Restoran Bisik Bisik Shah Alam menyediakan makanan Johor paling meletop

Assalamualaikum. Siapa tidak suka makan. Lagi2 jika makanan itu sedap popular dan terangkat punggung bila menikmatinya. Dua minggu lepas aku dan beberapa bloggers lain dijemput oleh tuan punya Restoran Bisik-Bisik Shah Alam, Puan Ain untuk makan2lah. Jadi dengan senang hati kami menerima jemputan beliau. Tetapi sebelum itu mari kita ambil tahu sedikit tentang Restoran ini. 

Restoran Bisik-Bisik memulakan operasi sejak Ogos tahun 2010. Dengan kepakaran pengurusan Syarikat MARIZA REZEKI ENTERPRISE, Bisik-Bisik membawa hidangan khas dari Daerah Muar dan selera orang Johor Darul Takzim. Jadi tidak perlulah cari jauh2 sampai ke negeri Johor untuk menikmati makanan orang Johor yer dok. Lagi2 bila kita dapat menikmati Kacang Pol. Haaaa... pandu kereta ke Restoran Bisik-Bisik Shah Alam Sek 7 saja. Tak perlu ke Larkin Johor.

APA MENU SPECIAL DI RESTORAN BISIK-BISIK

Menu special Restoran Bisik-Bisik memang sangat special menunya. Kalau dah sebut Johor pastinya kita akan terbayang Asam Pedas + Mee Rebus + Mee Bandung dan sebagainya. Di Bisik-Bisik juga bukan sahaja ada menu Malaysia sahaja malahan ada juga masakan Barat Western dan Masakan Panas. Apa lagi guys, jom kita intai2 masakan Malaysia dulu. Apa yang best sesangat yang ada di Bisik-Bisik ni ekkk... 


Mee Bandung Muar atau orang Johor panggil Muor, paling terkenal di sekitar Johor dan killer menu di Restoran Bisik-Bisik. Yang paling specialnya udang galah yang digunakan di datangkan khas dari negeri Sabah. Punyalah jauhkan. Selain Mee Bandung Udang Galah, Bisik-Bisik juga ada menu Mee Bandung Tulang + Mee Bandung Ketam. Yang kami punya ni Mee Bandung Udang Galah. Rasanya berbeza dengan Mee Bandung biasa kerana ada rasa udang galahnya. Harga  untuk Udang Galah RM29.90 saiz (A) dan RM15.90 size (B) + Mee Bandung Muar sekitar RM5.00 - RM15.00

Mee Rebus Johor memang terkenal akan Mee Rebus terbaik. Rasa kepekatan kuahnya yang direbus menggunakan air tulang2 lembu membuatkan kuah Mee Rebus menjadi super power gitu. Memang tiada tandingannya. Jika dihidangkan juga ada kelainannya seperti yang kami order ini MEE REBUS TULANG. Siap dengan straw sekali agar korang dapat menikmati segala lelemak yang ada dalam tulang rebus tu. Memang awesome. Sekali sedut masyaAllah nikmatnya tak hengat. Selain itu disediakan juga Mee Rebus Johor biasa + Mee Rebus Kuah Ketam. Harga dari RM5.00 - RM9.00


Laksa Johor mempunyai keunikan pada mee yang digunakan. Selalunya bila sebut laksa pasti kita guna mee beras yang bewarna putih tetapi Laksa Johor pula keunikannya menggunakan mee spaghetti dan dihias dengan sayur beserta sambal belacan. Memang terangkat dan sedap. Berlainan dengan laksa Penang. Dua2 berbeza rasa dan kesedapannya. Harga Laksa Johor RM6.00 sahaja. Recommended untuk korang yang suka makan laksa


Asam Pedas bukan makanan asing bagi orang Johor. Ramai orang Malaysia gemar masakan Asam Pedas. Tidak kira baik dari Asam Pedas dengan pelbagai bahan mentah seperti ikan + daging. Kedua2nya berbeza rasa. Dalam menu ini adalah Asam Pedas Mak Kiah - Set nasi putih. Pilih saja mahu Asam Pedas ikan Jenahak + Patin + Merah + Kembong + Pari + Tenggiri. Asam Pedas Kepala Ikan pun ada. Harga dari RM7.90 - RM25.00


Asam Pedas Ikan Patin. Sedap dimakan bersama nasi putih panas beserta ulam mentimun. Alhamdulillah memang menyelerakan


Dan satu lagi menu yang korang jangan lepas order. Siapa tidak kenal dengan menu Kacang Pol. Makanan ringan kegemaran orang Johor beb. Dimasak dengan daging lembu hancur bersama rempah2 dan dicampurkan dengan kacang Pol dihancurkan dan sebahagiannya dibiarkan asal agar bila menikmati kuahnya akan terasa daging + kacang + telur separuh masak. Rasanya yang manis masam berempah dimakan dengan roti kepingan tebal disalutkan butter atau planta yang panggang. MasyaAllah... nikmatnya tak terhingga. Tidak perlu memandu jauh ke Kedai kacang Pol Haji Larkin, Johor kerana kacang pol Restoran Bisik-Bisik di datangkan khas dari sana. Puan Ain mengambil order dari tuan Haji setiap 2 hari sekali sebanyak 300 mangkuk. Harga sekitar RM6.00



Yang ini adalah menu Panas Nasi Goreng Anak Bujang. Nama pun dah unik. Digoreng nasinya dan dibalut dengan telur dadar dan dihiasi dengan burung puyuh goreng. Seksi gitu burung tu posing. Yang ini tak dan aku nak merasanya. Toleh2 dah habis diorang belasah. haaaaaaa... sedap ler tuh. Harga RM9.00  Psssstttt... saper nak jadi bujang dara kena cuba menu ni. Pastinya bujang selamanya gitu. kih3... gurau3..  Ehsan gambar dr Eshamz


Di Restoran Bisik-Bisik memang ada pelbagai menu minuman yang lazat2. Paling popular sekali adalah menu  dari kiri Air Jagung Bisik-Bisik + Air Bandung Soda + Air Kathira. kesemuanya berharga RM3.50 Memang terbaik. Korang kena cuba ni. Ehsan gambar dr Eshamz

Alhamdulillah.. bila sudah kenyang baru kita dapat tarik tuan punya kedai iaitu Puan Norhaliza aka Ain yang tak henti2 kehulur kehilir melayan pelanggan. Bayangkanlah walaupun mereka mempunyai 17 orang pekerja termasuk siang dan malam, mereka nampak tetap sibuk melayan pelanggan. Begitulah hebatlah Restoran Bisik-Bisik ni. Sebelum pulang kekenyangan kami semua sempat bergambar bersama Puan Ain dan partner Bisik-Bisik.


Haaaaa.... tengok ler muka2 yang sudah kekenyangan. Bagus dan sedap trade mark kami. Dari kiri Nooraini + Hanny + Aku Nurmisnan + tiga orang owner Restoran Bisik-Bisik termasuk Puan Norhaliza aka Ain + Roshidayu + Cheq Em + Esham. Suami Nooraini Mr. Puex sedang menembak kami. Dushhh... Ehsan gambar dr Puex 

Nota : Kalau rasa2 nak Restoran Bisik-Bisik, pastikan korang datang awal kerana kerusi meja selalunya penuh. Jangan risau, services memang cepat. Pekerja2 semuanya peramah2. Otak2 dan nasi ambeng pula jangan lupa mencuba. Memang sodap. Kalau korang kesana jangan lupa guna #BisikBisikSek7 kerana itu hashtag kami guna. So jangan lupa ekkk. Nak senang ke Bisik-Bisik guna GPS Unisel Shah Alam. Sobolah jer tuh.. Memang nampak papan tanda merah Bisk-Bisik.





RESTORAN BISIK-BISIK
Lot 9 & 10, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B7B 40000 Shah Alam Selangor
Phone: 0177317803, 0177584680 & 0172584832
Website: www.bisikbisik.com
GPS UNISEL SHAH ALAM kalau x jumpa.

Isnin hingga Ahad: 12:30 Tgh Hari - 12:30 Malam
Cuti pada hari RABU, minggu kedua dan keempat setiap bulan

KALAU SUKA ENTRY NI KASI KREDIT LIKE OR G+.. SYUKRAN GUYS


0 comment... add one now