Salam Ramadhan semua,
Sekarang tentunya masing2 sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa yang akan tiba tak lama lagi. Mestilah juadah yang sihat dan segar untuk keluarga tersayang. Ada ke yang sediakan ribena bandung untuk berbuka nanti? Wahhh... tentunya anak2 korang suka sangat. Memang sedap.
Anyways, sebenarnya topik aku kali ni bukan nak kongsi resipi atau hidangan makanan untuk berbuka tapi nak kongsikan tentang perangai atau sikap negatif sebahagian umat islam di dunia ini pada bila bulan ramadhan kembali tiba. Macam mana perangai yang di cakapkan itu? Mari kita lihat..
- berpuasa sebagai adat bukannya ibadah. Faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadah puasa
- berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya masih dilakukan
- meninggalkan sahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan tentang kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat subuh
- ibadah solat fardhu dan sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja
- bersungguh2 mengerjakan solat sunat terawih dan writir, tetapi meninggalkan solat fadhu
- meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja sepeti membaca al Quran, tetapi mengaibkan penglibatan ahli keluarga untuk sama2 beribadah
- bersungguh2 menghidupkan ibadah pada awal Ramadhan sahaja, sedangkan banyak hadis yang menyatakan tentang kelebihan 10 hari terakhir, antaranya terdapat Lailatul Qadar
- memabca al Quran hanya pada bulan Ramadhan sahaja dan berakhir dengan berakhirnya Ramadhan
- membaca al Quran tanpa beruasaha untuk menghayati dan memahami isi kandungannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian
- menghaiskan sebahagian besar masa pada bulan Ramadhan dengan amalan yang sia2 seperti menonton TV, bersiar2, berbual kosong dan sebagainya
- puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara seislam yang lain. mereka terus dengan sifat bakhil dan kedekut
- mensia2kan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan amalan takbir hari raya pad malam hari raya kerana sibuk dengan program2 yang melalaikan
- tidak mengeluarkan zakat harta di samping zakat fitrah. sedangkan zakat adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa
- melewat2kan pengeluaran zakat fitrah, sedangkan Rasullulah s.a.w menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya untuk diagih2kan kepada mereka yang berhak menerimanya
P.S. Risalah ini aku dapat dari IKRAM dan aku kongsikan kepada semua agar kita tahu dan sedar sikap kita selama ini lalai kepada-NYA. Insyaallah, mudah2an
bulan Ramadhan ini kita masih ada peluang untuk
berubah dan Allah sentiasa menerima
taubat hamba2nya.. Amin..
