bukan semua ibu tiri zalim

Lama juga aku berfikir untuk menulis kisah benar ini. Takut kalau-kalau ada yang tersinggung dan marah bila membaca nota aku ni. Sebelum memulakan cerita terdahulu aku nak minta maaf jika ada yang terasa hati dan menyinggung perasaan pembaca.  Dari dulu hingga sekarang bila kita mendengar perkataan "IBU TIRI @ Step Mother" kita sudah menggambarkan bagaimana sikap mereka yang sangat kejam dan zalim yang sanggup mendera, memukul, menghina dan menjadikan anak-anak tiri mereka macam hamba abdi. Dan ada pula yang sanggup membunuh hanya kerana harta sekangkang kera. Apatah lagi yang harganya berjuta. Masyaallah... sangat dahsyat dan berdosa besar. Orang sebegini semamangnya tidak pernah takut akan allah s.w.t. Mereka hanya memikir tentang duniawi semata-mata. Contoh yang dapat kita lihat seperti sebuah cerita lama bertajuk "Lela Manja" lakonan allayarhamah normadiah dan bad latif. Memang sangat zalim dan tidak punyai timbang rasa terhadap mereka anak yatim yang kehilangan ibu mereka. Dan akhirnya sebagai balasan ibu tirinya mati di bunuh suaminya sendiri. Namun cerita ini hanyalah satu lakonan semata-mata.   


Balik pada tajuk IBU TIRI... masih adakah di antara kita menganggap "ibu tiri" itu zalim dan kejam????  Kenapa tidak kita kata dan berfikir positif manusia yang bernama "IBU TIRI" itu baik dan boleh menjaga anak-anak tiri mereka. Dan pernahkan kita berfikir bukan semua ibu tiri itu bersikap zalim. Contoh yang ingin aku kongsikan di sini adalah kawan aku yang telah berkahwin dengan seorang duda anak satu berusia 10 tahun. Mereka telah mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya atas pilihan anak itu sendiri. Anak tersebut akan bercuti bersama ibu kandungnya pada hari cuti persekolahan selama sebulan.  Sejak kecil lagi anak ini memang rapat dengan bapanya berbanding ibu kandungnya. Teman aku ni seorang wanita yang happy go lucky, peramah, kelakar dan kadang-kadang ada juga anginnya. Itu biasalah. Tapi aku kagum dengan sikapnya yang tabah dan kuat semangat untuk mengharungi liku-liku  hidupnya bersama suami dan anak tiri kesayangannya. Setiap hari dia @ suami akan menghantar dan mengambil anak tirinya ke sekolah. Pada waktu petang pula menemankan anak tirinya berenang dan membawanya ke tempat permainan bersama kawan-kawan. Boleh dikatakan kemana saja teman aku pergi di situ juga anak tirinya akan berada. macam kawan baik. Bak kata orang macam belangkas. Bila waktu solat maghrib mereka akan sembahyang jemaah bersama-sama. Hinggakan nak tidur pun minta di temankan. Sebelum tidur mereka berbual-bual dan bercerita hingga anak tirinya tidur. Sekarang itu semua menjadi kenangan bagi teman aku dan suami. 
   
Setelah sebulan anak tirinya bercuti bersama ibu kandungnya, mereka tidak mahu menghantar anak tersebut mengikut perjanjian dan melanggar perintah mahkamah. Alasan tidak munasabah "anak nak duduk dengan maknya" Yang peliknya nak bercakap dengan anak tersebut pun tak dapat. Bila dapat telephone, anak bercakap macam baca skrip. Paling sedih teman aku langsung tak dapat bercakap dengan anak tirinya kerana dilarang oleh ibu kandung tersebut. Sudah le melanggar perintah mahkamah, di tambah lagi menabur fitnah yang bukan-bukan. Macam-macam tuduhan di lemparkan pada teman aku tapi dia buat dek je. Dia kata "biarlah.. tak kudis pun dan tak lut kat aku. itu semua biarlah tuhan yang membalasnya".


Sabar lah wahai temanku.. pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Biarlah mereka menabur fitnah sedangkan orang-orang seperti itu akan mendapat dosa dan kamu mendapat pahala.  percaya jika kita di pihak yang benar insyaallah semuanya akan selesai dengan baik. Jika kita berniat jahat dan salah maka segeralah kita bertaubat dan memohon ampun pada allah s.w.t. Sesungguhnya allah maha pengampun dan menerima taubat hambanya.


p/s: hidup kita di dunia ni hanya sementara dan pinjaman semata-semata. Jadi beringatlah wahai hamba-hamba allah yang kerdil di muka bumi ini, janganlah kita suka menghina dan memandang rendah pada mereka yang daif, miskin dan serba kekurangan kerana kita hanyalah manusia biasa. Yang kaya dan berkuasa hanyalah dia yang satu...... kepada ibu kandung anak tersebut sedar-sedar lah kita hidup d dunia ni hanya sementara. Jangan racuni fikiran anak anda hingga dia membenci ibu tirinya yang banyak membantu dalam pelajaran dan memulihkan semangatya kembali yang mana telah menjadi seorang yang berani, yakin diri, amanah dan pandai dalam mata pelajaran matematik. Saya sarankan jika benar ingin mendapat balik hak jagaan anak tersebut ikutlah cara yang betul. Biarlah hakim yang tentukan dan bukan anda... Ingatlah anda juga bergelar seorang ibu tiri. Bak kata pepatah cermin diri dahulu baru cermin orang lain...   AKU SETUJU dgn pepatah ni.
UNTUK PEMBACA SEMUA, CERITA INI BUKANLAH NIAT UNTUK MENGHINA SESIAPA PUN CUMA AKU INGIN BERKONGSI CERITA TENTANG SEORANG IBU TIRI YANG SERING DI FITNAH DAN DI HINA OLEH ORANG YANG CEMBURU DENGAN KEBAHAGIAANNYA...  


TAJUK AKAN DATANG... BAGAIMANA PULA DENGAN "BAPA TIRI"... jom kita kongsi. 
salam
bukan semua ibu tiri zalim

{ 11 comments.. read them below or add one }

hikayathati hikayathati Jumaat, November 13, 2009
Kadang2 kisah ibu tiri zalim hanya lah satu dlm sejuta, tetapi yg satu itu la digembar-gemburkan.Ditambah lagi kita disogokkan dengan watak negatif ibu tiri di dalam cerita. Berdoalah kerana senjata org Islam adalah doa.Insyaallah kawan nora tu dapat bertemu semula dgn anak kesayangannya.
nurmisnan nurmisnan Jumaat, November 13, 2009
alhamudlillah... thanks nura kerana memberi komen yang sihat ini. insyaallah kita doakan yang terbaik untuk mereka... amin
Tanpa NamaTanpa Nama Sabtu, November 14, 2009
salam....betul tu tak semua ibu tiri jahat..kadang2,ibu kandung lagi teruk dari ibu tiri...sabar jer la dugan tak semestinye dtg smapai akhir akan ada kesudahan jika seseorg itu besabar & berdoa kepada allah s.w.t.
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 14, 2009
anonymous

kita doakan yang terbaik untuk semua ibu2 dan ibu2 tiri di seluruh dunia semoga mereka dapat memdidik anak2 menjadi anak2 yang soleh dan solehan serta dapat membalas jasa2 mereka. amin
abahabah Sabtu, November 14, 2009
senyap x bermakna kita setuju & mengalah apa yg org laku. Diherdik dihina dimaki.....sepatutnya semakin umur meningkat kita semakin matang + ada nilai diri.
Sebagai ibu tiri , dia telah laku kan sepenuh tanggugjawab & berikan kasih sayang sepenuh utk anak tirinya .Anak tersebut memeluk erat ibu tiri & menangis sepanjang jalan ke airport sebelum pulang ke msia utk berjumpa dgn ibu kandung. Pikirlah...
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 14, 2009
abah

terima kasih kerana memberi komen. moga2 apa yang berlaku kepada mereka (teman aku) menjadi contoh kepada semua. kita banyakkan berdoa dan berharap kes mereka akan selesai dgn cepat..

mari kita senyum selalu dan bersedekah...
theadams theadams Isnin, November 16, 2009
Salam Nora,

Bab ibu tiri jahat ni selalunya hanyalah cerita klasik! Masalah mak bapak dera anak sendiri pun berlambak2kan.

But, maaf juga kiranya you'll tersinggung atas my komen.... my comment is only based on my feeling and my way of thinking okay... you are my friend and I dont know your friend and the other party la kan... but as a mother myself, i terfikir juga perasaan seorang ibu yg 'kehilangan' anaknya.... maybe she's not a perfect mother, wife or as a person, well, who does kan? But as mother yg mengandung 9 bulan....going thru labour, dalam pantang 44 hari ... and menjaga anak itu all the while, tidakkah itu mmeberi tamparan hebat kepada dia juga.

Sekarang I'm really worry about the anak, what the 'damage'' has been done to her, phisically, mentally & emotionally. Syurga bawah tapak kaki ibu, tak kra siapa or macam mana pun ibu kita. I hope your friend & her hubby bersabar...I know its not fair for them! But child custody is never a fair bussiness! Sama2 kita doakan kebahgiaan anak itu....she''s 10, dia takkan lupa kasih sayang ibu tiri begitu saja..dia masih memerlukan bapanya sebagai wali one day, She's growing up, lets just hope that one day, she can speaks her heart out, without anybody's influence...so dont worry. As we always know..Allah knows best, kita berdoa & berusaha Dia saja yang tentukan...amin.

Maaf kiranya ada2 mana pihak yang tersinggung ya...that's not my intention..sekadar berkongsi another point of view.

xoxo
nurmisnan nurmisnan Isnin, November 16, 2009
theadams,

terima kasih kerana berkongsi komen di sini. Pengorbanan ibu memang sgt besar dan 'syurga itu di bawah telapak kaki ibu'. Setiap anak pasti menghormati ibu mereka.

Dlm kes teman nur ni, sblm ini anak itu memang tinggal bersama ibunya. Tetapi sejak anak tersebut selalu mengadu kepada bapanya "why u have to send me back to mum" mereka terpaksa ambil tindakan. ini adalah keputusan anak tersebut bkn paksaan dari mana2 pihak.

bur minta maaf kepada semua pembaca dan teman2 jika ada terasa hati dlm komen nur. harapan nur semoga kita semua ibu2 atau bakal2 ibu dan bapa haruslah pentingkan kebajikan anak2 kita dahulu. Jangan racuni pemikiran mereka yg masih mentah utk mengerti hal2 ini dan jgn babitkan mereka dgn perkara remeh yg blh menjejaskan nama baik ibu2 dan ibu tiri.

p/s: sentiasa berdoa moga kita semua berada di kalangan org2 yg beriman. utk teman nur, bersabarlah.. insyaallah jika niat kita baik maka baiklah semua, jika niat kita sesat maka sesatlah kita dan segeralah bertaubat...
Tanpa NamaTanpa Nama Isnin, November 16, 2009
thanks theadams.
Actually kitorg xda niat nak ambik terus anak & suruh lupa\benci kan mak kandung\ or hasut anak utk benci bapa tiri ..fitnah, kidnap ,personal attack,ego blah blah blah
Anak decide to stay with us & back to her mom during the summer holiday. Semua mak\bapak nak anak membesar depan mata..but bila anak dah decide to stay with one of us, we have to accept the fact for child happyness & future. X kan bapak sendiri nak musnah kan masa depan anak dia...
Tanpa NamaTanpa Nama Isnin, November 16, 2009
anyway thanks to tuan blog bercerita pasal ni.
Berdoa lah utk kebaikan anak ni & dapat lah dia mengikut suruhan Allah & meninggalkan larangan Allah hingga akhir hayatnya. Dan juga membesarlah sebagai org yg berguna di jalan islam dan akan membawa ke baikan di dunia & akhirat dirinya & umat islam hingga akhir hayatnya.Amin.
julia simon julia simon Rabu, November 09, 2016
Hello, nama saya Julia Simon, mangsa penipuan di tangan pemiutang palsu. Saya telah kehilangan kira-kira 80,000.00.USD kerana saya memerlukan modal besar 190,000.00.USD. i hampir meninggal dunia, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perniagaan saya telah dimusnahkan, dan dalam proses itu saya kehilangan anak saya. Saya tidak boleh berdiri ini berlaku lagi. pada bulan Disember 2014, saya bertemu dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Puan Augusta Ibramhim, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman pada syarikat. ibu yang baik saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati anda. Saya juga suka untuk menggunakan peluang ini untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan Romanian, bahawa terdapat banyak penipu di luar sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman dengan cepat, hanya log masuk dengan Mrs Augusta Ibramhim melalui e-mel: augustaibramhim11 @ gmail .com. Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini: juliasimon460@gmail.com. jika anda mempunyai sebarang keraguan. sila dia adalah satu-satunya yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.
terima kasih.