botak chin...

petang tadi aku dan mak menonton siaran 'suatu ketika' di astro. cerita mengisahkan seorang penjenayah yang bernama 'botak chin'. penjenayah yang licik dan bijak mengatur strateginya. namun bak kata pepatah 'sepandai-pandai tupai akhirnya jatuh tebuk durian.. huhuhuhu... ishhhk ishhhkk ishhhkkk... walaupun pada zaman 70an tidak lah selengkap zaman sekarang namun aku tabiklah dengan keberanian dan ketangkasan polis yang menjerat dan menangkap botak chin. 

apa yang menariknya pasal botak chin ni selepas pertempuran dan berbalas tembakan, pihak polis menyerbu masuk kilang papan (tempat persembunyian botak chin). mereka merasa hairan mayat atau jasad botak chin tidak kelihatan sedangkan kilang tersebut telah dikepung. cuma yang ada hanyalah dua mayat kuncu-kuncunya. mereka mencari namun tak juga jumpa. tapi pegawai polis india berhuruf S (aku lupa namanya..sorry) tidak mudah putus asa. berbulan-bulan mereka merancang strategi untuk menagkap botak chin takan nak biarkan dia lepas begitu saja. pegawai polis 'S' cuba mencari juga botak chin dan akhirnya  terjumpa titisan darah berhampiran kotak-kotak. ternyata botak chin bersembunyi di situ dengan keadaan terbaring parah dengan luka kesan tembakan di bahu dan kaki. orang kata dah macam nyawa-nyawa ikan. 
sebenarnya cerita dia panjang tapi aku tengok sekerat je sebab ada orang datang umah. bila ada tamu mak abah maka idok le nak duduk depan tv. huhuhu... tapi yang menjadi mushkil macam mana anggota-anggota polis tidak menjumpai botak chin sebaliknya pegawai polis india yang bernama 'S' pula menjumpai beliau. hmmmm... rupanya botak chin ni ada pakai tangkal.  dia ikat kat perut. macam tangkal belalang lah plak. macam-macam ada... anyway nanti aku sambung lagi kenapa botak chin ni jadi samseng.. sorry ya teman-teman pembaca semua, internet aku teruk sangat kat sini. itu pasal gambar botak chin pun aku tak dapat nak siarkan. nanti tunggu aku p panjat tinggi sikit. kihkihkihkih...

wassalam
botak chin...

1 comment... add one now

Tanpa NamaTanpa Nama Isnin, Mac 01, 2010
Semalam saya ada tengok di astro. Dia mati kena gantung tapi walaupun dia jahat dia suka tolong orang miskin
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.