Assalamualaikum semua. Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada pelakon jelita lagi berwawasan berani mencuba sesuatu Serina Chef Redzuawan kerana menjemput kami bloggers makan2 di restoran Char Koey Teow Simply Delicious yang terletak di The Strand Kota Damansara. Memang teruja sangat bila terima jemputan beliau kerana aku memang peminat havoc Char Koey Teow atau Koey Teow Goreng.
SEDIKIT CERITA TENTANG SERINA CHEF WAN
![]() |
Usahawan Hebat Serina Chef Radzuan. Jangan sangka bos besar pun tolong angkat hidang + kemas meja tau. Sempoiiii...
|
Dibesarkan dengan latar belakang masak memasak, Serina Chef Wan mengikut jejak langkah Chef tersohor negara iaitu Datuk Chef Redzuawan atau dikenali sebagai Chef Wan dengan hobinya sejak kecil lagi yang gemar dengan masak memasak. Waktu umur Serina mencecah lima belas tahun, lauk pertama yang beliau cuba masak untuk ayahandanya adalah sambal petai udang dan diikuti dengan lauk kedua kalau tidak silap saya Masak Lomak ikan atau Asam Pedas Ikan. Nak tahu apa jawapan Chef Wan? Marvelos. Apa lagi.. lega dada kena puji. Heeeee...
Sejak umur beliau lima belas tahun hinggalah mencapai dua puluh satu tahun beliau membuktikan kejayaan secara berperingkat2 hingga sekarang (umur dirahsiakan) yang semakin mencabar dengan membuka production sendiri YKS Film Maker Sdn Bhd + Anggun Serina (Pemakanan Tambahan) + Pharmacy Cosway + Rest Char Koey Teow Simply Delicious yang dibuka pada tahun lepas bulan September 2013. Kesemuanya bertempat di The Strand Kota Damansara. Syabas aku ucapkan kepada usahawan muda seperti beliau kerana berani mencuba dan alhamdulillah beliau berjaya.
Kata2 magik dari mulut beliau "KENA CUBA. KALAU TAK CUBA KITA TAK TAU SUKSES KE TIDAK. SEMUA BISNES ADA RISIKO. KALAU TAK BERJAYA TAKPER. SEKURANG2NYA KITA MENCUBA" Amacam.. ada berani mencuba sesuatu sebelum menyerah kalah? Wa kasi sengat sama lu..
CERITA DI SEBALIK CHAR KOEY TEOW SIMPLY DELICIOUS
Char Koey Teow Simply Delicious Penang Maii yang bertemakan Pink purple ini sebenarnya adalah resipi dari sahabat beliau Kak Salwa atau nama glamour beliau AWA partner bisnes Simply Delicious. Memang pada mulanya aku ingatkan resipi ini datang dari Chef Wan. Selepas pertemuan makan2 kelmarin baru aku tahu yang resipi ini adalah ciptaan kak AWA sendiri. Kalau nak cerita dari A sampai Z memang tak habis. Apa kata kita tengok2 menu yang ada di Restoran Simply Delicious ini.
MENU UTAMA
Koay Teow Goreng Istimewa = RM8.50 + Koay Teow Goreng Besar = RM7.00 + Koay Teow Goreng Kecil = RM6.00. Nak tambah telur udang kerang ada tambahan harga. Korang boleh tengok menu nanti
|
Nasi Goreng Udang = RM6.00. Semua harga Nasi Goreng sama. Yang pasti memang sodap. Kena cuba baru tau!!
|
PENCUCI MULUT
Mini Pavlova yang awesome = RM6.00 |
Durian Crepe yang lazat = RM3.50 (sebiji) |
KOMEN TENTANG #CHARKOAYTEOWSIMPLYDELICIOUS
Suasana restoran memang happening. Ramai orang datang mencuba dan menjadi pelanggan setia. Kerusi meja dan hiasan dinding memang simple dan kemas. Tidak terlalu memenuhi ruang kedai. Berkonsepkan warna pink dan purple memang dapat menarik pelanggan dari luar untuk cuba masuk mencuba. Harga yang berpatutan. Layanan dari pekerja2 memang peramah dan cepat.
Kerusi meja memang cantik dan kemas tetapi untuk aku sedikit tidak selesa. Kemungkinan terlalu rendah dan kecil bagi yang berbadan besar atau kaki panjang seperti aku. Hiasan dinding kalau dibuat khas untuk gantung gambar2 artis dan pelanggan yang datang pasti lebih menarik. kebersihan memuaskan. Rating kesemuanya 4.5
Ok guys.. Itu saja yang sempat aku kongsikan untuk perjumpaan bersama Srrina dgn bloggers + review makanan Char Koay Teow Simply Delicious. Kalau nak tahu lebih lanjut sodap ke tidak, korang boleh cuba sendiri datang dan rasa baru komen. Kata orang tekak masing2 tak sama. So apa kata kalau korang yang dah pergi boleh share atau kongsikan di kotak komen dalam tajuk ini. Mana2 yang ada perlu diperbetulkan Puan Serina terima dan akan cuba memuaskan hati semua orang.
CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03 - 61514112
Facebook charkoayteowsimplydelicious
FaceBook Serina Oluanaigh
IG - SerinaRedzuawan
#CharKoayTeowSimplyDelicious
Kemudahan = Internet disediakan + surau. Telekong sejadah semua ada. Memudahkan para pelanggan untuk bersolat. Makan2 juga tapi solat jangan lupa boh.
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03 - 61514112
Facebook charkoayteowsimplydelicious
FaceBook Serina Oluanaigh
IG - SerinaRedzuawan
#CharKoayTeowSimplyDelicious
Nota. Kalau korang dah pergi sana jagan lupa kongsikan gambar2 korang di IG dan hashtag gambar2 korang ya. Mana tau ada rejeki dapat hadiah. Hahhhh... macam best jer. Hadiahnya adalah ucapan TERIMA KASIH. Itu jer.. Jangan Mara aaaa... Ok guys. Terima kasih untuk semua bloggers yang hadir dan terima kasih juga kerana sudi membaca.