Hobi riadah 2012

Assalamualaikum guys... Lagi beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan 2011. Aku rasa mesti banyak kenangan manis dan pahit yang kita lalui terutama bab impian dan target korang. Ada yang tercapai azamnya atau target untuk 2011? Kalau belum, kita masih ada 2012. Orang kata rezeki bukan datang menggolek2 atau tergolekkan. So kena ler usaha keras sikit baru nampak buahnya. Macam aku pula tak der apa yang aku nak target tentang hal dunia nih kecuali satu ni jerlah.. Nak dapat baby boy seorang. Amin2.. insyaAllah.. Ikhtiar tuh tentunya sudah namun kalau Allah SWT masih lagi tidak mengizinkan makanya belum lagi rezeki tuh ada.. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. 

Oklah guys.. sebenarnya ini dah lari tajuk ler plak. Tak kisah ler. Janji terluah hasrat hati. Anyways post kali ini aku ingin kongsikan dengan korang hobi terbaru kami berdua untuk tahun 2012. Korang suka buat riadah jungle tracking? Panjat gunung, bukit atau tangga yang tinggi macam batu cave. Sebenarnya seronok buat riadah begini walaupun pada mulanya memang ler mengah atau kepenatan nak panjat tapi selepas itu rasa seronok. Sambil memanjat sambil berselawat membuatkan rasa diri tenang jer walaupun dalam keadaan yang sangat penat dan berpeluh2.. Jadi tahun 2012 nih kami punya target riadah nak panjat gunung Kinabalu. Bukan hatiku di Kinabalu tuh yer.. Hik3... Semua kelengkapan sudah ada tinggal on jer. InsyaAllah jika kesihatan mengizinkan kami.

Beautiful... Gambar dari  wak google

Seronok jer tengok diorang panjat gunung. Macam rasa kepuasan bila melihat keindahan alam yang Allah ciptakan untuk hamba2nya.. Sejuk dan nyaman.. Terasa macam nak duduk atas gunung pula...

Hobi riada kedua kami adalah berbasikal gunung atau bukit atau jalan raya. Kalau dapat memang nak buat riadah berbasikal dari satu tempat ke satu tempat. Sekarang ini kami mulakan dari rumah saja. Pusing2 ke taman, bawa basikal ke park untuk kuatkan otot2 yang dah macam getah cair.. Lembik jer.. hik3... Dah bersedia baru kami mulakan misi. InsyaAllah.. Orang kata beriadah begini bagus untuk kesihatan dan mengeratkan silaturahim suami isteri dan kawan2 bike yang lain...


Bike dah siap sedia.. Tunggu tuan khemah nak tunggang ke misi seterusnya...

Nota
Beriadah ini salah satu activiti yang bagus. Tidak kiralah berjogging ker, buat pilaties ker, konvoi motor ker, jalan kaki beramai2 ker janji ada aktiviti riada yang sihatkan.. =)

P.S. Basikal2 kat rumah Malaysia nak lelong.. Saper nak beli??? Aku jual murah jer. hik3... acah jer.. Jangan mara aaaahh!!! Sayang oiiiii.. Kalau tak jual pun aku berilah kat anak2 sedara kasi diorang plak beriadah dari mengadap ternetkan.. Ada gunanya.. Ok guys.. jumpa lagi soon. Adios dan SALAM...




0 comment... add one now