Rawatan penyakit usus buntu atau appendix

kredit gambar : kghpoteam.blogspot.com

Assalamualaikum guys. Review kembali cara merawat penyakit usus buntu atau appendix iaitu penyakit yang sangat2 menyakitkan jika tidak diubati. Silap haribulan kena potong. Jadi di sini aku ada beberapa petua untuk penyakit appendix. InsyaAllah.. dengan selalu mengamalkannya akan sembuh dgn izin-Nya.

Ini ada cara2 untuk mengenali penyakit Appendix
  • Mula2 rasa gatal pada kulit perut, kemudian rasa sakit semasa ingin menarik nafas
  • Tidak dapat membuang air besar dan merasa sakit yang amat
  • Tidak dapat makan dan jika hendak minum terasa sakit
  • Rasa sakit di bahagian bawah pusat sebelah perut kita

Cara2 mengubatinya
  • Ambil kunyit secukupnya, parutlah dan campurkan dengan sedikit garam, gula merah, perahan jus limau nipis dan air panas secukupnya (bahan2 untuk segelas/cawan)
  • Biarkan suam kemudian di minum dengan berselawat dan baca surah Al Fatihah sekali
  • Amalkan meminum setiap pagi dan petang sehingga sembuh..
  • Sebaiknya bacalah selawat Syifa lebih mujarab.. (ada terdapat pada doa2 yang pernah aku berikan sebelum ini) 

Nota
Penyakit Appendix nih memang sangat2 menyakitkan. Kadang2 boleh pengsan. Jika di biarkan tanpa di rawat akan merebak dan boleh membawa kepada lebih teruk. Sayangilah nyawa kita selagi kita mampu menjaga tubuh badan kita. Perbanyakkan makan buah2an yang tinggi nutriennya. Elakkan memakan buah2an yang ada biji yang tidak boleh di kunyah terutama biji lada. 

Pesanan arwah nenek : Jika anak2 kita terjatuh atau terantuk hingga menyebabkan lebam dan benjol. Ambil rambut kita dan gosok sambil berselawat. Kemudian ambil ibu kunyit dan gosok perlahan2 pada benjol tersebut. InsyaAllah akan susut benjolnya hari demi hari..

P.S. Semoga sedikit petua ini dapat membantu pada sesiapa yang mempunyai penyakit Appendix ini. Mudah2an dengan sedikit doa dan yakin usahanya insyaAllah Allah itu membantu hamba2nya yang di dalam kesusahan... Selamat mencuba...

0 comment... add one now