Assalamualaikum. Resipi Keria Antarabangsa aka Keria Gula Melaka dah semakin viral pada abad ini. Kesana kesini semua tengah sibuk post kuih Keria Antarabangsa.
Keria Antarabangsa ke Keria Limbongan ke Keria Gula Melaka ke semua sama. Nama jer berbeza tapi rasa tetap sama serupa bewarna cekelat. Mestilah cekelat warnanya sebab gunakan gula melaka. hahahaha.. Namun tidak semua pandai sira Keria Gula Melaka aka Keria Antarabangsa ni termasuklah saya. Tapi saya tetap mencuba tau. Jom cuba resipi mudah ni. Mana tau lepas ni boleh buatkan untuk suami mak mertua keluarga tersayang. Tak perlu beratur panjang sampai terjah ke Melaka.
Resipi Keria Antarabangsa aka Keria Gula Melaka
#Bahan2 utk 2 orang2 biji sederhana Keledek. Oren/putih
1 cawan tepung gandum. Agak2 je
1 sk baking powder
1 sb tepung ubi. takde pun takpe
1 sk garam
Bahan sira Keria Gula Melaka
Gula melaka - seketul kecil2 sb gula/gula perang. ikut byk keria
1 sb gula batu
daun pandan
sedikit garam
5 sb air. agak2 je
(kenapa saya letak garam. sebab rasa manis sedikit masin berlemak lebih sedap rasanya semasa anda menggigit kuih keria. Tak caya cubalah)
#Cara2 membuat Keria Gula Melaka
Rebus keledek dengan sedikit garam sampai empuk. Nak kukus pun lebih baik. Dah empuk tos keledek.
Lenyek keledek dgn garam. Tambah tepung + baking powder. Uli rata sampai sedikit melekit. Bagus uli guna tangan walaupun sedikit panas. Bagus untuk terapi tapak tangan kita. Masa menguli tu agak2 kalau masih melekat dan lembik tambah tepung sikit2 sampailah adunan rasa ok dan sedikit melekit.
Elak guna terlalu banyak tepung untuk dapatkan kuih yang lembut walaupun sudah sejuk. Rehatkan sekejap. Lihat pada gambar dibawah ni. Adunan siap diuli dengan tangan. Nak tau jika adunan ok, lepas basuh tangan keringkan dan tekap2 adunan dengan jari. Jika tidak melekat maka sedia untuk diterap.
Terap keria ikut saiz kesukaan anda.
Goreng sampai warna keemasan. Pastikan api sederhana besar agar isian dalam keria masak cantik. Goreng sampai warna keemasan. Angkat dan toskan.

#Cara Sira gula Keria Antarabnagsa
Dari kuali yang sama simpan minyak goreng tadi. Masukkan semua bahan2 gula pandan dan garam serta sedikit air. Lebihkan sikit air pun takpe untuk memudahkan menyira agar nampak lebih cantik.
Elak guna gula pasir dan gula melaka terlalu banyak agar gula cantik bila disira. Tidak ler berlaku gula bersirat dan bertali nanti. Agak2 jer ikut jumlah keria yang anda buat.
Masak dengan api paling kecil dan gaul rata sampai berbuih likat sedikit pekat berkilat cantik. Masukkan keria dan gaul sekejap hingga keria diselaputi gula rata dan berkilat, terus tutup api. Terus angkat dan susun atas pinggan satu persatu tanpa susun bertimpa.
Masa menyira keria ni dah nampak rata semua cepat2 angkat guna lidi sate atau chop stick dan susun satu persatu tanpa bertimpa2. Bila dah kering gulanya baru susun bertingkat.

Siap untuk dimakan panas2. Saya suka sejukkan sekejap sebab gula sedang mengeras. Masa tulah baru best nak gigit. Rangup gula. Dapnyer... dapnyer...
PERINGATAN
- Sebagusnya guna keledek putih lebih sedap tekstur dia
- Pastikan semasa mencairkan gula betul2 dah pekat dgn menggunakan api kecil
- Masa menggaul keria dengan gula jangan gaul sampai gula nampak kering. Terus angkat setelah keria disaluti gula berkilat
- Pastikan gula pasir tidak terlau banyak dan tidak terlalu sikit. Just nice
Buat kuih ni ikut cara kita menyediakannya. Kalau x pandai sekalipun tapi jika buat dengan penuh kasih sayang dan berselawat nabi insyaAllah kuih jadi cantik dan sedap. Bak kata Chef Amar, Masak Dari Hati Masak With Iman. Selamat mencuba. Kalau suka kongsikan resipi ni pada semua ya. (wink)