Assalamualaikum. Pada 27 februari 2015, Mydin Mall USJ meneruskan kerjasama erat selama 3 tahun bersama SJ ECHO, akhbar tempatan komunitii Subang Jaya untuk menjayakan Karnival Tahu Baru Cina 2015. Begitu ramai pengunjung2 dan pelanggan2 Mydin USJ Subang Jaya sama2 meraikan sambutan Karnival Tahun Baru Cina 2015.
Mydin Mall USJ sambutan Karnival Tahun Baru Ccina 2015 yang dimulakan seawal jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Majlis komuniti yang berasaskan sambutan perayaan seperti ini mampu memupuk nilai2 murni khususnya rasa hormat menghormati, bertolak ansur dan mewujudkan kesefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum untuk hidup secara harmonis.
![]() |
Mydin Mall USJ sambut Tahun Baru Cina bersama Komuniti |
Tahun Baru Cina merupakan hari perayaan masyarakat Cina yang menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Sambutan perayaan ini merupakan simbolik kepada titik permulaan dalam nasib dan kehidupan yang baru. Menurut zodiak Cina, tahun 2015 merupakan tahun kambing, iaitu tahun ke-8 dalam kalendar Cina yang membawa lebih banyak tuah berbanding tahun lepas.
Angka lapan sangat signifikan dengan kemakmuran dan kekayaan. Pastinya sambutan Karnival Tahun Baru Cina 2015 kali ini membawa seribu satu kenangan keuntungan dan kejayaan.
Acara Karnival Tahun Baru Cina
Pelbagai aktiviti menarik dan persembahan yang menghiburkan telah disediakan oleh pihak Mydin Mall seperti cabutan bertuah + aktiviti menggaul YEE SANG + persembahan tarian naga akrobatik + tarian singa akrobatik + tarian kebudayaan Cina + Wishu + gendang Cina dan banyak lagi,
Pelanggan2 kad Meriah Mydin sangat2 bertuah kerana berpeluang memenangi cabutan bertuah barangan elektrik berjenama + gajet2 + basikal + aksesori phone + hamper dan banyak lagi dengan berbelanja minima RM88 dalam satu resit.
Bukan itu sahaja, para pengunjung Mydin juga disajikan dengan pelbagai hidangan makanan seperti nasi ayam hainan + nasi goreng cina + bihun goreng Singapura + Dim Sum + Laksa Asam + Bubur Kacang + Pulut Hitam + Pastri dan banyak lagi disediakan dengan 12 buah gerai secara PERCUMA. Menarikkan. Macam2 ada. Rugi siapa tidak pergi. Kenyang perut suka hati.
Koleksi gambar Tahun Baru Cina 2015 bersama Mydin
![]() |
Mydin USJ Carnival Tahun Baru Cina - YB Hannah Yeoh memberi angpow kepada 39 warga emas |
![]() |
Mydin USJ Carnival Tahun Baru Cina - warga emas menerima goodie bag. Macam2 warna ada. Suka betul mereka. |
![]() |
Mydin USJ Carnival Tahun Baru Cina - Bersama 39 warga emas yang hadir. Majoriti yang saya boleh agak umur mereka alam lingkungan 55 tahun hingga 75 tahun tapi masih sihat dan kuat. |
Sebelum penutupan sempat juga bergambar bersama beautiful blogger2 yang hadir. Dari kiri berdiri Ayu Idris + Nurmisnan (saya) + Jenny Ma + Nannie Isa + Elana Khong. Comey tak Kak Ton2 semua.
Rasanya tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga berbangsa Cina yang menyambutnya. Semoga tahun kambing ini membawa tuah pada anda. Jom main mercun...