Khasiat cuka epal sider penawar penyakit jantung, strok dan kanser

Khasiat cuka epal sider
Assalamualaikum guys. Khasiat cuka epal sider. Ahhhh... ini bukan nak main masak2 atau makan2 tapi untuk menerangkan kebaikan yang ada pada cuka epal sider ini. Wokey guys... Jom kita baca apa baik sangat tentang cuka epal ini.

Cuka epal sider atau apple cider vinegar diperbuat dari buah epal yang segar dan tinggi kandungan kalium. Jika di minum dengan bercampur air suam dan madu boleh melawan penyakit inlfuenza dan selsema. Ia juga menolong penghadaman, mengurangkan kolestrol tidak baik, menguatkan jantung, merendahkan tekanan darah dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Kandungan anti oksida juga membantu melawan beberapa jenis KANSER.



Kebaikan cuka epal sider untuk Arteri (artery)
  • Kalium atau potassium membantu memecahkan lemak akan mengurangkan jumlah lemak yang ada pada arteri. Kalium boleh melembutkan tisu arteri yang seterusnya meningkatkan keanjalan arteri. Semua ini boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, strok atau serangan jantung
  • Kalium atau potassium juga bertindak sebagai pencair darah semula jadi. Kalium dapat memecahkan lemak dan protein yang boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Untuk kesihatan arteri, kalium menjalankan pengaliran darah dengan lebih lancar melalui arteri dan keseluruhan badan.
  • Cuka epal cider mengandungi pektin yang boleh menyerap kolesterol LDL dan lemak, supaya kedua-dua bahan-bahan boleh dihapuskan dari badan melalui proses perkumuhan semulajadi. Manakala asid amino yang berfungsi sebagai pembakar kolesterol LDL. Mengambil cuka sider epal boleh meningkatkan hormon nitrik oksida semulajadi yang menghentikan pengeluaran angiotensin II. Hormon angiotensin II boleh menyebabkan arteri menjadi sempit (constrict) dan sempit.
  • Malic asid dan asid tartarik (acid tartaric) dalam cuka epal membantu memecahkan makanan yang begitu baik untuk pencernaan dan mengurangkan jumlah lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Kedua-dua asid juga melancarkan proses peredaran darah, jadi kerja menjadi lebih mudah arteri. Asid yang terkandung dalam cuka sider epal juga membantu mengurangkan tahap trigliserida (triglyceride) dalam darah.
Cara2 membuat minuman dengan cuka epal sider
  • Segelas air suam
  • 1 sudu cuka epal sider
  • 1 sudu madu
  • jus epal atau sebatang kayu manis untuk penyedap rasa
  • campurkan kesemuanya dan minum selepas makan. 
  • kandungan anti oksida dapat membantu sakit perut - selepas minum harus kumur mulut dengan air supaya gigi tidak mudah rosak kerana cuka epal tadi. 
Kebaikan cuka epal untuk kegunaan luaran
  • Jika kaki terasa sangat sakit dan letih, ambil semangkuk besar air suam yang boleh memuatkan kedua2 kaki. Masukkan setengah cawan cuka epal sider. Rendam selama 20 atau 30 minit. InsyaAllah hilang penat dan kesakitan tuh kemudian berehatlah. Sebaiknya lakukan semasa hendak tidur.
  • Untuk mengurangkan kulit yang kering dan gatal2 serta ingin menjadi lembut, campurkan 2 cawan cuka epal sider dalam tab air suam. Rendamlah untuk setengah jam.
  • Untuk membersihkan kekotoran muka, masukkan 2 atau 3 sudu cuka epal sider dalam stim muka. Tutup muka dengan tuala dan biarkan stim menghala ke muka untuk 15 minit. Liang roma akan terbuka dan kekotoran akan keluar. Kulit lebih lembut + bersih dan segar - Boleh juga merendamkan tuala kecil pada semangkuk air suam dan 2 sudu cuka epal. Perahkan tuala tapi jangan terlalu kuat. Tekapkan tuala pada muka untuk beberapa minit sambil berbaring. Bilas dengan air biasa. Rasakan selepas itu.
Nota
Kebaikan cuka epal ini dapat membantu sedikit sebanyak masalah pelbagai penyakit. Cuka epal ini juga rasanya lebih sedap jika di campurkan dengan salad sayur2an + sesedu mustard + olive oil. 

P.S. Cuka epal sider juga boleh merawat telinga kucing atau binatang2 lain seperti berbau busuk atau sakit. Ambil 1 sudu cuka + 3 sudu air. Pancitkan kedalam telinga sedikit demi sedikit. Tonggengkan telinga untuk keluarkan airnya kemudian buat sekali lagi. InsyaAllah.. tips ini aku dapat dari marthastewart show. Selamat mencuba..


0 comment... add one now