Aku keturunan Laksamana Bentan??


Salam kongsi2 sahabatku...
Nak jadi cerita nih... aku baru je terima gambar nih dari seorang makcik aku yang cute2 dari Batu Pahat Johor melalui FB. Memang seumur hidup aku tak pernah lagi tengok gambar nih. Ini lah dia my great great great grandmom N dad. Actually ramai lagi tapi ini jelah gambar yang aku ada. Mak aku yang paling kiri baris bawah berbaju hitam. Yang cute2 tuh.. huhuhuhuh... Love u Mak. Tomey mak aku. Nenek aku plak yang berdiri dari baris kiri tengah dukung anak kecik. Kalau tak silap aku yang nenek aku kendong tuh Mak uda atau Wak Ali (pakcik aku Mustafa).. Jauh beza namanya kan. Iyalah... masing2 ada nama samaran.

Menurut cerita arwah nenek dan buyut aku, keluarga kitorang berdarah campuran siam, melayu, jawa dan berketurunan Megat Seri Rama iaitu Laksamana Bentan. Huhhh... mesti ada yang teringat cerita melayu tentang Sultan Mahmud Mangkat dijulang. Sultan Mahmud telah bersumpah "7 keturunan Laksamana Bentan tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi Johor". Jadi pakcik2 aku yang belah arwah buyut2 tidak pernah jejakkan kaki ke Kota Tinggi. 

Tapi itu menurut cerita arwah nenek dan buyut aku. Benar atau tidak aku tak pasti kerana sumpahan untuk 7 keturunan Laksamana Bentan sudah berakhir dan kami2 semua adalah generasi keturunan yang ke 9 kot. Aku tak pasti sangat sebab my home town kat Kota Tinggi. Tapi belah2 atok aku di Batu Pahat agak hebat orangnya. Bukan sembarangan orang tu der. Nantilah aku tanya balik kat atok2 aku di Batu Pahat Johor. Mungkin mereka boleh jelaskan sedikit tentang keturunan Laksaman Bentan. Tetapi jika benar aku adalah berketurunan Laksamana Bentan, aku tersangat ler bangga pada beliau. Laksaman yang sangat berani. Ayat2 terakhir beliau sebelum menghembuskan nafasnya yag terakhir "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!"

Adakah kerana seulas nangka sahaja Sultan Mahmud sanggup mengarahkan untuk membunuh Moyang Dang Anum?? Tak masuk akal dan tidak punya hati.. 

P.S. Sekarang buah nangka bersepah2 orang jual di tepi jalan. Kalau ler pada masa tuh Moyang Dang Anum masih ada, sudah semestinya aku berikan sebiji nangka yang paling baik untuk beliau. Kasihan beliau pergi dalam keadaan yang menyayat pilu.. Alfatiha untuk Laksaman dan Dang Anum.

{ 26 comments.. read them below or add one }

white rose white rose Isnin, September 27, 2010
salam akak...
wah, keturanan LAKSAMANA...

haiyyakk...
boleh laa akak bersilat ni...

ade geng ngan saya...
kita bersilat...

hahaha...
Nur Misnan Nur Misnan Isnin, September 27, 2010
salam BRP
hehehe... it hanya cerita dari arwah nenek dan buyut

dengar juga cerita ni dari makcik2 yang paling rapat
dengan atok2 belah BP..

oh ya ke? boleh juga.
best nih ... ada lawan silat lagi..
amacam kita bertanding.. huhuhuhu
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, September 28, 2010
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
norish norish Selasa, September 28, 2010
Hey Nur, How you doing?
I suka tonton cerita lama terutama Raja bersiong, Dayang Senandung, tTn Fatima, Hhang Tuah
tapi cerita Sultan Mahmud Mangkat Di Julang belum lagilah

Nanti i nak cari dan tonton. mesti bestkan.
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, September 28, 2010
salam norish...
wow.. kau pun suka cerita lama ya
cerita2 sejarah lama memang seronok kita tengok terutama
cerita HANG TUAH, LANCANG KUNING, RAJA BERSIONG dll.

selamat menonton cerita lama
enjoyed d movie =)
Tanpa NamaTanpa Nama Ahad, Julai 03, 2011
salam, saya rizal dari kuala terengganu. Laksamana bentan juga asal usul keturunan saya. Keturunan laksamana bentan tak boleh makan pisang udang (pisang merah) jika makan jugak, mesti kulit jadi gatal2.
amrad amrad Khamis, November 03, 2011
hai akak nie ada fb x. sy pon dari kturunan bentan dan kepsatian pun ada. add sy di fb bernama (darma sucipto)
zynga poker.. zynga poker.. Sabtu, Mei 19, 2012
salam akak nan abang . hmm , mak saya pun ade kate belah nenek saya d johor ada keturunan lksamana bentan . mak saya ade cerita yg kalau keturunan laksamana bentan g kota tinggi akan muntah darah , dan lagi satu kalau makan pisang berwarna ungu , pisang ape ntah saya pun tk tahu . dan saya ade tunjuk gamba tu pada mak saya , pada barisan kedua dari bawah seblah kiri sekali, muka dia macam iras2 dngan arwah nenek saya.mak saya kte macam familiar penah tengok .saya tak pernah tengok sebb saya baru umur 14(2o12) skrang:)) nenek saya pun umur saya 7 tahun dah tiade.ade lagi gamba2 keturunan laksamana bentan yg boleh disharekan dkt saya ? :D terima kasih
zynga poker.. zynga poker.. Sabtu, Mei 19, 2012
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa NamaTanpa Nama Sabtu, Mei 26, 2012
Salam.sy nk tambah info pasal Laksamana Bentan mgikut catatan Diraja Kelantan kuno.Di Patani Laksamana Bentan Di panggil Wan Demali atau Alimuddin.beliau Pateh Majapahit/Pateh Karmawijaya.beliau juga nenek moyang keturunan WAN di klatan,Tganu&Patani.beliau adalah anaknda kpd Sayid Ali nurul alam iaitu Sultan Qunbul/Patani.Sayid Ali nurul alam pula anak kpd Sayid Hussin jamadil kubra(Ketua wali 7)hasil perkahwinan dgn Putri Slindung bulan..putri slindung bulan pula adalah cucu saudara kpd Raden Galuh ajang @ Paduka cik siti wan kembang..adik bradik Laksamana Bentan ialah Wan Bo Tri Tri(Raja Champa),Wan Hussin As sanawi,Wan jamal,Wan Biru,Wan Senik,Wan Hasan & Syeikh wan muhammad Salleh.kesemua mereka ini merantau ke sluruh Tanah Jawa& nusantara dlm misi bersama wali 9..
TQ_Wnaz.
Tanpa NamaTanpa Nama Sabtu, Jun 02, 2012
sedikit artikel berkaitan salsilah Laksamana Bentan....http://harizant.multiply.com/journal/item/21/Kerajaan_Melayu_Champa_dan_Jawa_?&item_id=21&view:replies=reverse&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
Tanpa NamaTanpa Nama Sabtu, Jun 02, 2012
salsilah Sayid Ali Nurul Alam dan Laksamana Bentan di Patani....
http://syeikhthanauddin.blogspot.com/2012/04/sayyid-ali-nurul-alam-bapa-ulama.html
Tanpa NamaTanpa Nama Sabtu, Jun 23, 2012
Slm..sume..sy pun slh sorg dr kturunan laksamana bentan..tp xtaulh yg kebrp??Sb arwah atuk lelaki sy pun dh yg ke10@11 kot.Arwah atok lelaki sy punye mak mentua pun asl dr negeri Kelantan mkin mereka ni dr keturunan darah yg sama kot..Allahwualam...Tp sy berasa bangga gak dpt tempias jd keturunan laksamana ni.Semoga ketrunan kite ni terus menjadi lagenda.
Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, Ogos 02, 2012
sebut pasal ni..fmly sy un asl usl dr lksmne bentan..moyg sy mmg xlh jejk kaki at kte mnth drh..erm xkn te sdre kot
Tanpa NamaTanpa Nama Ahad, Ogos 26, 2012
salam akakx2 n abg sekalian ayah saya n noyang belah ayah saya berketurunan bentan..saya ada darah bugis,bentan,banjar...tentang sumpahan muntah darah tu pernah terjadi pada noyang ayah saya mse tu kota tinggi blm dibina lagi jambatan tok kenderaan ulang alik n hanya yg ada mse tu pengkutan sampan je tapi nasib noyang mse tu baik sbb ayah sempat berpatah balik n guna jalan laut.. masih kuat lagi darah pahlawan dlm keluarga kami..
Tanpa NamaTanpa Nama Ahad, Ogos 26, 2012
semangt laksmana x kn hilang kalau kite sebagai anak cucu keturunannya kenang selamanya...
konspirasi gadis curiga konspirasi gadis curiga Jumaat, November 23, 2012
sama macam arwah atuk saya lah .. dia keturunan ke 7 laksamana bentan .. asal dia jejak ke daerah kota tinggi .. mula lah pening2 , muntah2 ..
Rasyiqah Rafi Rasyiqah Rafi Jumaat, Januari 18, 2013
salam..wah.. sama.. sy keturunan yg je 8 or 9
torro tommo torro tommo Selasa, Januari 07, 2014
Assalamualaikum! Wah tak sangka ramai jugak yang saya jumpa. Hehehe saya pun keturunan bentan jugak. Hahahaha sangat berbangga :)
Tanpa NamaTanpa Nama Rabu, Januari 29, 2014
Sumpahan orang yang di ambang maut(teraniaya, seperti Mahsuri)umpama doa yang mustajab.

Jaga-jaga bila ada orang terlalu emosi (terutamanya dinafas terakhir, terutamanya hari Jumaat , seperti yang berlaku kepada Sultan Mahmud) di saat melafazkan sumpah.

Meskipun beliau (zalim dan mungkin salah) ianya masih berhak diadili.Dalam Islam kejahatan tidak dibalas dengan kejahatan.
engku puteriz engku puteriz Jumaat, Oktober 03, 2014
Mmg...achik pun tau.setiap kali ada cerita laksmana bentan jew mesti arwah bonda bagitau yg nenda berketurunan laksmana bentan...
I.Z. Hasan I.Z. Hasan Rabu, Ogos 09, 2017
Siapa nama sebenar Laksamana Bentan ?
Megat Sri Rama juga nama gelaran.

Nama sebenarnya siapa ?
Saya juga keturunan Laksamana Bentan.
Saya yang ketujuh. Whatsp 0176271926

Laksaman Bentan berdarah Arab/Bugis
nazrun nazrun Ahad, Ogos 27, 2017
Arwah nenek sebelah bapa saya pernah menasihati kalau pergi Kota Tinggi berhati-hati,beliau anak sedara Penghulu Sulong, Penghulu Sulong pernah dimurkai Kerabat tetapi akhirnya dijadikan Pengawal semasa baginda memburu dihutan. Penghulu Sulong ni keturunan Megat Sri Rama( Panglima Bentan) saya memang suka membuat penyuluhan salasilah, kalau ada sesiapa diruang ini yang boleh memberikan pencerahan amat dialukan, Wallohua'lam - tel watsap saya 019-6642016
saadon abd salamsaadon abd salam Ahad, Ogos 27, 2017
Arwah nenek sebelah bapa saya pernah menasihati kalau pergi Kota Tinggi berhati-hati, beliau anak saudara Penghulu Sulong, Penghulu Sulong pernah dimurkai Kerabat tetapi akhirnya dijadikan Pengawal Peribadi kerabat semasa memburu dihutan. Penghulu Sulong ni difahamkan adalah keturunan Megat Sri Rama( Panglima Bentan)tak pasti generasi keberapa Saya memang suka membuat penyuluhan salasilah, kalau ada sesiapa diluar sana yang boleh memberikan pencerahan amat dialu-alukan, Wallohua'lam- tel watsap saya 019-6642016
Abdul Rashid Abdullah Abdul Rashid Abdullah Selasa, September 19, 2017
Saya pun keturunan dari raja laksamana bentan. Yang buat saya keliru ialah mana satu yang jadi pantang larang yang sebenarnya. Mengikut cerita moyang saya, kami sekeluarga tak boleh makan pisang udang sekiranya kami makan maka kesihatan kami akan terjejas.
Abdul Rashid Abdullah Abdul Rashid Abdullah Selasa, September 19, 2017
Saya ingin jugak bertanya adakah Raja Laksamana Bentan dan Laksamana Bentan orang yang sama...