayangan yang sangat awesome ni. Memang menjadi kenangan manis buat kami semua.
Weekend ni bolehlah bawa family korang berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam. Memang berbaloi2 dengan harganya. Hahhh.. apa tunggu lagi yob. Jom tempah sekarang. Klik gambar kasi nampak terang daaa....
Sekian.. wassalam... Ehhhh!!! sebelum tu mai tengok youtube kami berbuka puasa di LK. Kredit dari blogger hebat.. Ada nama kat youtube tu. Korang usha ler..