Pulau Zanzibar adalah tempat peranginan yang cukup cantik. Majoriti penduduk Zanzibar 90% adalah orang muslim. Mereka sangat mementingkan adat dan agama terutama bila datangnya bulan Ramadhan Almubarak. Mana yang tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai walaupun bersembunyi hukumannya adalah di penjara dan akan di bebaskan pada tibanya Ramadhan tahun hadapan. Kalau sesiapa yang sanggup tahan duduk di penjara selama setahun mehhh pegi le ke Pulau ini. Kalau le lepas ni tak bertaubat hmmmm... tak tahu le. apa pun di hotel Z ini manager dia adalah orang Segamat Johor Malaysia tapi dibesarkan di London sejak dia kecil lagi... yang bestnya dia masih fasih berbahasa malaysia dan tidak sombong...
Z Hotel salah satu Resort yang menarik di Zanzibar
permandangan dari Roof Top Suite 'nur n family'
Roof Top Suite yang sangat selesa, cantik dan nyaman
cantikkan... tdor kat sini tak perlu on kipas.. dah sejuk...
Ocean Front Cottages ... really lovely place. Sesuai untuk berhoneymoon
Bermain dipasiran yang hampir senja sebelum maghrib.. Sangat seronok...
Sudut paling cantik.. dekat kolam mandi
alamak.. seksi le. penat sangat le tu
oh dear... pasir kat sini cukup-cukup halus, cantik dan putih
bodyguard =)
sempat snap sekeping je coz hujan lebat dan tak dapat buat diving
lepas tengok dolphine kitorang tengok penyu.. tapi gambar dolphine tak sempat nak snap coz laju sangat dia berenang.. ni tengah bagi penyu makan rumpai laut
Suasana menuju waktu maghrib
gambar kurang terang.. nampak tak singa putih tuh. bukan kat china atau malaysia je ada.. orang Zanzibar pun pandai sambut raya china.. cuma tak ada mercun je..hehehehe
Dinner dengan udang bercili Zanzibar
Crab cake yang oklah rasanya.. Nak tau harga 2 biji ni berapa hinggit? Cuba teka?
Inilah dia kalau balik tak book tiket. plan stay sampai esoknya tapi hubby ada emergency call terpaksa le balik awal. itu yang tak dapat seat... sempat juga main PSP
muka-muka kepenatan dan sun burn + kita berdua memang macam belangkas. Melekat kemana saja pergi. Walaupun nak tidur. hik3
penat sangat sampai tertidur... hampir 2 jam untuk sampai ke rumah
oh yes... pesan nur kalau ingin naik ferry mesti cari Ferry nama syarikat 'Azam' coz paling selamat dan selesa.. bukan macam ferry yang nur naik masa balik ke Dar.. kalau tidak letih wooo....
..take care..