Salam... Apa nak.. apa nak jadi.. Mr. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di cekup dan bersekedudukan. Haishhhh... malulah banyak Mr. Hakim.. Kata berpelajaran tinggi sampai Azhar. Hukum islam Quran Hadis semua dalam kepala. Apa kessss.... Iman sudah cair bak planta di atas kuali.. Tak takut dah pada Tuhan. Dah tuh nak main ugut2 plak dengan pegawai penyiasat tuh.
Kuala Lumpur : Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu. Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi. “Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.
Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.
“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya. METRO
P.S. Halo Mr. Hakim.. Walau tinggi atau kenal rapat mana pun orang atasan yang kau katakan, keadilan tetap akan menang. Ingat der... Tuhan itu lagi NUN ATAS SANA dari orang atasan yang kau kenal... huhuhuhu

cheq oii pasai cheq buat lagu tu..cheq tu org besaq org ada pangkat..
hadehh ..