Kebaikan dan khasiat badam dan resipi susu badam

Assalamualaikum. Badam atau nama saintifik dipanggil Prunus Dulcis adalah kacang kegemaran semua orang termasuk saya selain Macadmia + Pecans dan Walnut. Sejak dari kecil lagi saya memang gemar sangat makan badam. Baik yang sudah dipanggang atau dibuat susu. Lagi2 bila badam ini dipanggang dengan madu. Perghhh!!!! snack kegemaran saya tu. Anda pasti tahu kebaikan badam ini. Di negara India dan Arab mereka sangat gemar menggunakan badam sebagai pencuci mulut + masakan + minyak + susu kerana kebaikan badam ini sangat bagus untuk diet mereka. Jadi apa lagi yang sangat bagus selain diet? 

BADAM

Badam sejenis kekacang bewarna coklat dan berbentuk bulat bujur dan isinya keras. Rasanya sedikit pahit lemak2 dan manis. Badam adalah kacang yang memberi pengurangan kolestrol kesihatan yang sangat baik kerana rendah kandungan asid lemak tepu + mengandungi isi serat + kaya asid lemak tak tepu + antioksidan + mineral seperti magnesium dan perlindungan serta protin tumbuh2an. Walaupun badam mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi tetapi ia mampu memberi manfaat untuk mengurangkan berat badan. Bestkan. Sebab itu bila saya kunyah segenggam badam yang telah dipanggang, perut saya tahan lapar. Saya boleh lagi makan makanan yang ringan seperti roti dua keping saja dengan secawan kopi atau sebiji buah epal.

Kawan saya yang berbangsa India pernah kata. Makan badam mentah yang sudah direndam ni bagus untuk otak minda kita. Ia menguatkan ingatan memory dan lebih baik jika diambil dari sekarang agar tidak mudah pelupa. Wow.. badam mentah rendaman ni bukan saja bagus untuk diet dan kesihatan ya malahan untuk otak cerdas dan ingatan. Cool... iloike.


Di India dan Pakistan, badam telah menjadi sebahagian diet berabad2 lamanya. Badam pertama kali disebarkan manusia pada zaman purba di sepanjang pantai Mediterranean ke utara Afrika + Asia dan Selatan Eropah dan akhir sekali membawa ke Amerika Syarikat. Orang Perancis memberi nama Badam kepada Almande

FAEDAH KEBAIKAN BADAM

1) Mencegah penyakit dan serangan Jantung
Badam memiliki asid lemak mono tak tepu yang sama manfaat lemak dari minyak zaitun. Memiliki kebaikan antioksidan berasaskan tumbuhan yang terdapat dalam kulit badam + vitamin E untuk meningkatkan kesihatan dan lelindungi bahaya pada arteri dan mengurangkan keradangan. Baik untuk mereka yang menghadapi kolestrol yang tinggi + diabetes + strok.

2) Mengekalkan kesihatan kulit yang cantik
Kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang dapat mengurangkan tanda2 penuaan dan menyuburkan kulit. Mampu melawan kanser kulit dan kerosakan kulit dari pencemaran cahaya UV yang rendah. Mampu mengekalkan kulit terhidrat dan mampu menyembuhkan luka

3) Mengawal tahap gula dalam darah dan mencegah Diabetes
Kaya dengan MUFA - membantu melambatkan kadar glukosa iaitu gula ke dalam aliran darah dan mampu mengurangkan risiko diabetes + keradangan dan berat badan yang tidak sihat.

4) Baik untuk kesihatan Otak
IbuI2 di India sangat menggalakkan dan mengamalkan pemakanan Badam pada anak2 mereka terutama yang masih belajar. badam megandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnitine yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Orang dewasa yang semakin meningkat sangat baik mengambil badam untuk mengurangkan risiko keradangan yang boleh menyebabkan gangguan otak termasuk demensia dan penyakit Alzheimer

5) Meningkatkan penyerapan Nutrien
Tubuh badan kita memerlukan jumlah lemak yang cukup dalam diet FAT SOLUBLE iaitu vitamin A dan D. Badam mengalkalikan saluran penghadaman + mengurangkan pembetukan asid dan mengimbangkan pH badan. pH yang sihat adalah penting untuk pencernaan + imuniti dan pencegahan penyakit.

6) Membantu mengurangkan berat badan dan mencegah makan berlebihan
Lemak sihat dan bantuan serat dalam penurunan berat badan membantu perut berasa kenyang dari mengambil makanan berlebihan dan snek yang tidak sihat. Mengamalkan makan badam mampu mengekalkan berat badan yang sihat dan kadar obesiti yang lebih rendah dari mereka yang mengelak makan badam.

7)  Meningkatkan kesihatan penghadaman
Badam dan kulit badam mengandungi komponen probiotik yang membantu penghadaman + detoksifikasi + pertumbuhan bakteria yang sihat dalam usus dari mencegah kekurangan nutrien. Memberi peningkatan usus bertambah baik dan menggalakkan pelbagai manfaat kesihatan dari prebiotik + prekursor untuk probiotik

8) Membantu melawan Kanser dan Radang
Badam sumber yang sangat baik mengandungi tokoferol gamma - sejenis vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan yang kuat melawan kerosakan radikal bebas dan tekanan oxidantive yang mampu menyebabkan Kanser

9) Membantu mengekalkan kesihatan gigi dan tulang
Sumber kebaikan mineral termasuk magnesium dan fosforus. Merupakan nutrien penting membina dan mengekalkan tulang dan gigi kuat. Mencegah kerosakan gigi + melawan kaviti + mengurangkan risiko keretakan tulang dan melawan osteoporosis

Ok guys... kebaikan badam sedikit sebanyak kita dah tau. Jadi kita cuba buat resipi SUSU BADAM pula macam mana. Sedap ke tidak kita boleh olah dengan pelbagai rasa. Jom kita

MENGAPA BADAM MENTAH PERLU DIRENDAM

Kerana kulit coklat badam mengandungi tanin yang menghalang penyerapan nutrien. Sebaik sahaja anda merendam badam, kulit akan mudah tertanggal dan membolehkan kacang memberi semua nutrien dengan mudah.

RESIPI SUSU BADAM

Bahan2
  • 1 cawan Kacang badam mentah
  • 4 cawan air masak atau mineral (nak pekat kurangkan air)
  • Sesudu kecil esen vanila
  • 3 biji kurma kering dibuang biji
  • Secubit garam 


Basuh badam dengan bersih dan rendam dengan air masak atau mineral semalaman. Tidak perlu bersihkan badam dengan meramas2 hingga tertanggal kulit badam ya. Cukup sekadar basuh perlahan2 seperti basuh beras.


1) Tos air rendaman badam dengan campuran 4 cawan air masak/mineral ke dalam jug pengisar.

2) Kisar hingga halus. Tapis dengan penapis kain atau tapis uncang kain teh tarik kedalam mangkuk. Masukkan balik susu badam dalam blender

3) Masukkan 3 biji kurma kering yang dibuang biji. Jika suka boleh tambahkan buah kismis.

4) Masukkan secubit garam + esen vanila dan kisar halus. Kisar. Tapis balik

5) Tuang dalam botol kaca atau mana2 botol bebas BPA

6) Simpan dalam fridge atau peti ais.

Boleh juga disatukan kesemua bahan2 sebelum dikisar. Mudah dan cepat. Saya suka kisar berasingan kerana hampas badam boleh dibuat scrub pada muka saya. Itu sebab saya asingkan. Kulit jadi lembap dan bersih.


Taraaa.... dah siap susu badam saya. Senangkan nak buat. Kalau suka manis anda boleh tambah sesudu dua gula brown sugar atau sedikit madu. Jika guna gula stevia, rasa manis sedikit berbeza. Ikut kesukaan masing2. Saya lebih suka guna kurma atau madu saja. Lebih sedap dan berkhasiat. Boleh baca 10 kebaikan susu ya. Banyak kebaikan minum susu yang kita jarang tau.

Ok ladies. Cukuplah setakat tu jer kita ambil tahu kehebatan dan kebaikan BADAM. Banyak sebenarnya benefit Badam ni tapi cukup sekadar yang penting saja. Jangan lupa mencuba sendiri buat susu badam dirumah. Kalau mampu beli tapi lebih baik buat sendiri. Jimat dan lebih sihat.

NOTA UNTUK ANAK2

Untuk anak2 pula ia sangat baik utk otak dan minda. Cergas dan cepat menghafal. Jika malas nak buat susu badam, boleh amalkan cara ini saja. Tapi tidak semua anak2 suka makan badam mentah yang kembang. Rendam 3 biji badam mentah setiap malam biarkan kembang sampai esok pagi. Bila dah kembang bagi anak2 makan badam tu. Rasa2nya apa ya kesedapan badam mentah kembang tu??

Mestilah tak sedap tapi sangat BAGUS untuk otak. Jadi kalau anak2 tak suka makan macam tu, lebih baik buatkan dia susu badam. Minum secawan kecil sebelum tidur dah bagus. Boleh minum sejuk atau panas. Sebaiknya panaskan sedikit dan tambahkan serbuk coklat seperti milo atau apa2 juga flavour coklat. Memang sedap..

HAMPAS BADAM BUAT SCRUB MUKA

Oh ya sebelum terlupa. Hampas badam yang telah di blender jangan dibuang. Boleh buat scrub muka dan badan tau. Bersihkan muka dulu dengan pembersih yang anda guna. Kemudian ambil hampas badam tadi dan gosok rata pada wajah. Gosok perlahan2. Fokus pada bahagian dahi hidung dan dagu. Jika ada jerawat gosok perlahan2. biarkan kering untuk setengah jam atau lebih. Bilas dengan air sejuk. Kulit akan lembap muda dan nampak lebih bersih.

 

Selamat mencuba. Kalau bagus kongsikan artikel ni ya.. xoxo 


KESIHATAN YANG BAIK KELUARGA YANG SIHAT




{ 29 comments.. read them below or add one }

arzmoha arzmoha Rabu, Disember 28, 2016
wow...memang menarik sangat.....lagipun memang suka susu...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Disember 29, 2016
rasa lagi sedap dari susu biasa
good for brain juga. cubalah buat sendiri
Suria Amanda Suria Amanda Isnin, September 18, 2017
Banyak kebaikkannya...tp SA x suka susu badam..biasanya badam SA akan makan jadikan kudapan..
Bro Framestone Bro Framestone Isnin, September 18, 2017
Badam nie. kita buat kunyah2 je time tengok tv.... sedap pun sedap
Lin Liena Lin Liena Isnin, September 18, 2017
susu badam memang sedap...makan gitu pun sodapppp kannn
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 18, 2017
susu badam buat sendiri lebihs sedap rasanya dr dibeli atau susu biasa. rasa lemak manis dr kurma
azlina ina azlina ina Isnin, September 18, 2017
ya allah sedapnya... lahaiiii. sejuk je tekak ni terasa.
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 18, 2017
ramai suka kudapan dr susu badam. tapi lhasiat kudapan lain. yg raw lebih awesome 200% khasiatnya
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 18, 2017
dua2 sedap tp utk khasiat lebih bagus susu badam.. cuba ya
nurmisnan nurmisnan Isnin, September 18, 2017
minum sejuk sedap sis.. boleh tambah serbuk coco if u like..
ANZ ANZ Isnin, September 18, 2017
Yum. Terliur pula nampak susu badam tu
Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari Isnin, September 18, 2017
wah... tahu tentang kebaikan badam ni tapi jarang betul nak makan. now ada resepi, nampak sihat dan sedap pulak tu! kena cuba ni!
danan wahyu sumirat danan wahyu sumirat Isnin, September 18, 2017
wah baru tahu khasiat badam seperti ini
Mahagosip Mahagosip Isnin, September 18, 2017
Tak pernah try susu badam kita suka kalau coklat badam jer hehehe boleh habis makan kalau oran bagi sekilo pun wakakakaka..
Unknown Unknown Selasa, September 19, 2017
Banyak juga khasiat badam ni. Nak try jugak buat susu badam sebab belum penah cuba lagi. Selalu jumpa badam saja.
nurmisnan nurmisnan Ahad, September 24, 2017
u should.. ones dah cuba minum mesti nak lgi
sebab banyak khasiat dan kebaikan susu badam
nurmisnan nurmisnan Ahad, September 24, 2017
rugi tak cuba.. nanti buat ya
sure boleh buat bisness
nurmisnan nurmisnan Ahad, September 24, 2017
hahaha.. try buatlah.. kalau suka coklat
masa panaskan t letak sesudu serbuk coklat
sedap
nurmisnan nurmisnan Ahad, September 24, 2017
u should dear.. try tau.. mesti u suka
nanti kongsikan dgn kak nora k
Unknown Unknown Selasa, Oktober 17, 2017
Kalau kita simpan dlm fridge bleh tahan brapa lama yer...?
Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, November 23, 2017
try omega oat 3 in 1 plus letak badam hancur plus madu..perhhh sedap.
nurmisnan nurmisnan Isnin, Mac 12, 2018
biasa saya buat ni x sampai 3 hari habis sbb minum pagi dan mlm. kalau nak tahan lama sikit u masak sekejap atas api kecil. didih. sejukkan. simpan dlm fridge
Unknown Unknown Isnin, Mei 14, 2018
Sis klu kacang badam tu x dibuang kulit terus blander xapa kan?
Mama Kacang Mama Kacang Rabu, Ogos 01, 2018
Wah! thanks sis sebab kongsi, memang dok mencari-cari kaedah sebegini.

nice! :)
Fisya Fisya Rabu, Oktober 31, 2018
Banyak juga khasiat badam ni.Nak try buat la..Tq untuk resipi sus badam ni ye
Dalucian Dalucian Rabu, Februari 06, 2019
wowww, terima kasih kerana telah berkongsi tentang kebaikan kacang badam
Nur haura afeeya Nur haura afeeya Isnin, Disember 06, 2021
Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570