Kebaikan air beras mampu merawat memutihkan kulit muka dan badan terutama ekzima


Assalamualaikum. Orang zaman dulu menjaga kulit wajah dan badan hanya dengan menggunakan bahan2 didapur dan herba2 sahaja. Bila kita tinjau bilik tidur nenek moyang kita, pasti akan terjumpa bedak sejuk ketul2 yang selalu dipakai pada wajah ketika siang atau malam hari sebagai topeng muka untuk menyejukkan dan memutihkan kulit. Sudah pastinya bahan2 yang digunakan juga adalah asli dari alam semulajadi. Anda tahu bedak sejuk nenek moyang kita diperbuat daripada apa? Sudah tentulah dari beras. Tapi kenapa beras?

Beras mempunyai khasiat yang tersendiri dan memilik kandungan vitamin E + mineral + antioksidan. Beras yang dibasuh + direndam + disimpan airnya mampu memberikan kulit wajah anda cantik + bersih dan lembut. Bukan sekadar mampu merawat wajah yang kusam dan + gelap dan rosak akibat cahaya matahari malahan ianya mampu mencerahkan kulit wajah dan badan secara semulajadi tanpa bahan2 kimia. Jom kita amalkan penggunaan air beras setiap hari. Dari terbuang air beras macam tu jer lebih baik kita buat ini. Nak cantik semulajadi? Jom buat.

Cara penyediaan air beras ni ada bermacam cara. kita boleh buat kesemuanya. Sangat mudah.

AIR BERAS - PENYEGAR MUKA/TONER



1. Cara pertama

Semasa anda membersihkan beras untuk memasak nasi, air basuhan pertama beras perlu dibuang. Ambil air basuhan beras kedua dan ketiga. Simpan dalam mangkuk. Basuhlah wajah anda dengan air beras tersebut setiap hari. Biarkan ianya kering. Amalkan setiap hari.

2. Cara kedua - Toner air beras

  • 1/2 cawan beras basmathi atau jasmin wangi atau biasa
  • Rendam setengah atau satu jam
  • Bilas dan buang air pertama. Ambil air bilasan kedua dan ketiga
  • Simpan dalam botol spray yang anda gemari. Pakailah setiap pagi dan malam sebelum tidur

3. Cara ketiga - Air rebusan beras

Untuk air nasi ini sebaiknya elak dari menggunakan 100% beras wangi kerana terlalu berkanji untuk membuat air nasi toner. Saya suka guna beras basmathi

  • Rebus beras yang telah direndam tadi selama 10 minit. Agak2 beras sudah mendidih tutup api.
  • Ambil airnya dan sejukkan. Selepas membersihkan wajah, sapulah air rebusan beras tadi menggunakan kapas. Sapu rata pada wajah dan biar hingga kering.
  • Bagus disapu selepas penggunaan masker beras atau nasi.
  • Air nasi ini juga bagus disapu pada kulit ekzima yang luka. Sapu dan biarkan kering. Tidak perlu bilas kecuali mandi. Amalkan setiap hari.

Wokay. Tadi saya dah kongsikan cara membuat air toner atau penyegar muka dengan iar beras dan air nasi. Kali ni kita buat topeng muka atau masker nasi pula. Sangat mudah. Hanya guna bahan2 yang ada di dapur anda. Jom buat demi mencantikkan kulit wajah agar segar bersih cerah muda semulajadi.


CARA MEMBUAT MASKER NASI/BERAS



Cara pertama
  • 2 sudu besar susu suam
  • 1 sudu besar nasi - psstikan sudah sejuk suam
  • 1 sudu kecil madu
  • Campurkan kesemua bahan2 dan lenyek nasi hingga hancur


Cara kedua jika tiada nasi

  • 1 sudu kecil tepung beras
  • 1 sudu kecil tepung gandum
  • 1 sudu besar susu suam. agak2 jangan terlalu cair
  • 1 sudu kecil madu - takde madu takpe. Ada guna


Sapu masker pada wajah yang sudah di bersihkan. Saya gemar menggunakan sudu bahagian belakang. Sejuk dan membantu masker sedikit rata. Pakai masker selama setengah jam. Bila sudah kering basahkan sedikit jari dan gosok masker pelan2 agar kulit mati tanggal. Kemudian bilas dengan air sejuk atau biasa. Lap kering wajah. Kemudian sapukan air nasi pada wajah menggunakan kapas dan biarkan kering selama sejam atau lebih dan bilas dengan air bersih. Pakai pelembap muka yang anda gemari.

Sewaktu menyapu air nasi pada wajah, elak dari menggunakan tisu ya kerana tisu rasa kesat dan kasar. Pakailah masker dan air nasi ini sebaiknya sebelum tidur Nak pakai seminggu dua kali lagi bagus.


Masker nasi aka topeng muka dan toner dari bahan2 semulajadi sudahpun saya kongsikan. Harapnya dapat membantu anda yang gemar memutihkan wajah dan badan dengan bahan2 semulajadi tanpa sebarang bahan kimia. Jimat dan mudah membuatnya. Bukan saja dapat membersihkan wajah dengan baik sekali tetapi beras nasi ini mampu memutihkan awet muda segar dan cerah semulajadi.


Jom weekend ni boleh buat masker. Tapi jangan lupa setiap kali basuh beras nak masak nasi tu jangan lupa simpan air beras ya. Cuci bersih terus wajah anda. Pasti lama2 kulit wajah cantik. Cuba tau. Kalau suka artikel ni boleh kongsikan pada kawan2 sahabat saudara semua. Share tau. xoxo


{ 24 comments.. read them below or add one }

mamapp mamapp Rabu, Ogos 23, 2017
Ye laa.. besrseri lepas pakai masker beras
Unknown Unknown Khamis, Ogos 24, 2017
mak selalu suruh cuci muka pakai air basuhan beras ni. tapi salu ngelat sebab tak rajin. yang tau nak nasi masak sebab lapar nak makan. tapi best entri ni, semangat tau nak buat toner tu.
Beto Rahman Beto Rahman Jumaat, Ogos 25, 2017
selalu bila teringat nk buat mesti nasi dh masak. aduh..tp memang elok diamalkan
Unknown Unknown Jumaat, Ogos 25, 2017

Hi sis, banyak pula kebaikan air beras ni eh, pernah juga terfikir nak try buat, tapi tu lah taktahu details lagi how and what was so good about it. Bytheway thanks share this info sis . i would probably try this hee
Ruby Ruby Jumaat, Ogos 25, 2017
Tips kak nowa sentiasa menjadi la. Tengok akak yang flawless pasti nak cuba! Ruby perhatikan air beras lepas basuh beras pun dah bagi kuku cantik sihat. Kalau ikut step by step cara akak utk amalkan kat muka, bleh la kita flawless sama-sama. Hehehe.
Shafyqah Azahar Shafyqah Azahar Jumaat, Ogos 25, 2017
ya Allah cantiknya kulit!!! rasa nak cuba sekarang je semua ni alahaii
Bro Framestone Bro Framestone Jumaat, Ogos 25, 2017
Patutlah tangan saya sebelah jadi putih sikit dari tangan lagi satu he...23x
Mek Onie Mek Onie Sabtu, Ogos 26, 2017
patutlah muka kak nora kita ni lawa dan flawless,hehe
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Ogos 26, 2017
selalu buat akan nampak perbezaannya.. kena try ya
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Ogos 26, 2017
orang tua memang bijak. mengamalkan petua2 yg ada didapur saja.. dulu kalau nak steam muka mesti kak no buka periuk nasi tgh menggelegak tu tala muka kejap.. hehehe syiok wooo
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Ogos 26, 2017
hehehe... kena reminder tu.. tak pun tampal memo kat peti ais atau periuk nasi.. nanti ingatlah tu..
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Ogos 26, 2017
u welcome darling.. hopefully lepas ni blh amalkan setiap hari ekkk.. dr terbuang kita rugi jer.. baik tala ke muka. semoga makin flawless gituh
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Ogos 26, 2017
Sure menjadi kalau mama ruby buat sekali.. mesti flawless gituh.. adam sure ngempeng jer ngan mama dia
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Ogos 26, 2017
Alhamdulillah.. shafiqah pun cantik kulit u.. sure lagi vouge debas kalu amalkan air beras setiap hari..
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Ogos 26, 2017
kiranya hari2 bro lah yg masak nasi ehhh.. hehehe... takpe.. berkat memasak air tgn suami.. lagi enak nasinya..
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Ogos 26, 2017
wahhh... terlompat2 kena puji dgn mekonie.. kekeke.. tq darling.. nanti amalkan ya.. cer tepek bedak sejuk.. flawless putih gituh.. lari mak.. hahaha
Alia Farhan Alia Farhan Sabtu, Ogos 26, 2017
Wowwww....mmg best la tips akk ni...yg penting x payah nk mbazir beli yg mahal2 kan
nurmisnan nurmisnan Isnin, Ogos 28, 2017
cuba tau.. tengah stress tu boleh jer buat
air beras tu simpan boleh basuh muka
Khir Khalid Khir Khalid Selasa, September 05, 2017
Kaedah mcm ni mmg bukan shj bagus utk kulit muka malah menjimatkan. Cara tradisional mcm ni pun selamat dari bahan2 kimia yang ada diantaranya memudaratkan kesihatan juga. Menarik ni :)
nurmisnan nurmisnan Jumaat, September 08, 2017
mestilah selamat sebab hanya guna barang2 dapur saja
wekend ni boleh ler buat dgn cik isteri ya.. sama2
vougedebas gituh.. heheheh
Unknown Unknown Sabtu, November 04, 2017
Air beras yg nak simpan dalam botol pastu spray kt muka tu boleh tahan brapa lama? Air tu klau dah berhari2 akan busuk ke, n masih boleh digunakan atau tidak?
Joe Labu Joe Labu Rabu, November 22, 2017
Wah macam ni memang muka jadi cantik
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mac 01, 2018
simpan dlm fridge. jangan buat banyak2. buat botol kecik. senang habis buat lg sbb beras hari2 kita guna..
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mac 01, 2018
orgvlelaki pun bagus cuba