Khasiat avocado dan resipi smooties


Assalamualaikum. Buah Avocado adalah buah yang berkhasiat dan sedap dimakan. Tidak kiralah jika dibuat sebagai jus, kuih atau sebagai salad yang ditabur dengan garam dan lada hitam sahaja. Memang menyelerakan. Berbentuk bulat lonjong yang berwarna hijau, mempunyai isian yang kekuningan dan kehijauan dibahagian dekat kulit. Bila dipotong dan dikorek isinya dengan sudu, membuatkan kita sendiri tidak sabar hendak memakannya. Arghhhh!!! cair terus dal mulut. 

Buah avocado mempunyai khasiat yang sangat luar biasa. Setiap 100 gram yang diambil mengandugi Vitamin K + Folate + Vitamin C + Potassium + Vitamin B5 + Vitamin B6 + Vitamin E. Dan juga terkandung jumlah keci + Magnesium + Manganese + Copper + Iron + Zinc + Phosphorous + Vitamin A + B1 (Thiamine) + B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).

Selain dari itu mari kita tengok apa lagi kelebihan dan khasiat Avocado.
  • Menyerap nutrien lain
  • Meringankan Gejala Arthritis
  • Mengurangkan Risiko Kanser tertentu
  • Sarat dengan fiber
  • merendahkan Kolesterol
  • Meningkatkan Kesihatan Mata
  • Meningkatkan Kesihatan Jantung
  • Menggalakkan pengurangan Berat Badan
  • Avokado sarat dengan Antioksidan yang tinggi yang boleh melindungi mata

Avocado Lemak Boleh Membunuh Sel Cancer? Lemak alpukat  pada avocatin B dapat menghapuskan sel2 leukemia stem dan meninggalkan sel2 sihat tanpa luka. Para penyelidik sedang berusaha untuk membangunkan ubat leukemia berasal dari avocatin B , tetapi anda juga boleh mendapatkan agen melawan kanser hanya dengan memakan avokado. 

Avocado kaya dengan karotenoid melawan kanser iaitu isian yang paling banyak di bahagian yang gelap berwarna hijau yang paling dekat dengan kulit. 

Ok baik.. Dah tau khasiat avocado, apakata kita cuba buat smooties pula. Mudah dan senang. Jom kita...

RESIPI SMOOTIES AVOCADO
  • 4 BIJI AVOCADO
  • SEDIKIT KIUB AIS
  • 2 1/2 GELAS SUSU - IKUT KEPEKATAN

avocado

Kupas avocado dengan mencedok isi menggunakan sudu. Pastikan buah avocado betul2 dah masak. Baru senang nak cedok


Simpan buah avocado dalam mangkuk dan bekukan dalam peti beku atau freezer selama beberapa jam atau senang ceta dah keraslah.

avocado

Dah keras beku keluarkan avocado. Masukkan dalam blender bersama susu segar. Apa jenis jenama susu pun boleh. Janji susu segar. Kalau suka susu kambing pun boleh tapi rasaya pelik sikitlah. hehehe

avocado

Letak sesudu dua susu pekat manis. Saya suka guna jenama MARIGOLD kerana rasa manis yang tidak keterlaluan dan rasa lemak yang terbaik. Sedap kalau buat kopi atau teh tarik. hehehehe


OK dah siap. Tapi pastikan semasa blender tu kalau jus avocado pekat sangat boleh tambahkan susu segar lagi. Ikut pada kesukaan masing2. Nak lebih sejuk tambah saja kiub ais. Tapi jangan banyak2.

nota
Jus smooties avocado memang menjadi kegemaran pada mereka yang menjaga kulit dan kesihatan. Avocado mampu memberi kulit kita lebih cantik dan glowing. Jadi tidak hairanlah jika ada yang suka menepek avocado pada wajah mereka sebagai masker topeng. Anda bila lagi nak amalkannya... anak2 pasti suka dan lebih sihat.

Itulah KHASIAT AVOCADO. SEDAP DAN SIHAT