Khasiat wheatgrass atau rumput gandum untuk kesihatan

Wrote by on Ahad, 30 Oktober 2011


Assalamualaikum guys.. Pernah dengar tentang rumput gandum atau nama saintifiknya wheatgrass? Rupanya memang sama dengan rumput yang kita lihat di luar kawasan padang tetapi bentuknya lebih tinggi dan halus serta mempunyai 22 vitamin, 92 mineral dan 8 asid amino. Kebaikan jus ini juga memberi manfaat untuk kesihatan yang di sebabkan oleh kepekatan klorofil yang tinggi vitamin A, B-12 (complex) B-6, C, E, K dan beta karotena. Paling penting ia adalah sumber terbaik kalsium. Bagus bukan? 

Wheatgrass atau rumput gandum juga dapat ;
  • membuang toksin dalam badan
  • membersihkan kolon (dalam usus)
  • meningkatkan tenaga
  • meningkatkan imun sistem
  • membersihkan darah
  • mempunyai struktur molekul yang sama kepada hemoglobin (komponen darah)
  • kaya dengan kandungan klorofil
  • mengandungi sumber terbaik kalsium, fosforus, kalium, magnesium, zink dan natrium
Minuman wheatgrass dapat mengurangkan kesan2 yang telah merosakkan darah setelah membuat kemoterapi. Perkara ini tidak ramai yang ketahui kerana selepas penyelidikan ternyata wheatgrass mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Baca SINI untuk ketahui therapy menggunakan wheatgrass atau rumput gandum


Ternyata wheatgrass atau rumput gandum ini memang sangat baik untuk pesakit kanser (terutama yang telah menjalani kemoterapi) , penyakit2 yang lain, kesihatan dan bagus untuk diet. Jom kita cuba buat jus wheatgrass atau rumput gandum nih. Untuk mendapatkan original rumput gandum ini memang susah terutama di negara asia tetapi boleh mendapatkan dalam bentuk serbuk atau liquid dalam botol.. 

Cara2 yang terbaik untuk membuat jus wheatgrass atau rumput gandum
  • rumput gandum - agak2 untuk hidangan  satu gelas
  • jangan sesekali blender rumput gandum kerana boleh merosakkan khasiatnya
  • sebaiknya guna mesin jus sebenar
  • atau potong2 kecil rumput gandum dan masukkan dalam kain yang mudah di perah
  • ramas2 dan perah rumput tersebut hinga bertukar warna kepada seakan2 pudar atau putih
  • campurkan air dan sedikit gula. Jika mahu lebih sedap boleh di campurkan dengan sedikit susu segar + ais kiub. Superb

Korang boleh dapatkan di kedai2 organic atau kedai ini juga


Organic Life Cafe
No. 32-1, Jalan PJU 5/10,
Dataran Sunway,
47810 Kota Damansara,
Selangor, Malaysia.

Nota : Jika rumput gandum ini mempunyai 22 vitamin dan zat2 yang lain kenapa tidak kita cuba sesekali untuk kesihatan, pesakit kanser/kimo dan diet yang lebih baik.

P.S. Last aku dapat minum wheatgrass nih masa pergi makan2 kat seafood rest. Tapi diorang buat sangat2 manis. Anjat boboi.. Hik3... Tapi aku minta diorang tukarkan yg less ice cube + gula but with milk. Ohhhhh..... superb.. Nak lagi dan lagi dan mau ler... hik3.. Ok guys.. Gd luck untuk mendapatkan wheatgrass nih. Aku tahu kat Malaysia senang nak dapatkannya. Kalau boleh carilah jus yang di buat original rumput gandum. Baru terasa... Chow sin chi....

kredit gambar2 dari wak google dan info fm healthywheatgras


Dikuasakan oleh Blogger.
Nur Misnan