Assalamualaikum. Seafood Buffet Dinner di Chatz Brasserie Park Royal Hotel - Best Of Malaysia yang terletak di Kota besar Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik untuk mereka yang menggemari makanan laut segar secara buffet di hujung minggu bersama keluarga mahupun teman tesayang. Hidangan makanan seafood yang disediakan di datangi dari negara Malaysia dan luar negara.
Seafood Buffet Dinner Chatz Brasserie menyediakan makanan laut yang sememangnya segar. Disediakan di setiap stesen2 dan dimasak panggang atas dapur beralaskan daun pisang yang harum. Siap masak dalam beberapa minit saja. Cepat + sedap + segar + panas2 dari dapur Chef.
Setiap stesen telah menyediakan makanan laut panggang seperti makanan Jepun + Udang Tiger yang segar dan Udang Yabby di datangi dari negara Australia + ikan2 segar pelbagai jenis dimasak panggang BBQ + seafood segar kepah + siput buluh dan ketam masak bercili atau berlada + pencuci mulut yang menyelerakan.
![]() |
Smoke salmon + fresh salmon slice with soya sauce + wasabi + halia cuka + ikan tuna disaluti lada hitam
|
![]() |
Kepada peminat roti canai + murtabak juga ada disediaan bersama kuah kari. Makan masa panas2. Memang sedap
|
![]() |
Lagi pencuci mulut Nenas berkaramel. Campuran jus orange + butter + gula = dimasak sekejap atas dapur. Maka jadilah pencuci mulut ini. Memang sedap. |
![]() |
Lagi pencuci manisan mulut. Semuanya lazat. |
Konsep keseluruhan dengan suasana yang lebih santai sambil menikmati hidangan baru dan lazat sehingga menjilat jari. Jadi keseluruhan review makanan ini saya bagi empat bintang / lima bintang
Seafood Buffet dinner Chatz Brasserie dibuka pada hari
Jumaat dan Sabtu - 6:30 pm to 10:30 pm
RM98 / dewasa + RM49 / kanak2.
Untuk tempahan sila hubungi di talian +603 2782 8301
or email chatz.prkul@parkroyalhotels.com.
Nota : Sesekali bawa keluarga makan bersama2 memang seronok. Lagi2 yang kuat makan makanan laut. Memang pilihan terbaik mencari buffet makanan laut di Chatz Brasserie Park Royal Hotel. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.