Penghapus dan penawar kanser dengan Quran

Assalamualaikum. Penghapus dan penawar kanser tidak mudah untuk dicari melainkan usaha dan tawakkal. Penakanan juga penting untuk kita amalkan. Daging dan gula sebaiknyanya dielakkan semasa rawatan dijalankan.

Disini saya kongsikan penghapus dan penawar kanser selain pengambilan teh rerama. Untuk teh rerama anda boleh baca kanser dan teh rerama



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel2 barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x. 

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. 

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). 

Sebarkanlah kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar2 memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Qmalan surah2 Quran ini boleh saja menjadi penawar untuk semua penyakit. Apa jua kita buat sertakan dengan niat. insyaAllah Allah bantu.

Nota
Jangan dilupa jaga pemakanan ya. Gula adalah musuh kanser. Jadi sebaiknya gantikan gula dengan madu atau pemanis lain. Sebaiknya semasa rawatan dijalankan kalau boleh elakkan dari sebarang makan makanan yang manis.


Arwah nenek saya selalu berpesan, jika kita teringin sangat nak makan makanan tu walaupun kita sedang berpantang, niatkan semasa nak makan dan doa agar makanan ini tidak memudaratkan kesihatanku. Jadi bukan saja perbuatan disertakan niat.. nak makan pun kena niat yang baik2 agar makanan jadi darah daging baik2 dan sihat.

silakan SHARE utk kebaikan semua