Periksa organ dalaman


Kali ni nur nak kongsi perkara yang sangat mustahak pada wanita-wanita dan gadis-gadis yang kadang-kadang atau jarang-jarang menjaga alat peribadi wanita mereka. Mungkin kerana alasan sibuk bekerja atau tiada masa? Walau macam mana pun sibuknya kita haruslah di ambil sedikit masa untuk memeriksa organ kita... Jom nur kongsikan sedikit info dari petikan majalah NUR... mungkin ada yang terlepas peluang untuk membelinya...

Jarang? Tidak pernah? Atau lebih teruk ada yang langsung tidak pernah membuat pemeriksaan rutin ketika hamil! Mengapa ini berlaku? Malu, takut atau lalai?

Menyebut saja pemeriksaan 'dalam' terasa ngerinya bukan kerana sakitnya tetapi terbayang doktor memasukkan jarinya ke dalam organ peranakan, tambah malu apabila doktor lelaki yang melakukannya. Di sebalik itu semua, yang pasti pemeriksaan tu banyak manfaatnya. Memang tidak dinafikan sebahagian data pemeriksaan organ peranakan boleh dilakukan dengan ultrasound (USG) tetapi pemeriksaan vagina dan leher rahim menggunakan spekulum tetap perlu dlakukan kerana blh diganti dengan USG.

Pemeriksaan berkala juga penting untuk mengetahui keadaan organ reproduksi dan sekiranya terdapat keganjilan boleh ditangani segera sebelum parah. Salah satu pemeriksaan khusus wanita yang dapat dilakukan adalah pemeriksaan pelvik atau pemeriksaan internal. Pemeriksaan ini dapat  digunakan untuk memeriksa kehamilan, jangkitan vagina, kanser pangkal rahim, ) salah satu kanser yg blh mengakibat kematian), beberapa penyebab ketidaksuburan dan tumor rahim. Selain pemeriksaan ini juga dilakukan ketika memasukkan diafragm dan IUD.

Pemeriksaan pelvik juga mesti dilakukan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin kesihatan setiap tiga tahun bagi wanita berusia 20-40 manakala di atas usia 40 tahun lakukan setahun sekali. Selain terdapat beberapa faktor yang membuatkan anda perlu sering menjalani pemeriksaan iaitu hubungan seks pertama ketika usia muda, bertukar-tukar pasangan, ketidaksuburan, pendarahan tidak normal, obesiti, pemgambilan estrogen dan kutil.

Sedikit info
  • Bagi wanita yang aktif seks, pemeriksaan pelvik dan pap smear digalakkan melakukannya setahun sekali.
  • Jika ambil pil perancang lakukan ujian pap smear dua kali setahun
  • Wanita berusia 20 tahun ke atas disarankan menjalani ujian pep smear setahun sekali
  • Jika ujiannya negatif lakukan dua kali berturut-turut
  • Teruskan ujian setiap tiga tahu sekalu sehingga usia mencaoat 65 tahun.
Apa yang perlu anda tahu?
  • Tahap kedalaman pemeriksaan pelvik bergantung kepada panjang vagina dan selalunya sekitar 8sm hingga 11sm
  • Kaedah ini dapat mengesan jika ada kelainan pada organ reproduksi dan alat kelamin bahagian dalam seperti tumor, cyst atau jangkitan
  • Mengetahui adakah benar-benaranda hamil atau tidak
  • Jika anda hamil, pemeriksaan ini biasanya dilakukan ketika kali pertama anda datang membuat chek up
  • Ketika kandungan masuk minggu ke 36, pemeriksaan aka dilakukan sekali lagi bagi mengenal pasti kedudukan kepala bayi sama ada sudah masuk ke pintu keluar rahim. Doktor akan memastikan adakah bayi boleh keluar secara normal atau tidak
  • Ketika masa untuk bersalin tiba, pemeriksaan akan dilakukan memastikan bukaan pintu rahim
  • Kaedah ini tidak menyebabkan keguguran
p/s dari nur:
Kepada teman-teman wanita, nur berharap agar kita jalankan pemeriksaan ini. Ia sangat bagus untuk mengelakkan dari berlakunya pendarahan dalaman, jangkitan kuman, ketulan darah atau kanser pangkal rahim. Ajaklah suami menemankan kita jika berasa takut dan kemungkinan pada waktu itu anda akan di jalani ujian oleh doktor lelaki. Jika kita takut untuk menjalankan ujian ini makanya anda memang tidak sayangkan diri anda sendiri. Terutamanya kepada orang yang sangat-sangat anda sayangi. Kepada suami-suami atau bakal-bakal suami haruslah senantiasa mengingatkan perkara yann sangat wajib ini demi isteri tercinta dan juga anda...

Periksa organ dalaman

1 comment... add one now

Tanpa NamaTanpa Nama Rabu, November 25, 2009
hey! good reminder. i will do and tq