Petsmore SS2 bersama blogger dan media


Assalamualaikum. Hari Petsmore bersama blogger dan media pada 31 September kelmarin memang sangat menyeronokkan kerana masa tu masing2 boleh membawa haiwan peliharaan. Tapi pada hari tersebut Kopi saya tidak dapat hadir bersama sebab menemankan gegalnya si Susu yang sedang sarat mengandung. Heheheh.. Kalau tidak pasti Kopi dapat mandi spa bersama kawan2 baru dengan khidmat Petsmore.

Bila sebut pasal promosi dandanan dan pembersihan untuk haiwan peliharaan sudah tentu akan menggembirakan kita. Mana tidaknya bila diberitahu harga dandanan khidmat haiwan sangat berbaloi dan murah. Saya sendiri pun suka dapat harga promosi hebat sebegini. Banyak kita boleh dapat berjimat. Jom kita tengok apa yang pihak Petsmore berikan khidmat promosi terbaik untuk haiwan2 kita dan hari event petsmore bersama blogger dan media.


Menurut Encik, Sean Saw, pemilik Petsmore, mungkin mempunyai kecenderungan untuk mengubah atau membatalkan rancangan perjalanan mereka jika mereka tidak boleh membuat penyusunan sesuai untuk penjagaan haiwan kesayangan tetapi ini tidak perlu mereka memilih untuk memeriksa haiwan kesayangan mereka di Petsmore bersebelahan Hotel

Kakitangan kami bukan sahaja terlatih tetapi mereka adalah pencinta haiwan yang sangat penyayang yang senantiasa membantu. Mereka sangat memahami kerisauan pelanggan2 kerana ada yang sangat bimbang untuk menyerahkan haiwan peliharaan mereka. Jadi yakinlah bahawa Petsmore mampu memelihara dan menjaga haiwan2 peliharaan anda dengan khidmat terbaik.

PETSMORE - PERKHIDMATAN PROMOSI YANG DITAWARKAN PETSMORE

A) RM150 penjimatan untuk percubaan pakej dandanan asas buat kucing pertama. Untuk 5 sesi pula, penjimatan sebanyak RM265 untuk rakan-rakan kucing (kucing yang seterusnya), perkhidmaatan seperti pembersihan telinga, penjagaan kuku, mandi serta penggeringan.

B) RM100 penjimatan bagi pakej percubaan dandanan asas anjing pertama. Untuk 5 sesi, penjimatan sebanyak RM195 bila rakan-rakan anjing (anjing seterusnya),perkhidmatan seperti pembersihan eye trimming, leg trimming, ear cleaning, ear hair removal, nail care, shaving of paw pad, stomach, private area, cleaning and anal gland, and bathing and blow drying.


Petsmore juga memiliki khidmat terbaru iaitu khidmat dandanan Micro Bubbles SPA. Apa yang hebat sangat dengan Micro Bubbles SPA ni ya. Sebenarnya sistem Micro Bubbles SPA ni adalah sejenis buih dan pembersih yang mempunyai anti bakteria. Ia juga penyahbauan, melembabkan bulu dan juga kulit. Ia juga dapat mengurangkan kegatalan dan mampu membuatkan haiwan kesayangan sentiasa berasa tenang. Ia juga sangat berkesan untuk meningkatkan sistem imuniti haiwan. Wahhh!!!! lepas ni saya nak cubalah hantar Kopi dan Susu ke Micro Bubbles SPA ni. Pasti kucin2 saya suka dan lebih selesa.


PETSMORE - KHIDMAT PETS HOTEL/BOARDING

Petsmore menyediakan pets hotel dengan perkhidmatan yang bertaraf 5 bintang keatas semua haiwan peliharaan kita yang dihantar ke sana. Ini termasuklah sistem pengudaraan persendirian bagi setiap bilik hotel, pembersihan harian dan pembasmian kuman untuk setiap bilik, bekalan makanan dan air yang bersih pada setiap masa dan setiap hari dandanan, mandi kering untuk penjagaan kebersihan dibuat untuk memastikan haiwan dalam keadaan baik.

Harga untuk kediaman permulaan pada hanya RM42 sehari untuk tempoh maksimum satu (1) haiwan peliharaan di Suite Superior dan RM73 sehari untuk tempoh maksimum dua (2) Haiwan kesayangan di Suite Diraja.


Hebatkan perkhidmatan pets hotel yang disediakan untuk haiwan peliharaan anda. Ada Suite DiRaja tu. Amboiii.. Kalau hantar Kopi dan Susu kat sana, pasti tak nak balik dah. Nak duduk Suite DiRaja yang selesa dan ramai kawan2. Jeles Umie tau.

Selain itu di Pets Hotel yang terletak di tingkat 3, ada menawarkan WIFI seating zone dan Pets Sky park untuk haiwan anda.

Ok.. sekarang masa untuk kita cuci2 mata dengan aktiviti2 blogger dan media bersama Petsmore.


Sedang mendengar ucapan dari Encik. Sean Saw Pemilik Petsmore dan juga pengacara Sabrina. Apa yang diketawakan tu ya. Lupa lah pula. Hahahaha.. Yang lain tu macam serius sangat mukanya. Tak kelakar ker..??


Bloggers membawa haiwan peliharaan sendiri. Nama kucing ni lupa pula saya. Tapi macam nak panggil Kopi sebab hitam. Jinak dan manja sangat. Berat kucing ni 5 kilo lebih. Semangat betul. Siapa berangan nak kawinkan dengan kucing ni sila berangan dulu. Dah KASI daaa... 


Permulaan aktiviti kami yang pertama adalah memilih kucing2 yang untuk bergambar bersama. Sayangnya Kopi tidak dapat join sekali. Kalau tidak dapat juga kenangan bergambar dengan majalah PETSMORE. Hehehehe... Akhirnya saya pilih kucing jenis ini. Comelkan. Cute sangat. Sesuai kalau dikawinkan dengan Kopi. Tapiiiii... Kopi dah kena sunat. Hahahahah...


Petsmore juga menyediakan banyak produk2 untuk haiwan kesayangan anda. Bermacam jenis jenama ada disediakan. Dari makanan hinggalah pembersihan.


Jangan tidak percaya produk pewangi anti bakteria jenama retis terkenal Paris Hilton pun hado. Jangan tak cayo. Kalau nak cuba boleh terjah Pertsmore SS2.


Haaaaa.... Kau rasa. Macam tu ler blogger2 bila berdepan dengan kamera. Macam2 style hado. Yang lentok.. yang senget.. yang kontrol macho. Semua hado. Bayangkan kalau si comel ni ada telinga arnab. Lagi cutekan. Pink and black. Tapi yang budak dua orang telinga arnab tu memang tak sesuai. Kopi cakap sorang tinger terbalik. Sorang lagi lembut pakai spek. Sado sesangat. Bahahaha.. jangan marah aaaa...


Petsmore - Ini baru sesuai. Arnab tinger merah. wink2..


Petsmore - Berkasih sayang dengan haiwan peliharaan Petsmore SS2


Petsmore Bersama bloggers semasa menikmati hi tea sebelum pulang. 


Sempat melakar karikatur dengan brother dua orang ni. Sorang namanya TUYUK @tuyuk_firdaushusain dan sorang lagi panggil AKUNAPIE @akunapie. Boleh tengok IG mereka melakar karikatur. Cantik2. Untuk buat event bagai boleh terus hubungi brother kita ni.

Cantik tak muka kita. Macam siapa tu. Sama ke tak sama. Tak kisahlah.. janji cute lakaran karikatur brother ni.

Sebelum penutupan. Tengok dulu siapa kat majalah Petsmore tu. Ehemmm Ehemmm...


Ok semua. Selesai sudah majlis pets day out bersama media dan bloggers. Anda boleh lawati pakej2 yang telah diberi promosi hebat. Jimat dan harga berpatutan. Klik saja. Semoga dapat membantu.




0 comment... add one now