Ini ada sedikit tip yang Nur nak share pada semua.. ini pun selepas nur membaca dari majalah.. jom kita cuba.. manalah tahu lepas ni bill letrik kita boleh menjadi kurang..
1. Biarkan pintu atau tingkap sentiasa tertutup supaya bilik sentiasa sejuk. tapi kalau waktu pagi haruslah di buka kerana rezeki masyukkkk
2. Gunakan bumbung atau siling penebat keranan ia boleh mengurangkan penggunakan elektrik bagi penyejukkan. Selain itu gliskan tingkap kerana ia memantul haba dan lutsinar. Penebat dan penggilis akan mengurangkan bil elektrik sebanyak 40%
3. Apabila hari dijangkakan panas, pasang penyaman udara lebih awal dan tutup langsir bagi menghalang sinar matahari
4. Pastikan kipas tidak dihalang dari belakang kerana halangan pangaliran udara akan menyebabkan ia beroperasi dengan bebanan berlebihan
5. Tutup suis kipas apabila tidak diperlukan
6. Televisyen, pemain video, radio, stereo dan dekoder jika tidak digunakan tutup suisnya
7. Malapkan atau tutup ampu di ruang tamu bila menonton televisyen
8. Elakkan daripada membiarkan peralatan terpasang secara mood sedia
9. Beli komputer yang mempunya label tenaga
10. Pastikan komputer mempunyai mod tidor
11. komputer riba menggunakan 30% kurang tenaga berbanding komputer meja
12. elakkan membiarkan komputer pada mod sedia
13. Beli lampu cekap tenaga (energy saver) dan boleh menjimatkan tenaga sehingga 80% bil lampu ada jangka masa panjang
14. Gunakan lampu yang bersesuaiandengan kemampuan (contoh : gunakan lampu yang lebih terang untuk membaca dan malap untuk menonton tv
15. lampu kalimatang biasa akan mengeluarkan cahaya 2 kaliganda dari lampu mentol
16. Gunakan cahaya dari luar.. (macam kedekut plak)
17. Bersihkan habuk pada mentol atau lampu setiap 2 bulan sekalu kerana lampu yang bersih akan memberi cahaya yang lebih terang
18. Jauhkan pembersih hampa gas dari tempat panas atau terkena sinaran matahari. Dan jangan biarkan terlalu lama kerana motornya akan panas
19. Jika terlalu panas sistem perlindungan haba akan berfungsi dan mengambil masa yang lama untuk sejuk
20. Matikan suis soket alur keluarnya dahulu sebelum palam kuasa ditanggalkan
21. Bila mula menggosok pastikan membuka suhu yang rendah dahulu bagi mengurangkan masa pemanasan
22. Tutup suis seterika sebelum menggosok fabrik yang terakhir
23. Kumpul dan gosok fabrik dengan jumlah yang banyak bagi satu-satu masa kerana pembaziran elektrik berlaku setiap kali seterika digunakan untuk menggosok beberapa helai pakaian
24. Tutup suis seterika jika mendapat gangguan semasa menggosok seperti menjawab telephone atau sebagainya
25. Jika boleh sewaktu mengangkat pakaian dari jemuran biasakan terus di lipat bagi mengurangkan penggunakan menggosok
26. Pasang paip aliran rendah yang boleh menjimatkan air sehingga 70%
p/s : kita cubalah.. kalau masih sama jugak hentam sajalah....
p/s : kita cubalah.. kalau masih sama jugak hentam sajalah....
