Guna O/D dengan betul pada gear Auto

Salam semua...
Rasanya mungkin ramai dikalangan kita masih tidak mengerti dan faham tentang penggunaan O/D yang betul pada gear Automatik. Aku pun mula2 tak faham juga kerana ingatkan guna macam biasa je. Tapi selepas membaca dan faham akan penerangan dari Naza tempat aku dan mr. hubby beli kereta, baru aku faham.

Penggunaan o/d yang betul mampu menjimatkan bahan bakar delain mampi mengurangkan risiko kenderaan terbatas ketka melalui bahagian selekoh jalan mahupun menurunkan bukit. Ketika kita memandu dan menekan picu o/d pada batang gear, lampu o/d off akan menyala pada meter kenderaan dan ini menunjukkan penukaran hear hanya akan berlaku sehingga gear 3 sahaja

Situasi ini sesyai bagi kenderaan yang terdapat dalam kawasan bandar atau taman2 perumahan kerana pemandua kederaan akan menjadi lebih dingan pada gear dan kelajuan yang rendah melebihi 90km/h kerana konsep penggunaanya adalah sama sepertu memandu kereta manual

Sentiasa perhatikan meter RPM pada kenderaan tersebut dan jika meter RPM melebihi kepada angka 3000 (3.5) pada pemanduan yang lancar dan berterusan , o/d perlu dimatikan kerana penggunaan yang salah akan menyebabkan pembaziran kepada bahan bakar kenderaan

Pastikan pemandu tidak keliru pada dia situasi yang berbeza iaitu kelajuan kenderaan dan kelajuan enjin. Kelajuan enjin merupakan meter RPM dan terletak bersebelahan dengan meter kelajuan kenderaan. Pada pemanduan yang berterusan dan lancar, jika kelajuan meter adalah tinggi (melebihi 3500 RPM) sedangkan kelajuan kenderaan adalah rendah. Perhatian perlu diberikan kerana keadaan ini menyebabkan berlakunya pembaziran bahan bakar yang ketara

Huraian penggunaan o/d ini adalah luas dan bukan sahaja merangkumi cara pemanduan sahaja tetapi juga sistem keselamtan ketika pemanduan dalam hujan mahupun ketika mengambil selekoh yang tajam. Pemahaman yang betul dalam mengendalikan kenderaan membantu pemilik2 kenderaan mengurangkan kos dan menjimatkan masa mereka serta membantu kenderaan mereka daripada berhadapan dengan risiko kerosakan yang serius

P.S. Selamat memandu dan berhati2...
Guna O/D dengan betul pada gear Auto

6 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown Isnin, September 27, 2010
Salam, bagus juga tips ni bukan selalu kita perhatikan lampu dalam kereta. Asyik lampu kat luar kereta je, syabas artikel yang menarik perhatian!!
Abd Razak Abd Razak Isnin, September 27, 2010
Salam sis nor...

Moga awak sihat hendaknya di sana..

Saya jarang sangat gunakan OD tu masa memandu sebab tak jalan jauh. Apa pun thanks utk info ini..
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 27, 2010
salam MP
hehehehe... saja suka kongsi perkara yang
kadang2 kita terlupa atau tidak tahu
aku pun pada mulanya tidak ketahui
akan OD nih
tapi sekarang harus ambil kisah..

thanks singgah n komen disini.. gd day
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 27, 2010
salam brother Razak
Alhamdullilah.. sihat.
itulah.. kadang2 kita jarang jalan jauh

tapi next time boleh tahu tentang OD kan
tak perlu membazirkan minyak jika
sudah tahu..

thanks singgah brother.. gd day
Bingai @ Bangang Bingai @ Bangang Selasa, September 28, 2010
Salam Nur,
Terimakasih kerana sudi berkunjung ke blog aku dan terima kasih kerana bagi tips. macam tau tau je tawon depan aku nak beli keta auto. hehehe

Selamat Hari Raya
Bingai @ Bangang
Kalau nak sedap kene bagi penyedap!
shah estimashah estima Isnin, Mei 11, 2015
Terima kasih...Ulasan yang terbaik.