Pameran MAHA 2016 catat jualan RM380 juta dalam 11 hari


Assalamualaikum. Pameran MAHA 2016 tahun ni sangat meriah dan terbesar dalam sejarah penganjuran. Bertempat di Tapak Ekspo Petanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor dengan tema OUR FOOD OUR FUTURE, Pameran MAHA 2016 mampu menarik pengunjung seramai 3.7 juta dari seluruh Malaysia dan pelbagai bangsa termasuk negara jiran Brunei dan Singapura yang turut hadir sama2 memeriahkan Pameran ini. 

Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek mensasarkan target angka jualan MAHA 2016 kali ini sebanyak RM200 juta dari hasil jualan dagangan. Namun sangkaan Datuk Seri meleset kerana Pameran MAHA 2016 telah mencatatkan jualan tertinggi sebanyak RM380 juta dalam 11 hari saja. Wow!!.. bayangkan sebanyak 1500 gerai menyertai Pameran MAHA 2016 telah melebihi sasaran target. Memang hebat. Syabas MAHA 2016.


Di MAHA 2016 bermacam2 pameran jualan disediakan seperti Pameran Makanan dan buah2an + Rekreasi + Pelancongan + Pengetahuan + Pelaburan + Cabaran Malaysia Inovasi Pertanian dan Kesihatan. Teruja sangat bila ada pameran buah2an tempatan seperti buah nangka terbesar dan durian belanda yang katanya bersaiz luar dari biasa. Pasti isinya lebih manis masam dan sedap. kredit gambar dari zazaiman.com


Paling disukai kanak2 adalah maskot MAHA 2016 iaitu kartun animasi popular UPIN dan IPIN yang telah mempamerkan KAMPUNG DURIAN UPIN IPIN. Bukan kanak2 saja suka melayan karenah mereka malahan yang tua juga gemar menonton keletah kembar botak ni. Betul.. betul.. betul..


Selain dari itu Kampung Mak Cun dan juga Festival Muzikal Ritma Petani juga meriah dengan kehadiran pengunjung. 

Sesuai dengan cuti sekolah ni memang sangat baik membawa keluarga datang ke MAHA 2016 kerana banyak acara yang sangat menarik dan terhibur terutama sekali anak2 muda. Tapak Perkhemahan disediakan untuk 5000 remaja untuk mereka pelajari perkara2 dan pengetahuan baru.

Peserta nafas Agro Youth Camp. kredit blogger2u.com

Sebanyak 1500 gerai pameran ada di MAHA 2016. Enjoy dan rasai sendiri kemeriahan yang ada di sana. Anda pasti letih tetapi berbaloi2. Saya yang jauh ni pun terasa rugi tidak dapat merasai kemeriahan MAHA 2016 ini. Harapan semoga akan ada peluang nanti di Pameran MAHA akan datang. kredit gambar www.blogger2u.com

Di Laman Padi Maha 2016. Cara buat bedak sejuk. kredit gambar blogger2u.com

MAHA 2016




{ 11 comments.. read them below or add one }

Abam Kie Abam Kie Rabu, Disember 21, 2016
x sempat gi MAHA sbb dah plan ke negeri2 lain. mungkin 2018 akan ke sana. In Shaa Allah
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah Rabu, Disember 21, 2016
cuti sekolah juga yang menyebabkan penggunjung bertambah ramai..ia sangat bagus untuk pertumbuhan ekonomi negara
titan titan Rabu, Disember 21, 2016
tak pegi tahun ni.

jauh sangat.
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, Disember 22, 2016
saya pun x dapat pegi
wish juga dapat join dgn blogger semua
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, Disember 22, 2016
betul.. cuti sekolah lah ramai ibu bapa bawa anak2 jenjalan ketempat seperti ini. memang bagus
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, Disember 22, 2016
itulah.. cuti sekolah banyak plan ya abam kie.. hehehe

takpe next MAHA kena pegintu
Uncle Zuan Uncle Zuan Khamis, Disember 22, 2016
banyak idea business dapat waktu kat MAHA haritu
zool zool Isnin, Disember 26, 2016
tak pegi pula MAHA.
banyak keje pula
Amanda Suria Amanda Suria Sabtu, Januari 07, 2017
SA x berpwluang jejak MAHA tahun ni..sibuk yang teramat sangat
Cik Ash Cik Ash Jumaat, Januari 20, 2017
Tahniah buat pameran MAHA ni
Cik Ash Cik Ash Jumaat, Januari 20, 2017
Tahniah buat pameran MAHA ni