Salam guys... Korang mesti tahu apa kebendanya nih bukan?? Hu3.. of coz ler everybody knows lint roller atau melayu sejati kata rol pelekat. Benda nih memang sangat2 berguna untuk aku dan family. Lint roller adalah sejenis roller yang berpelekat seperti sticker. Roll saja pada baju yang berhabuk. Jika pelekat sudah hitam, tarik kepingan itu dan buang.
Apa pentingnya lint roller nih yer??
Ohhhh!!!! tersangat ler penting der. Iyalah terkadang baju2 yang berwarna hitam atau gelap mesti ada serpihan habuk2 halus atau habuk baju semasa mencuci menggunakan mesin basuh.. Bila ada lint roller nih senang ler keja dan baju pun nampak bersih, kemas dan paling penting mudah di bawa. Siap ada jual refil lagi kalau dah habis.
Percaya tak aku bersihkan barang rumah guna benda nih???
Ohhhhh... harus percaya der. Memang mudah senang dan pantas habuk hilang dari mata. Tak caya?? Jom check gambar di bawah nih.
Ini ler bendanya. Lint roller dari IKEA. Kalau tak silap dulu harganya RM2.90 tapi sekarang dah RM4.90. Maher Zain (mahal) betulkan.. Sekarang dah ada jual refill RM9.90 (4 pack). Harharharhar... promote barang IKEA plak.. Takpe2 kita layannnnn....
frame gambar
Flat screen
Kabinet tengah
Meja komputer aku
Bersih bukan?? Hu3.. bukan baju jer boleh guna. Benda lain pun boleh. Aku guna lint roller nih sebab bila kita bersihkan barang2 rumah dengan bulu ayam, habuk still lagi around kan. Kecuali kain statik yang akan melekat habuk pada kain. Tapi bagi aku, lint roller nih ler aku gunakan. Habuk tak terbang, bersih melekat meletop dan kerja pun senang. Bila nak guna baru buang pelekat lint roller yang lama. Senang bukan... Wokey semua.. Cukup ler takat ini ceritaku ceritamu. Aku nak sambung balik tengok The Making Of Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Tengah tunggu 9 Nov di tayangkan. Ohhhhh... mesti seram kelakar.. Tungguuuuu!!!
tapi dah kemane benda tu...anak2 dah buat main...