Kipi dalam kenangan


Assalamualaikum guys... Pertama sekali aku minta maaf kepada semua pembaca + sahabat2 blogger kerana sudah seminggu juga tidak update blog. Bukan kerana malas tetapi sedikit sibuk dengan kerja + mood kehilangan kucing baru bernama KIPI masih lagi terbayang2 dalam ingatan. Kematian KIPI terjadi dihadapan mata aku sendiri. Itu yang susah untuk dilupakan..

Bermula diari KIPI bersama kami seminggu sebelum KIPI pergi.

Diari pertama = AHAD - Hari pertama bertemu KIPI
Terlalu seronok bilamana mr. hubby kata ada orang nak jual kucing betina berumur enam bulan ++..Bila dilihat pada gambar, memang sangat2 cute. Perjanjian dibuat dan kami terus berjumpa dengan orang tersebut. Melihat wajah comel KIPI kami terus bersetuju membelinya tanpa melihat betul2 jantinanya kerana percaya pada penjual melayu itu. Harga minta dikurangkan kerana keadaan mata KIPI sedikit sakit + tiada lagi vaccin yang diberikan kepada KIPI.
KIPI yang sangat comel
Diari kedua = ISNIN - Hari kedua KIPI bersama kami
Kopi sangat happy bila melihat KIPI. Pada mulanya kedua2nya bergaduh. KIPI biarpun kecil dari KOPI namun garangnya memang tersangatlah hebat. Mengalahkan kucing jantan. Tapi yang bestnya KOPI relax jer. hik3.....
KIPI sedang melarikan diri dari dikejar KOPI. Jual mahal konon..
Diari ketiga = SELASA - Berkawan
KOPI sudah mula berbaik dengan KIPI. Walaupun KIPI harus dipenjarakan tiga hingga empat hari namun siang harinya aku lepaskan agar dia dapat menyesuaikan diri dengan tandas + tempat makanannya + katilnya. Aku belikan KIPI dan KOPI terowong bawah tanah. Har3.. mainlah kamu berdua sampai pengsan. Sekarang KOPI dan KIPI mula berkawan.
Diari keempat = RABU - Mula mesra
KIPI semakin mesra dengan KOPI. Kelihatan kedua2nya sudah boleh tidur bersebelahan sama2. Tidak ada bunyi suara garang. Yang ada cuma main kejar2 + gurau senda bersama. Best sangat lihat gelagat kedua2 kucing ini. Akhirnya kami belikan terowong untuk KIPI + KOPI bermain sama. Sukanya bukan main. Tayang KIPI KOPI.
KIPI sangat suka dengan terowong ini. 
Diari keempat = KHAMIS - Berjumpa Doktor Vet
Memang dah plan mahu menghantar KIPI ke Klinik Vet untuk merawat matanya + memberi vaccin agar KIPI lebih sihat dan bebas dijangkiti penyakit + cacing. Doktor kata KIPI sedikit flu. Itu yang ada infection pada mata hingga berair. Doktor berikan vaccin + antibiotik (ubat cecair) + ubat flu + krim mata untuk KIPI cepat sembuh. Ummi sangat lega KIPI telah mengambil vaccin. Penting tuh. 
Diari kelima = JUMAAT - KIPI mula makan ubat

Aku memberi ubat kepada KIPI mengikut arahan yang telah diberikan. 2 x sehari. Memang nampak KIPI tidak berapa suka makan ubat. Selang beberaoa jam KIPI mendapatkan antibiotik + ubat flu = KIPI tidur terlalu lena. Kelihatan seperti dia benar2 keletihan + mengantuk. Melihat mangkuk makanannya tidak disentuh langsung. Air saja yang berkurangan. 
Risau melihat keadaannya tergerak hati mahu hubungi doktor vet menanyakan adakah ubat tersebut harus diberi dua kali sehari atau boleh dikurangkan kerana KIPI tidur terlalu lama. Doktor kata harus diberi mengikut arahannya. Malam kelihatan KIPI seperti begitu letih. Makan pun tidak lalu. Asik tidur saja. 
Lihat saja KOPI menemani KIPI -------> 
Diari Kelima = SABTU - KIPI mula ;etih + muntah2

Bangun pagi kelihatan KOPI menemani KIPI dihadapan pintu dapur. Memang nampak KIPI kelihatan sangat lesu + lemah. Aku terus bancuhkan glukos + berikan paste ayam untuk KIPI menelan sesuatu agar sedikit bertenaga. 
Beberapa minit kemudian KIPI muntah lagi. Habis makanan + minuman glukos tadi keluar balik. Aku berhenti memberikan ubat2 tersebut. Sebaliknya aku banyak berikan air glukos kepada KIPI. 
Makanan dalam mangkuk langsung KIPI tidak mahu jamah. Hanya termenung dan berlari menyendiri dibelakang pintu dapur. Masa ini KIPI ok lagi. Aku berikan KIPI tuala besar untuk KIPI hangatkan badannya.

Diari keenam = AHAD - KIPI muntah teruk.
Bangun seperti biasa melihat KIPI dan KOPI. Aku perhatikan KIPI semakin hari semakin lemah. Hendak bawa ke Klinik Vet tetapi tutup pula. Rasa menyesal pula kerana tidak membawa KIPI ke Klinik semalam. Maafkan Ummi KIPI.... Apa yang Ummi mampu lakukan hanyalah menemani KIPI seharian dan memberikan air glukos untuk KIPI memiliki tenaga. Malam sudah ke jarum 10. Tiba2 teringat dikepala untuk berikan KIPI air kelapa muda. Takut2 KIPI terkena racun atau termakan lipas yang mempunyai racun penyembur nyamuk. Ohhh tidak... Kenapa aku begitu cuai hingga tidak terfikir kemungkinan KIPI keracunan. Nak ke kedai sudah tutup pula.
Sebelum tidur aku balutkan KIPI dengan tuala agar badannya hangat dan tidak sejuk.
Diari ketujuh = ISNIN - KIPI pergi tak kembali
Jam lima pagi aku lihat KIPI seperti makin tidak bermaya. Matanya kuyu dan mata sebelah kanannya dijangkiti penyakit sebelah kiri. Aku berikan lagi air glukos kepada KIPI. KOPI yang setia menemani KIPI hanya mampu memandang. Jam 9 pagi aku bergegas ke Klinik Vet untuk chekup. Doktor mengesahkan KIPI terlalu lemah dan suhu badanya hanyalah 36'C. Normal kucing sepatutnya 38'C. Doktor tidak boleh berbuat apa2 dan mampu berkata"
"IM SORRY, NYAWA DIA HANYA 50-50 SAHAJA. DIA BEGITU SANGAT LEMAH. SAYA TIDAK BOLEH BERIKAN ANY VACCIN ATAU UBAT KECUALI UBAT BERHENTIKAN DIA DARI MUNTAH. JIKA DIPERIKSA, BUAH PINGGANG KIPI BENGKAK SEDIKIT DISEBELAH KANAN"
Bila terdengar doktor kata begitu, terkedu seketika sambil memerhatkan KIPI sudah terbaring lesu tidak bermaya. Aku mengangkat KIPI dan terus menuju pulang. Dalam perjalanan aku tidak berhenti dari menyebut "KIPI AKAN CEPAT SEMBUH.. UMMI JANJI. TAHAN SIKIT YA". Itulah saja yang mampu aku katakan sambil memandu dan sesekali menoleh KIPI disebelah yang semakin nazak. Dalam hati menyesal tidak sudah kerana membawa KIPI ke Klinik. Nothing to do.
Dalam perjalanan pulang lagi beberapa meter mahu tiba kerumah, aku menoleh lagi kearah KIPI. Seperti tidak bergerak. Dalam hati hanya mampu berdoa "YA ALLAH, JIKA SEKSA BAGI KIPI UNTUK MENAHAN SAKITNYA MAKA AKU RELA DIA PERGI DARIKU". Tiba2 KIPI mengeluarkan bunyi yang amat KUAT. Aku menoleh kearah KIPI dan KIPI muntah atas tuala. Matanya melihat kearah aku dannnnnnn........ Tanpa sedar aku menangis. Tiba dirumah aku mengeluarkan KIPI yang masih lembut dan panas badanya. Aku menatap KIPI hampir setengah jam sebelum memberitahu berita kematian KIPI kepada mr. hubby. KOPI pula berpusing2 dan duduk disisi KIPI seperti mengerti KIPI telah pergi. 
KIPI kami kebumikan di belakang rumah kawan kami bersebelahan denga pokok sukun. Bersemadilah KIPI dengan tenang disana.. 
KIPI telah pergi meninggalkan Ummi + Abah + Kopi.. We miss u so much.. always love u

KIPI DALAM KENANGAN...

Nota
Lebih menyedihkan bilamana aku baru dapat tahu dari doktor semasa kali kedua pergi ke Klinik. Doktor mengesahkan KIPI adalah jantan dan bukan betina. Dalam hati mahu marah pun tidak berguna kerana aku sudah mula menyayangi KIPI. Dalam hal ini penjual kucing itu yang tidak jujur.. Biarlah kesalahan dia diampuni Allah SWT..

0 comment... add one now