KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN

kelebihan malam nisfu syaaban
Assalamualaikum guys.. Perasan tidak malam ini adalah malam 15 Syaaban, 1433H iaitu dalam islam dipanggil malam Nisfu Syaaban. Apa dia kelebihan malam ini dan apa perlu kita lakukan?  

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا :اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ
Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya..

Malam Nisfu Syaaban adalah malam pengampunan Taubat dan minta pengampunan dari Allah SWT. Lakukanlah solat2 sunat taubat + solat tahajud + solat istiharah dan sebagainya. Bacalah yasin sebaik2nya adalah 3 kali dan berzikirlah dengan sebanyak yang mungkin. Berdoalah dengan sebanyak2 doa agar segala pengampunan dan permintaan kita ditunaikan oleh Allah SWT.. InsyaAllah. 
Sabda Rasulullah SAW lagi;
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر
Yang bermaksud, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar. (Riwayat Ibnu Majah)
Nota
Rebutlah peluang ini wahai sahabat2ku. Ianya datang setahun sekali. Ruginya kita jika tidak mengambil peluang yang ada. Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Menjadikan.

P.S. Tinggalkan sebentar kerja dan kegembiraan yang ada untuk peluang kita merebut malam Nisfu Syaaban. 

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN

0 comment... add one now