Majlis Pra Pelancaran Produk Hananut Aisyhana Cookies and Food Industries


Assalamualaikum. Hananut Aisyhana Cookies n Food Industries. Semalam saya + blogger dari group blooggersDotCom telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pra Pelancaran Produk Hananut Aisyhana Cookies N Food Industries Green Valley Park Rawang. Media + bloggers + orang awam turut hadir memeriahkan Majlis tersebut.

Tentang Hananut Aisyhana Cookies N Food Industries


Hananut Aisyhana Cookies & Food Industries telah ditubuhan pada September 2009 di cawangan branch office yang terletak di No. 10G Jalan Lembah Hijau 5/3 Green Valley Park Bandar Tasik Puteri, Rawang. Pengarah Urusan Aisyhana Cookies N Food seorang wanita muda jelita Puan Siti Akmaliyah Haji Shuhaimi. Menurut Puan Siti Akmaliyah, stokis2 akan dibuka diseluruh Malaysia  tidak lama lagi. Kuala Lumpur adalah target utama Aisyhana CFI untuk pembukaan stokis dalam bulan November tahun ini. 


Jemputan artis aka pengacara Ifa Raziah bersama Pengarah Urusan Puan Siti Akmaliyah dan suami tercinta di pentas sebelum perasmian Aisyhana Cookies N Food Industries. Selain dari artis Ifa Raziah, artis Fazli + Roslan Shah juga turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.

Produk Aisyhana Cookies & Food Industries


Aisyhana CFI memiliki lebih dua ratus jenis biskut dan satu produk baru iaitu Hananut Crunchewy - Almond Crunchewy atau melayu kata snek kacang yang mempunyai tiga perisa iaitu Kuaci + Buah2an + Bertih beras. Sangat2 sedap + rangup + memang best dikunyah waktu minum petang.

Aisyhana Cookies N Food bukan saja mengeluarkan kuih traditional + biskut + Hananut Crunchewy malahan makanan frozen seperti durian crepe + samosa + satay juga turut dipasarkan. Aisyhana CFI juga turut membekalkan hamper2 + door gift sebagai hadiah untuk perayaan + majlis2 perkahwinan + majlis2 kecil untuk pelanggan.



Produk makanan biskut2 + popia pintal + Hananut crunchewy. Boleh lihat popia pintal berperisa nestum + coklat pun ada. Saya tidak berkesempatan hendak merasanya namun saya sangat2 recommand akan Hananut Crunchewy yang mempunyai 3 rasa berbeza terutama yang mengandungi Kuaci. Sangat2 sedap.


Bahan2 utama dalam pembuatan Hananut Chrunchewy adalah badam. Bayangkan bila kita menggigit dan mengunyah snek badam yang rangup berintikan kepingan badam yang lazat berkhasiat. Disaluti caramel yang manis menyelerakan serta ditaburi bijirin bijan hitam + kuaci + buah2an + bertih beras yang rangup. Perghhhh... sekejap jer habis.



Tahukah kita bahawa badam sangat2 berkhasiat untuk tubuh badan kita? Setiap malam sebelum tidur cubalah minum susu panas dicampurkan dengan satu sudu kecil serbuk badam yang telah dipanggang da diblend. Khasiatnya boleh merehatkan badan yang letih + otak dan minda kita lebih tajam. Boleh baca khasiat badam penawar mengurangkan dengkur dan 10 khasiat susu.


Salah satu produk frozen Durian Crepe yang dikeluarkan oleh Aisyhana Cookies N Food Industries. Satu set RM12/peket. Semalam promotion 3 peket RM35. Jimat seringgit. Satu peket mengandungi enam ketul durian crepe. Orang Brunei kata NYAMAN BAH....


Dua lagi produk bungkusan atau packaging seperti hamper + door gift keluaran Aisyhana Cookies N Food. Boleh ditempah untuk majlis perkahwinan + majlis korporat + majlis kecil dan sebagainya. Comel dan menarik. Isian dalam kotak comel seperti biskut atau kuih terpulang mengikut permintaan pelanggan. Harga yang sangat berpatutan dan sangat menarik untuk dijadikan hadiah kecil majlis kenduri tahlil dan yasin.


Time to makanlah. Lauk pauk yang disajikan oleh Aisyhana Cookies N Food memang dapat menghilangkan rasa perut yang sangat2 berbunyi ketika itu. Ayam masak merah + dalca + nasi minyak + daging masak hitam + papodam + buah orange + air sirap pembuka selera kami. Terima kasih tuan khemah.. Lain kali jemput kami lagi untuk tahun hadapan ya.. Kami menunggu..


Sebahagian dari blogger from blooggersdotcom hadir untuk memeriahkan majlis Hananut. 


Sesi soal jawab bersama Pengarah Urusan Puan Siti Akmaliyah. 


Sempat bergambar bersama Puan Siti semasa memberi sedikit gift untuk semua blogger yang dijemput. Terima kasih Puan Siti Akmaliah.


Sebelum melangkah pulang kami semua sempat bergambar bersama. Hananut memang bestttt...

Jika ada sebarang pertanya dan tempahan bolehlah hubungi Aisyhana Cookies N Food Industries di

Alamat :  No. 10G Jalan Lembah Hijau 5/3 
Green Valley Park Bandar Tasik Puteri 
Rawang Selangor

Puan Ayu atau Encik Shahril - 603 6150 4994 / 6017 366 4197

Web site - Aisyhanacookies.blogspot.com

Nota
Sangat bangganya bila melihat seorang lagi bangsa melayu kita naik dengan memulakan perniagaan makanan segera atau frozen. Lagi2 bila dia seorang wanita yang berani mengorak langkah untuk lebih berjaya untuk diri bangsa dan negara. Semoga Aisyhana Cookies & Food Industries lebih maju jaya. InsyaAllah..

P.S. Terima kasih sekali lagi blooggersdotcom dan Aisyhana Cookies N Food Industries kerana sudi menjemput kami. Tahun hadapan bulan Februari jemput kami lagi..


0 comment... add one now