Sebelum aku meneruskan n3 terbaru aku, ingin rasanya nak ucap 'Selamat Hari Bapa' pada semua sahabat2 dan blogger2 sedunia.. Pengorbanan seorang bapa tidak ternilai harganya.. =) Pesanku jangan jadi bapa yang nakal... nakal sikit2 takpe... Oklah kita teruskan tajuk terbaru.. Aku letak n3 ni pun pasal aku sedih plak bila salah seorang sahabat aku dalam keadaan runsing dan hati tidak tenang... semoga tip2 ini dapat mengubati hatinya yang kala tidak setenang air ditasik madu... =)
Segala aspek kehidupan ni bermula daripada hati. Oleh itu dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati oleh pakar motivasi Dr. Fadhilah Kamsah
1. Dirika solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa2 diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan
3. Solat taubat - selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
4. Membaca Al Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang2nya bacalah "Surah Al ikhlas - Qulhu allah" sebanyak 3 kali
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan "aku minta maaf pada kau"
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah2kan kebolehan diri sendiri. Katakanlah "Aku sebenarnya ...(perkara yang elok2 belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati;
"Ya Allah, cuci otak aku, cuci hati aku,. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, akif, positif" Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokkan harinya - Cubalah!!
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan
9. Cubalah ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)
10. Kekalkan wuduk
11. Belanja kawan makan
12. Jaga makanan - Jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak)
13. Berkawan dengan Ulama atau orang yang berilmu
14. Berkawan dengan orang miskin (menginsafkan)
15. Pesan pada orang, jadi baik
16. Menjaga pancaindera (mata, hidung, mulut ..dsb) Jangan dengar orang mengumpat
P.S. "sampaikan pesanan ini walaupun satu ayat".. Semoga apa yang telah diberikan tip oleh Dr. Fadhilah Kamsah ini dapat mengubat hati, mata dan mulut. Tenangkan hatimu dengan perbanyakkan selawat... Insyaallah.. Kau akan rasa nikmatnya..
Betapa indahnya ketenangan pada waktu ini tatkala aku duduk ditepian sungai yang berarus sangat deras... Dengan bunyian air dan kicauan burung2 disitu.. indahnya.... Ini salah satu cara aku hendak mententeramkan hati yang terluka, duka dan sepi sambil menulis cerpen..
Terima kasih dengan tips yang you beri. Banyak perkara yang saya perlu fahami untuk menenangkan hati.
>__<