Mogadishu Somalia


Umar Usman terlewat mengkebumikan sikecil ini kerana mereka tidak dapat mencari tapak kubur untuk disemadikan...

Assalamalaikum guys.... Bila kita sedang bercerita tentang keperitan rakyat Afrika di Somalia adakah kita dapat membayangkan keadaan mereka yang sangat2 daif + kebuluran + pelarian hanya kerana sikap tamak mereka2 yang kebulur dengan bahan mentah yang terdapat di Somalia.   Sampai bila keadaan rakyat Somalia harus begini. Tak tertanggung rasanya dengan apa yang dilihat. 

Beratus ribu rakyat Somalia yang kebuluran telah melarikan diri ke Mogadishu untuk terus hidup namun ramai yang telah mati. Kita cuba untuk mengalami keadaan mereka yang kelaparan dengan seharian kita berpuasa. Terasa pedihnya perut + kehausan + kepenatan + cuaca panas tapi bila tiba waktu berbuka kita akan mengisi perut yang kosong.. Namun bagaimanakah keadaan mereka yang berhari2 dan berminggu2 susah untuk mendapatkan makanan dan bekalan air??. Tempat tinggal pun hanyalah beralaskan plastik dan kain. Kalau hujan lebat turun tidakkah lebih uzur keadaan perlindungan khemah mereka..


Jika kita lihat khemah2 di Madinah juga disusun seperti ini dengan menggunakan material yang sangat baik dan selesa tetapi khemah pelarian Somalia hanya disaluti plastik2 dan kain2 untuk berlindung dari panas dan hujan...


Apakah nasib sikecil ini.. 


Dari atas kiri - Askar former Al Shabab + Khemah + si kecil berumur 5 bulan yang bertarung untuk kehidupannya + kaum perempuan2 yang menunggu untuk rawatan kesihatan


Hancur hati - Rukiah (kiri) sedang duduk bersebelahandengan mayat anak lelakinya yang ditutupi selimut + Abshir (kanan sekali) berumur 9 tahun meninggal tidak lama kemudian.


Kaum perempuan2 Somalia sedang menunggu untuk rawatan kesihatan. Kita lihat dari sudut gambar ini.. Apa yang kita nampak dan kita pelajari wahai kaum perempuan?? Biarpun mereka daif dan miskin harta namun aurat mereka masih lagi terpelihara. Kain yang bukan berharga beratus2 atau beribu2 ringgit tetap membaluti tubuh dan aurat hanya kerana menjalankan kewajiban mereka sebagai kaum muslimah... Cuaca panas terik tidak menghalang dan merobohkan tembok keimanan mereka semata2 kerana Allah SWT.. MasyaAllah.. betapa hebatnya mereka2 ini....

Nota
Berat betul dugaan yang rakyat Somalia hadapi. Dari dulu hingga sekarang tiada erti Kemerdekaan. Yang ada hanyalah kemusnahan...

TIME - How a succesfull U.S compaign to cripple Islamist terrorist in Somalia contributed to a catastrophic famine that could kill hundreds of thousands.. 

P.S. Semasa tinggal di Tanzania, terasa hati ingin sangat mengunjungi rakyat Somalia dan juga Sudan Tetapi terkubur begitu sahaja kerana mr. hubby kata sangat bahaya. Cukuplah dia saja yang mengalami pengalaman pahit melihat kesengsaraan mereka hingga tidak tidur malam dibuatnya.. Berkaca mata bila mendengar cerita mr. hubby tapi ku tahan.. Mohon kita semua agar mendoakan kesejahteraan dan kemenangan rakyat2 ISLAM di dunia ini termasuklah di negara2 yang ditindas oleh puak2 kufarat laknatullah.. 

0 comment... add one now