Pendidikan STEM CS kini menjengah Sekolah-sekolah di Malaysia


Pendidikan STEM CS kini di Malaysia

Assalamualaikum. Pendidikan STEM CS akhirnya menjengah di Sekolah2 di Malaysia. Meskipun pembuatan apikasi kini sudah makin beraneka ragam dan perkembangan teknologi makin pesat, senario bilik darjah di sekolah masih di tahap yang sama. Kelihatan guru masih berdiri di hadapan para pelajar, manakala mereka duduk di meja menyalin apa yang ditulis di papan hitam. 

Sementara di negara2 membangun, banyak perbahasan serta perbincangan telah dilaksanakan bagi mengubah keadaan bilik darjah yang lama kepada yang lebih aktif dengan membangunkan kemahiran yang diperlukan dalam bidang STEM CS. STEM merupakan singkatan bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dimana negara-negara ini memahami akan keperluan mengukuhkan pendidikan STEM atas tuntutan perkembangan berterusan teknologi terkini.  

Dalam usaha melaksanakan perubahan ini dalam sekolah-sekolah di Malaysia, pembekal pendidikan teknologi K-12, iaitu Eduspec Holdings Berhad bekerjasama dengan Robomatter dan iCarnegie Global Learning, anak-anak syarikat Carnegie Mellon University yang berprestij,  melancarkan metodologi pendidikan canggih STEM khas untuk sekolah-sekolah kebangsaan sebagai pelengkap kepada sistem kurikulum hari ini. 




Digelar STEM CS, program ini telah direka oleh iCarnegie Global Learning dan Robomatter berdasarkan sumber-sumber yang disediakan oleh pihak universiti yang diiktirafkan sebagai Sekolah Komputer Sains Nombor 1 di Amerika Syarikat. Program ini merangkumi Sains Komputer dan Pengekodan (coding) dengan menyediakan pakej keseluruhan dalam kelas dengan pelbagai aktiviti untuk pelajar dan juga sebagai sumber untuk guru.

Program ini direka khas untuk mendidik pelajar tentang pengaturcaraan komputer bagi menyelesaikan masalah dunia sebenar dengan membantu mereka belajar untuk melakukannya. Selain itu, mereka akan didedahkan dengan proses menyelesaikan masalah dan juga membantu membangunkan kemahiran abad ke-21 seperti kerja berpasukan serta kreativiti di semua persekitaran yang merangsang lagi menyeronokkan. 

Bagi memperkenalkan STEM CS ke sekolah-sekolah tempatan, Eduspec Holdings Berhad menganjurkan forum bertajuk “School of Code”, untuk menerang kepada guru besar dan ibu bapa yang terdiri daripada ahli-ahli PIBG akan kepentingan program ini dan bagaimana ia boleh mengubah pendidikan anak-anak menjadi lebih baik. 

Forum ini merangkumi dua sesi yang terdiri daripada ahli-ahli panel pakar dalam industri STEM bersama dengan pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan STEM CS ke serantau Asia. Manfaat mempelajari sains komputer dan pengekodan untuk pelajar juga diperbentangkan dalam forum. 

“Kita kini berada di abad ke-21 bermakna proses baik pulih landskap pendidikan kita sudah lama tertangguh. Dengan membawa masuk STEM CS, kami berharap agar dapat menangani jurang dan membawa sistem pendidikan ini ke sekolah-sekolah agar setanding dengan negara-negara maju yang lain," jelas E H Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Eduspec Holdings Berhad.

"Sebenarnya STEM adalah cara berfikir dan melaksanakan, maka STEM CS bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran pelajar belajar di dalam kelas.  Dengan mencubanya sendiri dapat membantu pelajar mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan menyimpan maklumat dengan lebih baik. Selain itu, proses pembelajaran di sekolah akan lebih menyeronokkan di mana begitulah sepatutnya,” tambah Lim.

Serentak dengan pelancaran di Malaysia, Eduspec Holdings Berhad juga bekerjasama dengan CM Asia Learning untuk memperkenalkan STEM CS ke negara ASEAN yang lain iaitu Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar dan beberapa lagi negara Asia Timur Laut. Korea Selatan dan Taiwan telahpun menerapkan program ini di sekolah-sekolah.

E H Lim juga menyatakan pengenalan program STEM CS ke sekolah-sekolah Malaysia adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menlanjutkan kerjaya dalam bidang STEM.   

Pelan Pembangunan Pendidikan Negara telah menekankan keperluan bagi menggalakkan dan mengukuhkan pendidikan STEM di sekolah-sekolah bagi meningkatkan bilangan pelajar yang akan meneruskan pembelajaran dalam bidang STEM sehingga 60 peratus dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negara.

Jason McKenna, Pengarah Strategi Pendidikan Global untuk Robomatter menekankan perlunya belia untuk memulakan program ini seawal usia yang mungkin.

“Membesar dalam dunia digital, mata pelajaran ini akan menjadi penting pada masa hadapan walaupun pelajar tidak melibatkan diri dalam sains dan bidang teknologi. Malah kini perekrut kerja lebih cenderung untuk mengambil calon yang mempunyai pengalaman pengekodan berkaitan dengan penulisan dan mereka bentuk.

"Ini kerana terdapat banyak keperluan untuk kemahiran digital dalam tenaga kerja. Apalagi yang diperlukan untuk masa akan datang apabila bidang kerja semasa telah pun menuntut pemikiran kritikal serta analitikal yang dibangunkan dari pembelajaran subjek STEM yang tidak terhad kepada hanya pengekodan dan sains komputer," kata McKenna.

McKenna turut menggesa semua ibu bapa dan pendidik masa kini untuk mempertimbangkan penggunaan STEM CS yang akan dilaksanakan di semua sekolah dalam ucapannya sebelum sesi forum kedua bermula. 

Pendidik dan ibu bapa yang berminat dan memerlukan maklumat lanjut mengenai program STEM CS ini bolehlah merujuk ke laman web CM Asia Learning di www.cmasialearning.com.

Nota
Pendidikan canggih sebeginilah sepatutnya sudah lama berada di Sekolah2 di Malaysia. Banyak anktiviti2 canggih dan moden mampu memberi impak pada anak muda remaja sekarang yang lebih gemar dengan kecanggihan moden dan peredaran masa.