Pes sambal ikan bakar berempah Cik Nad memang mabelos



Assalamualaikum. MasyaAllah bila dapat jer homemade Pes sambal ikan bakar berempah Cik Nad terus melilih air liur ni. Tak tahan tengok testimoni dari customer2 beliau yang sudah mencuba. Haaa.. kali ni time saya pula mencuba dengan sotong fresh. Jom kita tengok.

Pes sambal ikan bakar berempah Cik Nad hasil usaha masakan dari Puan Nad atau lebih mesra di panggil Cik Nad memang mabelos. Seorang surirumah sepenuh masa yang memulakan perniagaan Pes sambal ikan bakar berempah Cik Nad secara kecil2an hanya dari rumah sahaja. Memang bagus usaha Cik Nad memulakan perniagaan seperti ini. Sekurang2nya mampu memberikan kepuasan pada Cik Nad mencari rejeki lebih dari hanya duduk dirumah sahaja. Suabas untik Cik Nad. Semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi.

Saya sendiri sudah mencubanya sendiri. Mudah Cepat dan Sedap. Jom kita jenguk dapur #nurmisnankitchen

Pes sambal ikan bakar berempah Cik Nad dengan Sotong dan Udang



Resipi Sotong Bakar Pes sambal ikan bakar berempah Cik Nad


  • Kangkung/pucuk ubi dibasuh bersih. Celur dengan air berisi sedikit garam.
  • Toskan dan susun atas daun pisang. Pastikan alas foil timah dibawah dahulu. Letak banyak2 kangkung sedap. Tak nyesal
  • Susun sotong atau udang atau seafood atau ikan yang anda gemar
  • Balut penuh dengan foil agar seafood yang dibakar masak cantik dan tidak hangit.
  • Bakar selama 20 minit atau agak2 seafood sudah masak. Pastikan tidak terlalu lama kerana dikuatiri seafood akan menjadi kenyal.
  • JIKA guna bakar atas kuali alaskan saja dengan daun pisang dan pin dengan lidi. Api pastikan kecil dan bakar selama 20 minit. Siap dihindang dan sedap diratah atau dimakan panas2 dengan nasi putih.



Dah habis licin sotong dan udang Pes sambal ikan bakar berempah Cik Nad. Laju jer Mr. Chubby makan. Rasa yang masam pedas membuatkan kami tak perlu perah limau lagi. Dah cukup segala rasa. Kalau yang suka sedikit manis boleh tabur sedikit gula atas sambal sebelum dibakar.

Testimoni dari customer Pes sambal ikan bakar berempah Cik Nad. Ramai yang menggunakan ikan. Ada juga yang meggunakan seafood. Soon saya nak cuba atas ikan pula. Sure sedap menjilat jari.


Macam mana nak dapatkan Pes sambal ikan bakar berempah Cik Nad

Senang jer.. Hubungi atau whatssap terus Cik Nad ditalian yang diberikan dibawah ini atau boleh kunjung dan cuci mata sikit Instagram dan facebook Cik Nad ya. Harga sangat berbaloi dengan rasanya. Selamat mencuba.





1 comment... add one now

Amanda Suria Amanda Suria Sabtu, Januari 07, 2017
Ya allah...terliurnya SA tengok gambar tu semua...macam nak cuba jer la...mesti sedap ni...