Salam guys.. Janganlah kita berbangga sangat dengan apa yang kita kecapi sekarang kerana semua itu akan dipulangkan kembali kepada-Nya. Kenapa mesti kita bersifat bongkak dan sombong kepada mereka yang dhaif lagi dalam kesusahan sedankan itu semua bukan milik kita?? Kenapa kenapa dan mengapa??
Jangan berbangga dengan Chanel, Dior, CK atau apa saja jenama pun, kerana pakaian Terakhir kita adalah Kain Kafan
Jangan berbangga dengan semburan parfume yang mahal2 kerana kita akan di sembur dan dimandikan juga dengan kapur barus..
Jangan berbangga dengan BMW, Porshe, Lamborghini, Ferrari kerana kenderaan terakhir kita Keranda yang akan diusung
Jangan berbangga dengan Banglo dan Condo yang besar berharga berjuta kerana tempat istirehat kita yang terakhir adalah Lubang Kubur
Jangan berbangga dengan kecantikan paras rupa yang menawan kerana akhirnya hanya menjadi santapan si cacing dan serangga
P.S. Pesanan ini khas buat diri aku dan juga untuk mereka yang sentiasa leka dan lalai akan hal duniawi. DIA MAHA Pengampun dan MAHA PENYAYANG.. Mintalah keampunan kepada-Nya sebelum terlambat..
sy suke entruy ni...
skong 100%...