Salam untuk semua pembaca2 wanita dan sahabat2 aku di luar sana.. Aku sebenarnya dah lama juga nak share mengenai pakaian tudung yang bersanggul tinggi ni tapi tak berkesempatan nak masukkan sebab sibuk dengan cerita2 merepek aku. Tapi selepas aku terbaca tajuk ni dalam salah satu teman di FB aku (Sara/Haslinda) terpanggil juga nak share atau kongsi kat sini. Perkara yang baik kan sangat bagus untuk kita amalkan.. =)
Korang mesti pernah tengok perempuan2 bila mereka pakai tudung. Sanggul dia tinggi dah macam kepala Alien. Bonggol semacam. Cantikkah?? Dah lah tinggi lepas tuh memanjang plak sampai kebelakang.. dah betul2 mcm ceta Alien vs Predator..
Rasulullah S.A.W bersabda: “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Seperti hadith riwayat Ahmad, “akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-"
Cubalah wahai perempuan2, ibu2, wanita2, gadis2 di luar sana.. fikir2kan dan cubalah untuk berubah.. Pesanan ini juga untuk peringatan pada perempuan seperti aku.. Semoga kita sama2 cuba untuk menurunkan sedikit sanggul rambut tu supaya tidak menarik perhatian lelaki2 diluar sana.. Tapi kalau dah mata buaya mcm mana plak ya?? tetap tengok juga walaupun sanggul rendah.. hmmm... mungkin baju ketat kot.. huhuhuuhu.. cuba longgarkan.. =)
P.S. Sebab itu orang tua berkata 'cantik, manis dan ayu bila berbaju kurung' ...
tq for sharing, sharing is caring right ;)