Resipi Leche Flan yang paling mudah dan sedap

Assalamualaikum. Kali ni kita buat resipi Leche Flan lah ya. Lebih kurang macam cream caramel juga. Nama saja berbeza. Tapi resipi ni sangat2 mudah senang dan cepat. Anak2 pun pasti suka nak buat sendiri kalau ianya sedap dan mudah dibuat.

Baik tapi sebelum kita teruskan cara membuat Leche Flan ni kita ambik tau sedikit sebanyak asal pemanis mulut Leche Flan.

Asal usul pencuci mulut kegemaran orang2 di Filipina bermula dengan konsep asas bekalan dan permintaan. Putih telur telah digunakan untuk membuat mortar. Ketika itu mereka membina gereja2 barok Sepanyol dan kubu. Apabila dicampurkan dengan kapur, ia adalah pelekat yang sangat kuat untuk pembikinan pembinaan. Hebatkan.

Ok.. Jom kita ke dapur dan tengok ada tak bahan2 ni. Kalau takde krim takpe.


Bahan2 Puding Leche Flan

5 sb gula putih/perang
4 biji telur saiz A
2 cawan susu segar-apa2 jenama
1/2 tin kecil susu manis-ikut suka
1 cawan cream-whipping/heavy boleh.
2 sk esen vanila
Secubit garam

*(Takde krim gantikan susu cair. TAPI kalau guna krim lebih lemak sedap dan tekstur pun lembut)

*(Takde susu segar ganti susu cair) TAPI KALAU NAK TEKSTUR LEBIH LEMBUT SEDAP IKUT RESIPI SAYA.

Cara2nya


Masak gula dalam periuk dengan api kecil atau paling mudah panaskan gula dalam tray atau mould kek atas api.  Tak perlu letak air. Biarkan tapi pantau agar tidak hangit. Tak perlu gaul cuma gerakkan memusing saja tray kek tersebut. Dah cair cantik kecoklatan gulanya menjadi caramel, tuang dalam mangkuk pilihan anda. Biarkan sejuk. Jika guna tray atau mould kek tadi ratakan gula caramel tadi dan biarkan sejuk. 

Dalam blender masukkan kesemua bahan2 telur + susu + krim + susu manis + esen vanila + garam. Blend sampai sebati. Seminit saja. Tidak perlu lama.


Tuang bahan blend ke dalam mangkuk atau mould berisi gula hangus tadi.

Letak mangkuk Leche Flan dalam dulang pembakar yang berisi air panas. 

Bakar dalam suhu 350 F selama 35 - 40 minit atau anda juga boleh kukus. No big deal. Kekadang saya tidak tunggu sampai 40 minit. Agak2 nampak permukaan warna bertukar coklat keperangan, off oven.

Anda juga boleh tutup dengan foil aluminium. Tak buat pun takpe.

Untuk pastikan Leche Flan dah masak, cucuk puding dengan lidi atau chop stick. Jika cantik dan masak, sejukkan dan simpan dalam fridge.

Telungkup perlahan2 Leche Flan beralaskan pinggan rata. Tuang kembali sisa gula hangus atas Leche Flan. Siap dijamu untuk seisi keluarga.

Nota
Jika suka Leche Flan lebih lembut, kurangkan telur sebiji. Saya guna tiga biji saja. Tekstur lembut sangat. Cair dimulut. Tapi jangan ikut saya. Kang pecah tak menjadi. hehehe

Nota
Leche Flan ni lebih kurang macam cream caramel. Cara pun sama cuma membakar gula tidak perlu letak air.

Jika suka dengan resipi ni kongsikan pada keluarga sahabat handai. Pasti mereka suka kerana rasanya manis berkrim sedap dimakan dan mudah dibuat.

Selamat mencuba.


{ 16 comments.. read them below or add one }

nurmisnan nurmisnan Khamis, Februari 23, 2017
cubalah mahamahu.. makan panas2 pun sedap tau.
Suria Amanda Suria Amanda Jumaat, Februari 24, 2017
Ater...macam mana nak sebut nama puding ni...berbelit lidah teman...hehehehe
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Februari 25, 2017
ater.. sebut jer ler. ikut aku
Le che flen. kikiki
Unknown Unknown Sabtu, Februari 25, 2017
Cemana nak sebut tu. Huhuuu..
Orang Penang kata jangan buat leceyyy. Leceyy=le che.
Huhuuu..
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Februari 25, 2017
hahaha.. leche se leche nyer..
Ummi Hanie Ummi Hanie Rabu, Mac 22, 2017
terliurrrr....

sgt mirip puding karamel
Shikin Azly Shikin Azly Selasa, April 04, 2017
wah..sedapnya..boleh cuba ni..
Ezad Skytech Ezad Skytech Sabtu, April 08, 2017
Lamanya tak makan caramel ni...ni yang nak pergi cari ni nanti...opsss...hehe
nurmisnan nurmisnan Sabtu, April 15, 2017
lembut dan sedap. anak suami pasti suka. manis ikut kesukaan sendiri.. cuba ya sis
nurmisnan nurmisnan Sabtu, April 15, 2017
cubalah buat nanti.. sure lg sedap
Kak Su @KakSu ~ Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online Kak Su @KakSu ~ Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online Ahad, September 17, 2017
Kak Su suka pudding caramel ni, tapi tak tau nak buat nya, nampak cam mudah aja, nak try lah jugak, thank you kongsi resepi
Unknown Unknown Jumaat, Disember 01, 2017
Mane nk cari susu devondale tu Puan?