Jeruk mangga muda sudah sangat terkenal sekarang hingga ada diantara mereka memulakan perniagaan menjual jeruk mangga muda asam boi. Bagi saya tidak salah untuk menjual asalkan biarlah kualiti produk tersebut dalam keadaan yang baik dan tidak terlalu mahal. Pelanggan akan berpuasa hati dan pasti akan mengulangi tempahan lagi.
Kebaikan Mangga Muda - Jeruk mangga asam boi
Sebelum resipi jeruk mangga asam boi ini kita bincangkan, mari kita ambil tahu sedikit sebanyak kebaikan mangga muda. Bagus dimakan tetapi harus diambil dalam kuantiti yang tidak keterlaluan.
- Memiliki vitamin A + B + mineral + kalsium + serat + protein + fostor
- Kaya dengan vitamin A B C yang dapat memberi keperluan kalsium dan memberi kekuatan pada tulang yang lebih kuat + dapat melawan keradangan + bagus untuk menghasilkan sel2 darah baru
- Memberi penglihatan mata menjadi cerah
- Melancarkan saluran pencernaan
- Baik untuk kesihatan hati kerana kandungan zat besi
- Meningkatkan daya tahan tubuh
- Meningkatkan imunisasi tubuh terhadap gangguan berbagai macam penyakit seperti anemia + kolera + diare + kanser
Orite.. jom tengok apa bahan2 untuk jeruk mangga muda asam boi ni. Banyak ke bahan2nya? Senang ke? Hahhhh... kenalah cuba buat sendiri baru tau rasanya. Kalau buat sendiri ikut sukalah nak sukat banyak mana asam boinya + gulanya + cili untuk kepedasannya. Tak ler banyak komplenkan. Kalau beli diluar macam2 orang nak tipu kita, Ok jom jom ke dapur kita
Bahan2 jeruk mangga asam boi
- 3 biji mangga muda - ikut suka nak jenis apa
- 1/2 mangkuk kecil gula
- 5 biji Cili padi
- 10 - 12 biji asam boi putih - hiris isinya dan blend = aku suka kasar2
- Nak sedap lagi tambah asam kulit limau. Tak perlu blend. Aku x der stock plak.
- Kupas mangga muda. Hiris ikut suka asalkan saiznya biar tebal sikit seperti dalam gambar
- Rendam mangga dalam air bersih + 1 1/2 sudu kecil garam halus. biarkan 5 minit dan tos kering
Apapun tidak digalakkan mengguna asam boi merah kerana warna asam boi merah boleh mengganggu warna buah mangga yang kuning hijau itu. Jadi tidak berapa cantik. Kannnn?? Apapun terpulang pada kesukaan korang. Kalau nak mencuba apa salahnya. Tekak sendiri yang nak makan. Kannnnn..
Wokey guys.. Resipi dah dapat, apa lagi esok borong mangga muda untuk prepair buat jeruk mangga asam boi. Mana yang kurang suka masam2 tu bagus beli buah mangga muda lemak manis. Pastikan cari yang betul2 muda hijau baru jadi. Kalau dah separuh muda masak tidak sedap dah.
Nota : Jangan terlalu berlebihan gula kerana boleh menghilangkan rasa jeruk masam asam boi. Sebaiknya secukup rasa lebih sedap dan meletop.
Nota 2: Bagus kita buat sendiri. Puas hati selamat dan boleh adjust rasanya. Tidak perlulah beli online yang belum tentu terjamin selamat bersih dan mahal pula dijual. Kannnn.... Dan lagi sesekali bolehlah makan Jeruk Mangga Asam Boi ni, jangan selalu. Tak bagus untuk kesihatan.
SELAMAT MENCUBA RESIPI JERUK MANGGA ASAM BOI, KALAU SUKA KONGSIKAN PADA SEMUA DAN LIKE